..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Saturday, January 22, 2011

Tangisan itu bkn 1 klemahan..

Duhai mata yang sedang menangis....

Mungkin tika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka. Apa pun situasimu, air yang menggenangi kelopakmu dan mengalir ke pipi ialah anugerah Allah s.w.t yang tak terhingga. Ia mampu membuang racun di tubuhmu kemudian disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah pada-Nya kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis.

Aduh!
Sungguh hairan kumelihat orang yang merasakan tangisan itu satu kelemahan. Malah menganggapnya satu lambang ketidakmatangan. Sedangkan Allah s.w.t merakam mulia sebuah tangisan dalam firman-Nya.
“Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.” (Surah al-Isra’: 109)
“Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.” (Surah Maryam: 58)

Duhai mata yang sedang menangis....

Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu. Benar, tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu. Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.
Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup. Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan kalam Yang Esa.
‘Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah.’ (Riwayat Ahmad dan al-Nasa’i)

Menangislah,. Sesungguhnya tak tnilai air mata dgn permata, kerana air mata itu mampu mmadamkan api neraka, andai ianya benar mgalir dr nasuha nurani, yg takkan bpaling pd palsu duniawi.. Usah terasa ego ntuk mnangis, sdgkan diri tlalu kotor dgn dosa2, Ya Allah, ampunilah diriku ini.. Ampunilah mereka yg berada disekelilingku,. Ampuni lah kami.. Sesungguhnya hanya pada-Mu kami memohon keampunan,. Menangislah di pintu taubat Illahi..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com