Tuesday, October 25, 2011
Sabarlah Wahai Hati
Salam,. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lg Maha Mengasihani, daku memohon kelancaran idea untuk coretan kali ini,.
Pengalaman mendewasakan kita,. Pengalaman juga yang mengajar kita erti kehidupan yang sebenar,. Dunia ini besar,. Kepadatan penghuninya semakin bertambah dari hari ke hari,. Hilang tumbuh, patah berganti,. Begitu juga kehidupan insani,. Berkurang kerana mati, bertambah dek kelahiran si bayi..
Kerana pulut, santan binasa, kerana mulut, badan yang binasa,. Umumnya, semua orang mengetahui, lidah itu tajamnya melebihi dari bilah pedang,. Tiap tutur yang terkeluar dari mulut kita membawa kepada seribu erti dan makna,. Ada yang bisa menyakitkan hati si pendengar, ada juga yang membuatkan manusia terpesona dek keindahan tatabahasa dan susunannya..
Allah berfirman yang bermaksud: “Bukankah Kami telah memberikan kepadanya dua biji mata, lidah dan dua bibir. Dan Kami menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebajikan dan jalan kejahatan).” - Surah al-Balad: 8-10
Dua bibir yang dikurniakan untuk kita bukannya untuk menyakitkan hati mereka yang di sekeliling kita, terutamanya ahli keluarga kita,. Ya, mereka lah yang terhampir dengan kita,. Punyai pertalian darah yang sama, punyai rasa cinta bersaudara,.
Justeru, kita mestilah berhati-hati dalam percakapan sehari-harian. Jika dikhuatiri mengeluarkan perkataan tidak baik, lebih baik kita berdiam diri. Ini bagi mengelakkan diri daripada menanggung dosa dan bagi mengelakkan orang lain terasa hati. Jika kita sudah mengeluarkan kata-kata yang tidak disenangi orang lain, tentu sukar untuk kita menariknya balik. Lebih buruk lagi jika orang lain silap mendengarnya. Ini berkait rapat dengan kata-kata ´terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya´.
Satu kesalahan yang paling rapat dengan lidah ialah penyebaran fitnah dan mengadu domba. Fitnah mendatangkan kesan bahaya dalam masyarakat kerana ia boleh menyebabkan perpecahan dan huru-hara. Allah mengingatkan manusia mengenai buruknya fitnah. Firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 191 bermaksud: “Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.”
Terasa sakit bila fitnah yang tak diundang terkena pada diri kita,. Sungguh tak disangka, kebaikan yang kita lakukan dibalas dengan fitnah dengan begitu menyakitkan,. Terasa bagi dunia ini tidak adil bagi diriku,. Tapi, itu bukan bermakna itu menjadi tiket untuk daku mempersalahkan sesiapa,. Teringat pesanan seorang sahabat, 'bersabarlah, Allah sayangkan kamu, sebab itu kamu diuji',. Terima kasih atas pesanan yang diberikan,. Buat yang sudi mendengar dan memahami situasi ini, sejambak kasih yang tidak terluah ku kirimkan,. Moga kasih Illahi kekal bersamamu,. Buat tubuhku yang telah disakiti, bersabarlah wahai hati!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment