..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Thursday, March 20, 2014

Saya Guru Muda

Basmallah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lg Maha Mengasihani

Moga penulisan ini diiringi redha Allah, pengisiannya bermanfaat
 dan tidak hanya diluahkan mengikut rasa hati..


Alhamdulillah, sedar tak sedar, sudah hampir tiga bulan saya berkhidmat di salah sebuah Pusat Perlindungan Wanita di Selangor. InsyaAllah, amanah yang diberikan sebagai Guru Pembimbing di sana akan dijalankan sebaik yang mungkin. 

'Mengajar di Pusat Perlindungan Wanita je?', 'ada degree takkan kerja macam tu je?' 'students semua budak juvana ke?' 'ada hati ke students tu nak belajar lagi?' 'senang ke nak handle budak nakal macam tu?' - ni antara puluhan soalan yang saya perlu jawab apabila somebody tanya habis belajar buat apa,. 

Jawapan saya : Kerja.. Mengajar di Pusat Perlindungan Wanita..

Saya akui agak besar cabarannya mengajar di sana,. Balik mengajar terjelepuk penat.  Tetapi, sy lagi penat nak menghadap soalan2 cliche insan2 tertentu yang mudah nak judge org lain sesedap hati mereka tanpa merujuk sebarang standard kepiawaian,. 

Amboi, senangnya nak mengata students saya kan,. 'Budak juvana la','budak kena tangkap khalwat la,'budak bunting anak luar nikah la', 'kaki pukul, kaki ponteng', 'perompak,penyamun', 'minah rempit', 'b**sia' dan macam2 lagi,. Sedapnya mulut mengata,. Tak fikir ke perasaan orang lain b4 nak keluarkan pendapat n anggapan merapu,. Tak baik tau,. Iya, mungkin ada segelintir mereka terdiri dari golongan itu, tapi, siapa kita nk terus menghukum dan melabel mereka seperti itu? Jika memang mereka pernah hanyut seperti itu, tapi itu dulu,. Dulu, sebelum mereka menjadi insan terpilih,. Terpilih untuk diselamatkan Allah dr terus hanyut dibuai nikmat duniawi,. Diselamatkan dr terus bebas dgn hidup jahiliyyah,.

Saya teruja bila ada kemasukan pelajar baru,. Itu bermakna, seorang lagi gadis diselamatkan untuk berlindung dan menuntut ilmu di situ,. Tatkala students sy semakin ghairah menghitung 'hari pembebasan', hari tamatnya tempoh mereka berlindung di pusat itu, sy menjadi sedih dan risau,. 'Sekolah kah mereka selepas ini?', 'Selamatkah mereka di luar sana?','Kuatkah mereka menghadapi cabaran dunia?','Mampukah mereka terus kuat menolah gelojak nafsu untuk kembali kepada kehidupan lama', dan 'mampukah mereka gigih menepis tohmahan dan stigma negatif masyarakat terhadap mereka?'.. Ya Allah, teruslah pimpin mereka ke jalan redha-Mu..

Teringat sy pada impian semasa kecil - 'Nak jadi cikgu, mengajar kat pedalaman Sabah Sarawak yang jauh dr pekan,. Pergi sekolah bersusah payah,lg best kalau kena meredah sungai dan sebagainya,. Barulah terasa nikmat susah payah seorang guru'.. Ya, setiap kali terlihat dokumentari mengenai guru yang tinggal di kawasan terpencil, sy begitu teruja untuk mengikut jejak langkah mereka,. Tentu sekali cabaran ini semakin berkurang,. Sabah dan Sarawak semakin membangun,. Prasarana yang ada pun semakin canggih,. Syabas Malaysia! :)

Tak dapat jadi guru di kawasan pedalaman pun, sy masih boleh merasai nikmat hidup sebagai seorang guru,. Ya, guru muda yang terpaksa berdepan dengan pelbagai sejarah hitam kehidupan pelajarnya, guru yang harus sentiasa bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan di dalam kelas,. Bukan mudah menjadi guru,. Apatah lagi menjadi guru kepada golongan pelajar yang perlukan perhatian dan bimbingan yang istimewa,. Akan tetapi, sy percaya kemudahan akan datang setimpal dengan keikhlasan yang kita berikan untuk mengajar,. Alhamdulillah, tugas sy untuk mengajar, semakin hari semakin mudah,.

Students saya adalah golongan istimewa,. Paling tidak mereka istimewa di mata saya,. Saya dan mereka, kami sama2 belajar,. Belajar mengenai makna kehidupan sebenar, belajar mengenai cabaran dunia sebenar,. Saya belajar mempraktikkan ilmu psikologi, ilmu motivasi yang ada,. Saya yakin, mereka tidak hanya memerlukan ilmu pengetahuan, tetapi mereka perlukan kasih sayang, perhatian serta motivasi dan dorongan untuk mereka terus gigih berdiri menuju landasan Tuhan,. 

Ya Allah, berkatilah hidup mereka,. Titipkan semangat yang jitu dalm diri mereka untuk terus belajar dan kuatkan istiqamah mereka untuk tidak kembali kepada kehidupan yang lama,. Permudahkanlah urusan kehidupan mereka, Kau ampunilah dosa-dosaku, Kau ampunilah dosa anak didikku, Kau ampunilah dosa kedua ibubapa mereka,. Limpahi kami dengan limpahan kasih dan keberkatan dari-Mu,. Amin Ya Rabb..

Saya guru muda, dan saya berbangga dengan kerjaya saya :)


Thursday, August 22, 2013

Sepiring Inspirasi Dari Langit Illahi


Kala blog kian menyepi,
Idea datang menyapa diri,
Kala terpandang langit Illahi,
Di situ ku temui berjuta inspirasi..

Luas. Biru. Damai. Bebas. Menenangkan. 

Itu antara perkara yang begitu sinonim dengan keindahan ciptaan langit. Jangan kita lupa bahawa Allah tidak akan menjadikan sesuatu itu sia-sia belaka. Pasti ada hikmah di setiap penciptaan hebat Yang Maha Esa.. Jangan hanya melihat menggunakan mata yang hakiki, tetapi cuba juga selami menggunakan mata hati..


"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi ( sambil berkata) : "wahai Tuhan kami! Tidaklah Enkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. {The Holy Quran 3:191}


Cuba kita renung sejenak..

Langit itu luas terbentang, tanpa ada tiang yang menahannya.. Hebat kan?

Langit itu mampu menampung jutaan bintang yang bergemerlapan di malam hari tanpa membiarkan bintang berguguran jatuh ke bumi.. Hebat kan?

Langit itu sungguh perkasa memperkukuhkan kedudukan matahari yang tanpa jemu menerangi bumi ini,. Hebat kan?

Langit itu ikhlas membiarkan burung-burung berterbangan bebas di sekelillingnya,. Hebat bukan?

Langit itu terus memegang erat seluruh sistem galaksi yang menjadi kekaguman seluruh manusia,. Hebat bukan?

Langit itu sungguh hebat,. Hebat, Hebat, Hebat,. Antara langit dan bumi, Allah lebih memuliakan langit,.  Di dalam Al-Quran, Allah menyebut langit dahulu sebelum bumi,. Langit itu sungguh mengagumkan,. Tempat tersimpan segala kehebatan ciptaan Illahi,. Tempat yang suci dari dosa insani,. 

Langit itu tersimpan berjuta misteri,. Inspirasi bagi yang cuba menghurai misteri,. Ia bukti kekuasaan Illahi,. Bukti penciptaan yang tiada satu pun manusia yang boleh tandingi,.



Terlalu besar perbezaannya jika hendak dibandingkan kita dengan langit,.

Langit yang sungguh hebat itu masih taat kepada Allah,. Di kala Allah memerintahkannya supaya menampung jutaan bintang, matahari, serta seluruh sistem solar, langit masih taat menuruti,.

Langit yang sungguh mengagumkan itu masih ikhlas membenarkan burung-burung terbang bebas di sekelilingnya, tanpa ada rasa iri,.

Langit yang sungguh mendamaikan itu, masih terus menjadi sumber inspirasi makhluk di bumi,.


Kita hanya manusia yang hina,. Siapa kita untuk melanggar perintah Illahi?

Katanya orang mukmin itu bersaudara,. Tapi mengapa masih ada lagi wujud sengketa?

Jutaan manusia di sekeliling kita,. Tapi mengapa masih tidak mampu ditanamkan hormat dan  kasih sesama kita?


Ayuh, jadilah seperti langit yang sungguh hebat itu,.
Terus hebat tanpa mendabik dada,.
Terus tunduk dan patuh pada Yang Esa,.
Terus memberikan inspirasi kepada manusia,.
Agar kita tidak sombong meninggi diri,.
Agar kita tidak alpa dengan dosa sendiri,.
Moga kita sentiasa disayangi,.

InsyaAllah,.
Allahu Rabb, rahmatilah kami...

Thursday, July 25, 2013

Seribu Wajah

Biarlah foto ini terus berbicara di dalam sepinya..



*Seribu Wajah Sangat :) *




Empunya blog,. Bertugas sebagai kaunselor pelatih di SMK Agama Simpang Lima :)



Adik manja katanya, hihi,. Orang kuat jabatan yang memperjuangkan hak wanita dan kebajikan keluarga :)

*
*
*
*
*
*
*

okay..
sebenarnya takde nak cite ape pun,.
Juz tak nak blog ni usang begitu lamanya,.
Haha,.
Nak cerita pasal semua dalam kelas, tak mampu den,.
Jenuh nk scroll gambar sorang2,. huhu
Budak manja tu, special kes kit,.
Majuk,. Katanya sy dtg UKM taknak bgtau dia,.
huhu
Bukan begitu, dear,.
Sy kelam kabut sikit hari tu,.
Maafkan saya ye :)
Nanti2 sy dtg Lipeh k,.
:)
Saya janji sayang awak selamalamalamalamanya,.
Haha,.

*
*
*
*
*
*
*


Friday, June 28, 2013

Pirate And His Precious


One day, the Precious said to her Pirate :

" I send my cares to the wind, and ask the wind to pass it to you,. When you feel that wind blow against your face, it's me saying : TAKE CARE OF YOURSELF!"

*
*
*
*

Then, her charming Pirate replied :

"I just got the wind that you sent to me,. I've told the wind who brought the cares to say thanks to you,. When that wind meet you again, I also ask the wind to tell you a fairy tale about a pirate who dreaming to get his precious treasure somewhere in this world,. Take a good care of yourself :) "


Friday, June 21, 2013

Mahar

Mahar..

Lagi rendah, lagi bagus,.

Tak membebankan bakal suami,.

Jangan nak ikut trend sangat la,.

Kahwin nak hantaran berbelas ribu, berpuluh ribu,.

Buat apa?

Nak dabik dada?

Nak kejar title 'wedding of the year'?

Kalau suami tu mampu lain lah ceritanya,.

Kalau tak mampu, terima apa adanya,.

Jangan nak mengada,.

Minta berganda2,.

Yakin boleh berbakti pada suami selayaknya?

Yakin boleh tunaikan tanggungjawab sebaiknya?

Yakin dapat redha suami sentiasa?


*
*
*
*
*

Sekian..


p/s : Siapa kata mahar rendah suami tak hargai? Suami lagi sayang kot sebab awal2 dah nampak kita boleh bertoleransi,. Nikah itu mudah jika ikut saranan Islam..

Penangan Tesis

Hebat!

Makin lama makin nampak kekurangannya,.

Niat nak edit sikit, tapi makan masa 2 hari lamanya,.

Hebat!

Makin terseksa melihatnya,.

Masih tak siap walaupun dah lama,.

Cepat!

Siapkan segera,.

Dan lupakannya,.

:) :) :) :) :)




Wednesday, June 19, 2013

Opah Ku Sayang

Bismillah..

Mula menghembuskan nafas panjang,. Sigh~

Rindu!

Rindu pada dia yang telah tiada.. Lama sudah dia tinggalkan kami,. 15 tahun begitu pantas berlalu,. Allah sayangkan dia lebih dari kami,. Aku redha,..

Bahagianya aku jika dia masih ada,. 

Inginku ku kucup lembut tangannya, inginku cium mesra pipinya,. Inginku bermanja di sisinya,. Inginku berkongsi cerita dengannya,. 

Inginku terus menikmati hidangan lazatnya,. Inginku terus dibuai belaian manjanya,. Inginku terus ada di dalam pelukan hangatnya,. Inginku terus mencurahkan kasih sayang sepenuhnya kepada dia,.

Opah,.

Begitu cepat opah tinggalkan kakyong,. Opah tinggalkan kakyong  masih kecil lagi,. Masih tidak tahu apakah itu erti sebuah kematian,. Yang kakyong tahu, opah sudah tiada lagi bersama kami semua,. Tiada lagi untuk ajar kakyong ngaji,. Tiada lagi untuk suapkan kakyong makan,. Tiada lagi untuk temankan kakyong, ayen, puteri, abg epul, abg amir, aiman main kat padang depan rumah,.

Kakyong ingat lagi,.

Tengahari tu, opah masak pengat pisang,. Kakyong nak makan, tapi dah tak sempat sebab bas sekolah dah nak datang,. Opah suruh mama masukkan dalam peti ais dulu,. Biar cepat sejuk,. Biar kakyong sempat makan,.Tapi tak sempat juga,. Pakcik bas dah datang,. Kakyong pun pergi sekolah,. Tanpa menjamah pengat pisang yang opah buat tu,.

Petang tu, bila balik sekolah, mama kata opah jatuh, warded kat Hosp.Sabak Bernam,. Masa tu langsung lupa pasal pengat pisang yang dah membeku kat dalam peti ais tu,. Beberapa hari lepas tu, abah cakap, opah dah meninggal,. Kakyong pergi rumah ayah, tengok opah dah terbaring dah,. Kakyong tak tahu apa pun masa tu,. Mama suruh duduk kat kepala opah,. Suruh cium dahi opah,. Ramai orang mengaji tepi opah,. Tapi, masa tu kakyong kecil lagi,. Tak tahu nak bacakan Yassin untuk opah,. Maafkan kakyong,.

Lepas tu, orang angkat opah, letak kat ruang dapur,. Mama kata nak mandikan opah,. 'opah tak boleh mandi sendiri ke?', tu yang kakyong terfikir,. Ramai sangat orang kat dapur,. Kakyong nampak mama nangis mandikan opah,. Kenapa? Lepas tu, orang pakaikan opah kain putih, diorang tutup muka opah,. Kenapa? Kenapa jahat sangat buat opah macamtu,. Macamane opah nak bernafas?? Lepas tu, diorang nak bawa opah pergi masjid,. Mama suruh cium opah lagi sekali,. Kakyong buat je apa yang mama suruh,. Wangi opah masa tu,. Masa tu, ramai2 angkat opah keluar rumah,. Mama kata kakyong budak perempuan, tak boleh ikut pergi kubur,. Kakyong pun duduk je la kat rumah,. Kalau lah kakyong meronta2 nak ikut sekali masa tu,. Mesti boleh tengok opah lama2 lagi,.

Sekarang,..

Cucu-cucu opah semua dah besar,. Kacak dan cantik2 belaka,. Cucu opah pun dah bertambah2,. Cicit je yang belum ada lagi,. Lepas opah tiada, ayah dan ibu tambah seorang anak,. Mama n abah kakyong tambah tiga, hihi,. Pakcu n auntie dah tambah 4 anak,. Cik kin pulak sekarang dah ada 2 anak,. Mesti meriah kalau opah masih ada,. Ayah pun dah nak bermenantu dah,. Abg Epul dah jadi tunangan orang,. Abg Amir tu dah macam tak lama lagi je nak menyunting bunga di taman orang,. Rumah mama je yang belum nampak bayang2 nak bermenantu lagi,. Hmm,. Kalau opah ada lagi, dengan bangganya kakyong nak kenalkan dekat bakal suami,. Tapi... Opah dah tiada lagi,..

Kakyong selalu cerita pasal opah dengan Cik Yam,. Cik Yam lah kawan baik kakyong sekarang ni,. Ada apa2 je masalah or benda nak cerita, kakyong mesti pergi rumah Cik Yam,. Sebab, bila kakyong sembang dengan cik yam, kakyong rasa macam sembang dengan opah,. Cik Yam nampak macam opah,. Bila Cik Yam kongsi cerita pasal opah, mesti mata dia berair,. Dia pun rindukan opah,.

Opah,.
Terima kasih,.

Terima kasih sebab lahirkan mama yang baik untuk kakyong dan adik2,.

Terima kasih sebab lahirkan pakcik2 dan makcik yang baik untuk kakyong,.

Terima kasih sebab ajar mama sampai pandai masak lauk yg sedap2 untuk kami sekeluarga,.

Terima kasih sebab izinkan mama bernikah dengan lelaki yang cantik peribadinya untuk jadi abah kakyong,.

Terima kasih untuk segala memori manis yang masih tersimpan kemas dalam ingatan kakyong,.

Terima kasih untuk kehangatan kasih sayang opah yang masih terasa sehingga kini,.

Terima kasih sebab ajar kakyong alif, ba, ta,. Asas yang buat kakyong faham isi Al-Quran,.

Terima kasih sebab selalu masakkan lauk yang sedap untuk kami,.

Terima kasih sebab ajarkan mama macam2 perkara,. Sampai apa pun yang mama ajar, mama mesti cakap, 'Opah kalau masak macam ni', 'Opah ajar buat ni macam ni', 'Opah tak bagi buat macam ni',. dan macam2 lagi,.

Terima kasih untuk kasih sayang yang melimpah ruah,.

Terima kasih sebab jadi opah yang paling hebat di mata seorang cucu,.

Terima kasih, Terima kasih, Terima kasih,.



Al- Fatihah~

Doa kami sentiasa buat Opah :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com