..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Tuesday, June 18, 2013

Aku Ingin


Basmallah pembuka bicara,
Alhamdulillah pada Yang Esa,
Kerana izinkan ku terus berkarya,
Meluahkan apa yang terbuku di minda.

Sejujurnya....

Aku ingin terbang bebas,
Tinggi melebarkan sayap di awanan biru,.
Bebas tanpa masalah yang terlintas,
Kedamaian semakin menyejukkan kalbu,.

Aku ingin bebas berenang,
Bagai jutaan ikan ciptaan Tuhan,.
Hidup bahagia tanpa bebanan yang mendatang,
Terus menyelam ke dasar lautan,.

Aku ingin secantik rama-rama,
Dirinya indah berwarna-warni,.
Berlagu riang, merdu berirama,
Bebas terbang ke sana ke sini.

Tapi..
Aku adalah aku,.
Manusia biasa ciptaan Tuhanku,.
Yang hidupnya sentiasa penuh berliku,.

Ujian dan dugaan silih berganti,
Datang tak dijemput menemani diri,.
Semuanya harus ku tentang dengan berani,
Kerna ku tahu, Allah sentiasa ada di sisi,.

Aku bersyukur dilahirkan sebagai manusia,
Makhluk Tuhan yang punya akal fikiran,.
Berbeza dari segala tumbuhan dan haiwan yang ada,
Kerna aku boleh membezakan hak dan kebatilan,

Terima Kasih Wahai Tuhanku....

fini pelangi,
ukm, 18/06/2013

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com