..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Monday, October 29, 2012

Kisah Baju Melayu Dan Baju Kurung

Salam n Greetings~

Sempat lagi kn nk ucap Salam Aidiladha
*Moga kita diberi kekuatan untuk mengorbankan segala keseronokan dunia,
Demi meraih Redha Illahi (InsyaAllah)


MEN ARE FROM MAKKAH, WOMEN ARE FROM MEDINA

(lama nak update blog pasal talk ni, tapi masa tak mengizinkan)

Intai2 notebook yang dibawa ke mana2,. Selak punya selak, terjumpa lah segala isi kandungan yang di'conteng'  throughout a talk by Dr. Harlina Halizah Siraj, "Kisah Baju Melayu Dan Baju Kurung". Thanks Cik Tasneem Hidayah sudi ajak saya pegi talk yang awesome ni :) ,. Thanks juga Bel Nasir, Aimi Shafika n Shahida Nur Iman nk meramaikan kouta dlm cik Tasneem (si viva hijau) dan mendengar omelan sy ketika hujan membasahi bumi.. Allah Yubarik Fikum.. 

Why men lie and women cry? / Why men don't listen and women can't read map? / Suami Memimpin Isteri Mengurus, etc2 adalah contoh2 yang menggambarkan perbezaan antara lelaki dan perempuan,. Macam2 versi buku da dikeluarkan serata dunia,. Antara yang popular 'Men are From Mars, Women are From Venus.. Mesti pernah jumpa kn buku ni :)

Surah An-Nisa (ayat 1): 
'Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yg telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dr dirinya (Adam); dan dr keduanya Allah mengembangkan laki2 dan wanita yang banyak. Bertakwalah kpd Allah yg dgn namaNya sering kamu meminta, dan peliharalah hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah sering menjaga dan mengawasimu.

(terjemahan Al-Quran Darul Iman)

" o mankind! Reverence your Guardian-Lord (Allah), Who created you from a single person(Adam), created, of like nature, his mate, and from them twain scattered (like seeds) countless men and women - reverence Allah, through Whom ye demand your mutual (rights), and (reverence) the wombs (that bore you) : For Allah ever watches over you"

( the Holy Quran- text and translation :Islamic Book Trust)

Wahai lelaki2, jgn merungut dgn kehadiran wanita2 di sekeliling anda, wahai wanita2, jgn juga merungut dgn kehadiran lelaki2 di sekeliling anda,. Jangan sibuk meninggi diri membandingkan kehebatan masing2, jgn sibuk mengutuk kekurangan masing2,.  Bukankah setiap penciptaan Allah itu ada tujuan yang nyata.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap perkara. Ciptaan lelaki dan wanita itu penting,. Ya, Allah Maha Tahu!,. Untuk hubungan silaturrahim, untuk menyemai cinta suami isteri, untuk menabur benih kasih sayang dalam keluarga, untuk meramaikan umat Nabi Muhammad (s.a.w), untuk memantapkan ukhuwah Islam..

"guys, satu meter please~"

Al- Ikhtilat : bergaul di 1 tempat antara lelaki dan perempuan ajnabi (yang sah jika dikahwinkan), di mana berlaku interaksi dlm bentuk pandang memandang (Dr.Har,2012)

Dalam dunia sekarang : konsep ikhtilat lebih jelas dengan maksud sosialisasi. Mesti ada antara kita yang pernah mengetahui konsep 'satu meter'.. Kat sekolah dulu slalu ada konsep ni, lagi2 bagi sesiapa yang bersekolah aliran agama.

"eh, tak boleh la sembang dengan lelaki, kalau nk, mesti ada jarak satu meter"
junior : "kenapa kak?"
*blurr*

Islam tak larang kita berurusan dengan sang ajnabi,. TAPI!! Ya, tapi ada garis batasan pergaulannya,. Allah Tahu, kita akan susah untuk mencari supermarket yang semua orang di dalamnya satu jantina je,. Dri pemborong, pemunggah barang, promoter, cashier hinggalah pembeli semuanya perempuan, or vice versa.. Allah Tahu kita akan susah cari pejabat yang semua di dalamnya satu jantina,. Dari bos, boards of directors, staff, cleaner hinggalah plumber dan sebagainya adalah terdiri daripada golongan wanita semua,. Oleh itu, disebabkan Allah Itu Maha Pemurah Dan Penyayang, Dia ciptakan garis panduan untuk berurusan dengan sang ajnabi.. Boleh berurusan : JIKA ADA KEPERLUAN (semasa bermuamalah/jual beli, sewaktu bekerja, menjadi saksi kes perbicaraan. dalam kenderaan awam, ikut adat kebiasaan majlis, semasa belajar) - ingatan untuk diri sendiri juga =.=


Sama Tapi Tak Serupa

"Kita tak sama", kata Ahmad kepada Nurra,. "we're different", kata Ah Chong kepada Mei Lin.. "Totally different", kata Muthu kepada Kalaivani,. Ya, memang kita diciptakan berbeza antara lelaki dan perempuan,. Dari segi biologikal, nyata kita berbeza,. Dari segi peranan gender pun kita berbeza,. TAPI!! Jangan lupa, kita diciptakan untuk satu tujuan yang sama : SEBAGAI HAMBA ALLAH (kita ada tanggungjawab beribadah kepada-Nya),.

"Dan Dialah yg menjadikan kamu sebagai khalifah2 di muka bumi dan Dia mengangkat (darjat) sebahagian drpd kamu di atas yg lain, untuk mengujimu atas (kurnia) yg diberikan kepada kamu.. Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman, dan sungguh, Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang.- Surah Al-An'am, AYAT 165)

"It is He Who hath made you  (His) agents, inheritors of the earth : He hath raised you in ranks, some above others : that He may try you in the gifts He hath given you: for thy Allah is quick in punishment: yet He is indeed Oft-forgiving, Most Merciful. - Al An'am, 165)


A Lil Doodle drawn by a sis 
(moga dia dan Allah redha dgn pkongsian ini)

click gambar untuk lebih jelas :)






Banyak lagi ilmu yang nak dikongsi,. Tunggu ye penulisan entri ni yang seterusnya,. InsyaAllah, ASAP,. da panjang sangat rasanya entri ni,. Nanti, ada pulak yang tak berkesempatan nk habiskan baca bila nampak panjang berjela,. Sampai ketemu di entri akan datang, InsyaAllah,. 

*Moga ALLAH redha*

TQ~
Fini Pelangi

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com