..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Thursday, April 21, 2011

IQRA' = BACALAH..


Salam buat semua,. Sedikit perkongsian ilmu pada petang ini,. Tajuk yang mudah : Iqra'= bacalah..

Kwn2, nk tahu tak reaksi syaitan bila kita membaca Al-quran??
Da tau, kongsi2 dgn kwn2 lain ye, (share2 la ye),.

Kongsi2.. jgn simpan sorang2 sbb kalau simpan, dgr ckp syaitan la tu,.



1)Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..

2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.

3)Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.



4)Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang

5)Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke.

Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke .

Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !”

SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan.



Wallahualam..




.

Wednesday, April 20, 2011

Jgn meniru lg,.

Salam,. hye there,. Entry kali ini related wif da previous post (Dilarang Meniru!),. Jom baca lg sal isu tiru meniru ni,.

Tiru meniru cm da jd satu trend kn tyme exam,. Apa yg dilarang, tu juga la yg kita nk buat,. Mmg la tension bila kita tak dapat jwab soalan peperiksaan dgn baik,. Tp, meniru bknlah jln pintas yg terbaik,. Repeat again: BKN JLN YG TERBAIK,.

Fine, mmg la kadang2 yg meniru tu tak kantoi,. Licik dan pandai,. Tp, insan2 yg meniru tu, penah tak terfikir perasaan kwn2 sekelas, or sekuliah yg lain?? Mereka berhempas pulas menimba ilmu ntuk mendapatkan gred yg baik, tp kalian yg mdapat jwpn dr cara yg salah ni dpt mrkah lebih tggi drpd mereka,. So annoying kn?? So, lps ni, hindarkanlah diri kalian drpd meniru,.

Okay, sy juga manusia biasa,. Pelajar biasa,. Penah juga punya keinginan ntuk meniru dlm peperiksaan bila tak dpt selesaikan soalan tertentu,. Syaitan tu jahat kn?? Suka2 dia je nk goda sy ntuk meniru,. Tp, sy punya prinsip: Biar tak dapat jwb, biar mrkh rendah, yg pnting, buat sndiri,. Kalau tak dapat jwb dgn baik, itu bmakna sy masih lemah dlm mmahami subjek tersebut,. Perlu tgkatkan usaha dgn lebih gigih,. Kalau tak dpt apa yg diimpikan, mmg la sedih,. tp, pdn la muka sy,. siapa suruh tak blaja btul2,. Mulut ada, tak reti nk btanya,. Kaki ada, tak reti nk mnapak k bilik guru/lcturer ntuk btanya,. So, kalau dpt mrkah ckit pn tak kesah, sbb, tu hasil usaha sy sndiri,.

So, sy ingin mohon sejuta kemaafan pd yg menanyakan jwpn pd sy, kerana, sy tidak akan pernah mbantu kalian di dlm dewan peperiksaan,. Sy mmg kedekut dlm exam hall,.

Pada yg pernah meniru, bertaubat lah ye,. Jgn meniru lg,. sebab, kita kn umat Islam, blaja untuk keredhaan Illahi,. Kalau masa periksa kita men tiru2, berkat ke ilmu tu?? Allah tu Maha Melihat ye kwn2,.



Jgn berfikiran seperti ini ye:


-tak semua girls pandai okay,. Kalau tak study, sama gak tak pandai,.


-ilmu letak tak tapak kasut?? tak patut kn kwn2.. ish3,.


-Ni lg la tak patut, duk meniru rmi2,.

Jln terbaik nk elakkan diri dr bnafsu untuk meniru: Blaja rajin2,. Fahamkan apa yg tak faham, n Study la dr awal,. Jgn tggu hingga saat terakhir,. Wish u all da bez :):),. Maaf andai ada yg terasa ye,. Ini hanya pesanan semata2,.

Dilarang Meniru!

Salam untuk semua,.Sedikit pengisian sempena dengan musim peperiksaan yg sedang berlangsung ini..


Mufti Diyar Misriyyah Syeikhuna 'Ali Goma'a Hafizahullah apabila ditanya oleh murid beliau.. maka jawabnya perbuatan meniru di dalam peperiksaan adalah haram berdalilkan hadis Rasulullah SAW :


"Sesiapa yg menipu kami maka dia bukanlah drpd golongan kami"


Peperiksaan merupakan amanah kepada kita..amanah kita dengan diri sendiri, amanah kita dgn ibubapa, amanah kita dgn guru, dan yg plg utama amanah kita dgn Allah.. Cuba bayangkan jika kita mendapat pekerjaan dari hasil kita meniru di dalam peperiksaan dahulu..kita bg anak isteri kita makan.kita bg mak ayah kita..sedangkan hasil yg kita dapat di atas jalan kezaliman kerana kita mengambil hak org lain yg sepatutnya mendapat pekerjaan tersebut berdasarkan penilaian akademik yg sbnr..adakah rezeki yg kita dapat adalah HALAL?? Ingatlah sabda Nabi SAW yang bermaksud :


"Tidak ada iman bagi sesiapa yg tidak ada amanah pada dirinya"


Dan tidak amanah atau khianat ini merupakan satu ciri dari 3 ciri org yg munafik yg diterangkan di dalam hadis yg diriwayat dr Abi Hurairah R.A ; "Ayatul munafiqi thlasah, iza haddasa kazaba waiza wa'ada akhlafa waiza'tumina khaana" "Tanda2 atau ciri2 org yg munafik ada tiga :
1) bila bercakap dia berdusta
2)bila berjanji dia mungkiri
3)bila diberi amanah dia khianati
Biarlah result kita rendah asalkan BERKAT.. brp ramai yg mndapat result cemerlang tetapi masih menganggur dan berapa ramai yg hanya berkelulusan SPM tetapi mendapat pekerjaan yg setimpal dgn kelulusannya??fikir2kan dan renung2kan.. Kata org tua2 "Kalau sedikit tetapi berkat ia akan mengcukupi tapi walaupun byk kalau tidak berkat tdk akan cukup selama2nya"..


Sumber dr sni: (iluvislam)

Monday, April 18, 2011

Kisah yang semakin dilupakan

Salam buat semua,. Post ini adalah hasil perkongsiaan karya Tasneem Hidayah,. Credit to her,. sy da minta izin okay,.

Kisah seperti ini semakin dilupakan,. Jom citakan balik pada adik2 kita,. Mgkin pada ank2 n generasi seterusnya pd masa akn dtg,. InsyaAllah,. :):)

Kisahnya begini:

Abu melihat di cermin.. lalu menitiskan air matanya mengenang ejekan - ejakan kawan - kawan di sekolah.. "Abu..kau ni dah lah hitam..rongak..tak ada gigi.. macamana kau nak makan? pakai gusi ke? hahahaha" kali ini Abu tidak mampu lagi menahan rasa marahnya.. melihat ke sudut tangga, dicapainya kayu..dengan penuh dendam ingin dipukul sahaja kawan - kawannya..tetapi loceng sudah berbunyi.. perhimpunan akan bermula sebentar lagi.. guru disiplin sudah berdiri memerhatikan setiap seorang murid..lantas kayu itu dicampaknya..berbisik sendirian " ahh.. sudah lah.. terimalah hakikat..kau memang hitam..kau memang rongak..tiada guna terus - terusan menyimpan dendam" Abu sugul sepanjang hari..setiap kali cikgu bertanya soalan kepadanya..hanya senyuman tawar yang dibalasnya..memastikan senyuman itu tidak menampakkan giginya yang ompong..kerana tidak sanggup mendengar bisikan - bisikan " eh.. dia tak ada gigi lah..kekekekeke", " kasihannya.. kulit gelap, gigi rongak mcm ugly duckling".. .................................................................................................................................................... Abu menghempas begnya di atas sofa rumah.. lalu dilihatnya gambar kedua arwah ibu dan bapanya.."bagaimana wajah ummi dan abi yang sungguh cantik..bisa melahirkan aku yang sungguh gelap" ..nenek Abu menyapa lamunannya itu.."cucu nenek mesti lapar, nenek dah masak daging goreng USA hari ini" Abu merenung tajam pada neneknya, dari rambut turun ke kening..turun ke hidung.. akhir sekali ke barisan gigi nenek.. lantas dengan spontan dia bertanya " nenek!! nenek lagi teruk dari Abu.. gigi langsung tak ada..nenek kunyah pakai gusi ke daging itu?" nenek ketawa dan menjawab " Abu sedih kerana gigi Abu patah akibat kemalangan tempoh hari?" Abu mengangguk lemah.. " kawan - kawan Abu semua gelakkan Abu.. sekarang Abu dah tak boleh bercakap dengan siapa- siapa..kalau Abu ni 10 tahun ada harapan la nenek nak tumbuh lagi..ni dah 17 tahun..mana boleh nenek,harapkan duit simpanan nak pakai gigi palsu nanti" nenek senyum dan menyambung bicaranya " Abu.. Abu lupa ya kisah Abu Ubaidah Ibnul Jarrah, kisah Bilal bin Rabah yang ummi dan abi selalu ceritakan waktu Abu kecil dahulu?" .................................................................................................................................................. Abu sedih kerana kehitaman wajahnya..sedang sebenarnya belum ada perempuan yang layak untuk mendapat ciintanya.. hanya perempuan yang berilmu dan beriman akan menghargai cerita Bilal Bin Rabah..walaupun hanya sebagai budak belian yang berkulit hitam tapi kedudukannya di sisi Allah lebih tinggi..kisah dan peribadi Bilal bin Rabah sangat hebat,malah jauh lebih hebat dari artis- artis pojaan..senyuman terukir di bibir Abu..Allhamdulillah, wajahku yang hitam akan selalu mengingatkan aku agar aku mencontohi Bilal Bin Rabah.. ................................................................................................................................................. Dahulu Abu malu menjadi "si ompong".. ketika bersiar- siar di taman.. dia melihat seorang kanak - kanak sedang menangis..dia menghampirinya lalu bertanya " wahai adik ku yang manis, kenapa menangis?" kanak - kanak itu lantas terus tertawa melihat gigi Abu yang rongak.."gigi abang pun rongak macam saya,hahaha" Abu turut sama tersenyum dan tertawa, tangannya diletak di bahu kanak - kanak itu.." abang ada cerita best tentang gigi rongak ini, lepas dengar ni adik jangan sedih sebab gigi adik rongak lagi ok?" kanak - kanak itu menumpukan perhatian kepada cerita Abu.. Abu bakar As-shiddiq menceritakan ... "di waktu perang Uhud,RasulAllah S.A.W ditimpa anak panah hinga dua buah rantai masuk ke kedua belah pipinya bahagian atas, saya segera berlari mendapatkan RasulAllah S.A.W...kemudian ada seorang yang datang bagaikan terbang dari arah timur..maka kataku " Ya Allah moga - moga itu merupakan pertolongan " tatkala kami sampai kepada rasulAllah S.A.W, orang itu merupakan Abu Ubaidah yang telah mendahuluiku ke sana serta katanya " Atas nama Allah, saya minta kepada anda wahai Abu Bakar agar saya dizinkan untuk mencabutnya dari pipi RasulAllah S.A.W....!" Saya pun membiarkannya, maka dengan gigi mukanya Abu Ubaidah mencabut salah satu rantai baju besi penutup kepala RasulAllah sehingga ia terjatuh ke tanah dan bersamaan dengan itu jatuhlah pula sebatang gigi manis Abu Ubaidah..kemudian ditariknya pula mata rantai yang kedua dengan giginya yang lain hingga sama tercabut" Abu melanjutkan ceritanya... Abu Bakar As-Shiddiq dan RasulAllah SAW amat terharu melihat kesetiaan dan pengorbanan Abu Ubaidah. Betapa sayang dan cintanya pada RasulAllah sehingga rela giginya hilang.. sejak itu dikalangan kaum muslimin, Abu Ubaidah dikenali sebagai si ompong kerana kedua gigi atas dan gigi bawahnya telah hilang.. Kanak - kanak itu terus melompat dan gembira " abang, kalau macam tu..tak apa lah.. saya tak kisah gigi saya rongak.. sebab Abu Ubaidah yang dijamin masuk syurga pun rongak!!" ..Abu senyum.." Gigi tu pun nikmat dari Allah.jangan sedih kalau gigi adik tak ada sekarang, nanti inshaAllah boleh tumbuh lagi" kanak - kanak itu terus berlalu dengan riang.. ............................................................................................................................................... Pakar kecantikan boleh bercerita tentang Bilal Bin Rabah bila orang asyik nak wat bleaching kulit.. Pakar gigi boleh cerita tentang Abu Ubaidah bila budak2 takut nak cabut gigi...ibu bapa boleh pujuk anak- anak dengan kisah-kisah sahabat.. ini semua hidden story yang dah dilupakan.. .


Tinta empunya blog: Kita dilahirkan untuk menjadi Khalifah di muka bumi Tuhan,. Itu amanah yg kita telah cipta di awal penciptaan kita,. Mungkin dengan cara menceritakan kisah2 sahabat boleh menjadi tauladan pada generasi muda dalam mengharap redha Illahi,. Moga diri kita sama2 dikurniakan kecekalan hati dan keteguhan iman dalam usaha melaksanakan amanah Tuhan,. InsyaAllah,. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta kaum kerabat baginda,. Tidak dilupakan, para sahabat yg senantiasa di bawah naungan kasih Illahi,. Moga kita juga begitu,. InsyaAllah,.

Wednesday, April 13, 2011

One Litre of Tears

Bismillahirrahmanirrahim.. Salam ntuk semua pembaca,.

Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"

Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.

"Nak, kau memang tak akan mengerti"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"

"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

P/S: So, biarkan daku menangis,.

Sunday, April 10, 2011

Exam is juz aroud the corner,.


Salam Imtihan buat semua..


Juz a short entry 4 diz tyme..


Rite now in 1st year final exam season. Pray for me~ [uhuk2] Everything will starting from tomorrow,. Oh, no!.. Mr. Exam: Kamu sudah hadir.. Mnambahkan sgala elergi yg ada,. Studying non stop 24/7 (iye la sgt tu, haha, ini harapan yg tak mgkin jd kyataan okay,) until smoke comes out from my ear. ehehe. It's exhausting. ya Rabb, Ur help are indeed needed! Mumtaz!! insyaAllah.. Wishing ALL THE BEZ, BITTAUFIQ WANAJJAH to all of you,.


Ikutlah doa Nabi Musa A.s:


' Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan permudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham dengan perkataanku,'


Moga semuanya diberkati Allah, diberi kesihatan yang baik, keadaan emosi yang stabil, dipermudahkan pemahaman yg sukar, dikuatkan ingatan yg lemah, Amin ya Rabb,.


Saturday, April 9, 2011

DAY TO REMEMBER!


Salam buat semua,. Assalamualaikum..


-365 hari setahun,. Setiap hari kita lalui pelbagai pengalaman.. Orang kata, semalam itu kenangan, Hari ini pula adalah kenyataan, Manakala esok adalah harapan,. Tapi, hari2 yg ku lalui penuh dgn peristiwa,. Ada yg berwarna seindah pelangi, ada juga yg suram seperti hari khilangan sinaran mentari,. Suka, duka, riang, tawa, semuanya erat dipatri dan kemas rapi di dalam memori,.

-Haha, intro nk bunga2 je kn,. Saja je,. Entri hari ni juz nk mnyatakan bbrapa tarikh penting spnjang bulan April 2011 ni,.


5 April - Saya ada layang2,. haha, nk blagak ni,. U all ada tak?? wink2* :):)


11 April - Final exam start,. hoho,. exam2,. Statistik plak tu,. yes, bdk2 school of psychology n human development akan bperang dgn calculator kt Dectar tyme ni,. Goodluck semua,. :)


12 April -Paper English 4 social scinces plak,. Jd omputeh sat eh tyme ni,.


13 April - Freedom, haha,. Okay, gap 1 hari je,. jgn nk gmbira sgt,. BTW, ni bezday adikku syg, Ayin, Happy Birthday,. Haha, suda besau pnjg da bdk ni,. tggi mggalah,.


14 April - Exam balik,. paper Dr.Ruzainee, Perception n Cognition,. Okay, lecturer yg dsayangi rmi, tlong bmurah hati ye tyme mark paper kami nnt,. :):)


15 April - Pengantar Sains Sosial,. Oh, no,. ni la paper yg ak tak phm apa dr awl smpi akhir, haha,. Tp ni la kelas yg full ak dtg spnjg sem ni,. Takpa, harus berani! insyaAllah, bley, huhu,. Dr. Jun,. Sayang Dr lebih,. Dr. Jun mmg superb! :) :),. arini, hari pengishtiharan Melaka sbgi Bandaraya Bersejarah,. Melaka terus maju, hehe,.


20 April - favourite paper,. huhu,. Motivation Emotion,. Buku Reeve yg kulit dye tebal kemain tu jd kwn baik skrg, huhu,. kulu kelor ( ke hulu, ke hilir) bwk buku tu,. hihi,. tp result tak tau lg la cmane, haha,.


25 April -Yes, phabisan exam,. Phabisan pderitaan, n Phabisan sesi akademik 2010/2011,. Hubungan Etnik,. Kelas mlm yg selalu sy ponteng, ish2 tak patut, tak patut,. Kne study kuat lg ni,.


26 April- Fully free, haha,. yes2 merdeka,. n tak lupa juga bonda tcinta: Mama, selamat hari lahir,. :) :),. Moga pnjg umur n murah rezki,. Bisnes lebih maju hendaknya, :):),. Love u so much la,. :) :)


Abih bulan April, kne la angkut barang balik uma sbb cuti 4 bulan,. Repeat again, cuti 4 bulan,. huhu,. Bez, tp tak bez gak,. Bpisah lama2 :( :(,. Tu y tak bez tu,. Tp takpe, harus jd kuat,. :):) Ya, Harus lebih kuat,.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com