..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Sunday, July 1, 2012

Memberi Kemaafan

Salam semua,. Pesanan ikhlas penulis blog ini  di malam hari :

"Kalau anda disakiti oleh seseorang yg selalu bersama anda, jgn menyimpan dendam, kerana percayalah, Allah sentiasa bersama anda sekiranya anda bersabar,. Tak perlu menunggu saban hari untuk mereka memohon maaf kepada anda, tetapi, hulurkanlah kemaafan terlebih dulu, sebelum anda tak sempat melakukannya," (Fini Pelangi, 2012)

Haha, siap ada credit lagi ye,. Jgn plagiat okay, hihi,.

Memang la terasa kalau orang yg selalu bersama anda dalam urusan menguruskan sesuatu dan anda sentiasa bersamanya di kala suka dan duka,  tiba-tiba melakukan sesuatu yang di luar jangkaan anda,. Di saat2 terakhir, kewujudan anda tidak dihiraukan dan di 'anak tirikan' (fahamkan istilah ini?),. Ish, sakit pula hati kita ni kan,. 

Tetapi, sampai bila kita nak marah2.. Tak untung pape pun kalau kita dok menyimpan rasa kan,. Mengapa perlu sedih untuk mereka yg tidak menghargai anda?? Masih ramai lagi yang menghargai anda,. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor kn? :)

Jadi, tak perlu menyimpan rasa sakit hati tu lama2,. Tak perlu menanam dendam jika tidak mahu terus merana,. Memberi kemaafan itu perkara yg bijaksana,. Agar anda terus bergembira :D :D

Mudah kan hidup ni?? Jika anda diberi keburukan, balaslah dengan kebaikan,. Jika anda disakiti, kemaafanlah yg mengubati,. Jika anda dalam kemarahan, sabarlah penawarnya,. Jika anda disisihkan, berdoalah agar Allah sentiasa bersama,. 

Renung2 kan~ jangan marah lama2 ye :)


notakaki: Cara mengurus kemarahan : Sekiranya anda marah ketika berdiri, duduklah tenangkan diri,. Jika anda marah dalam keadaan duduk, baringlah sejukkan kemarahan hati,. Jika itu masih belum berjaya, berwudhuk lah.. (Kemarahan datangnya daripada iblis laknatullah,. Iblis diciptakan oleh Allah daripada api,. Lumrah alam, garangnya api bakal musnah dek keperkasaan air,. InsyaAllah, rasa marah akan terus lenyap bersama air wudhuk,.)

*TakPerluKitaBertemu,CukupKauTahuYangAkuMaafkanKamu :D:D*MaafkanDirikuJugaOkay?


2 comments:

Saifullah Al-Maslul said...

psycho2!!

FiNi Pelangi said...

haha,. sbb tu skrg psikologi positif semakin diperkembangkan,. sbb, hidup kita sbagai manusia ni tidak hanya ada kedukaan dan kesengsaraan,. :) oleh itu, buatlah apa sahaja untuk kebahagiaan diri anda,. jgn biarkan hidup anda dselubungi kegelisahan, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com