..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Wednesday, April 20, 2011

Dilarang Meniru!

Salam untuk semua,.Sedikit pengisian sempena dengan musim peperiksaan yg sedang berlangsung ini..


Mufti Diyar Misriyyah Syeikhuna 'Ali Goma'a Hafizahullah apabila ditanya oleh murid beliau.. maka jawabnya perbuatan meniru di dalam peperiksaan adalah haram berdalilkan hadis Rasulullah SAW :


"Sesiapa yg menipu kami maka dia bukanlah drpd golongan kami"


Peperiksaan merupakan amanah kepada kita..amanah kita dengan diri sendiri, amanah kita dgn ibubapa, amanah kita dgn guru, dan yg plg utama amanah kita dgn Allah.. Cuba bayangkan jika kita mendapat pekerjaan dari hasil kita meniru di dalam peperiksaan dahulu..kita bg anak isteri kita makan.kita bg mak ayah kita..sedangkan hasil yg kita dapat di atas jalan kezaliman kerana kita mengambil hak org lain yg sepatutnya mendapat pekerjaan tersebut berdasarkan penilaian akademik yg sbnr..adakah rezeki yg kita dapat adalah HALAL?? Ingatlah sabda Nabi SAW yang bermaksud :


"Tidak ada iman bagi sesiapa yg tidak ada amanah pada dirinya"


Dan tidak amanah atau khianat ini merupakan satu ciri dari 3 ciri org yg munafik yg diterangkan di dalam hadis yg diriwayat dr Abi Hurairah R.A ; "Ayatul munafiqi thlasah, iza haddasa kazaba waiza wa'ada akhlafa waiza'tumina khaana" "Tanda2 atau ciri2 org yg munafik ada tiga :
1) bila bercakap dia berdusta
2)bila berjanji dia mungkiri
3)bila diberi amanah dia khianati
Biarlah result kita rendah asalkan BERKAT.. brp ramai yg mndapat result cemerlang tetapi masih menganggur dan berapa ramai yg hanya berkelulusan SPM tetapi mendapat pekerjaan yg setimpal dgn kelulusannya??fikir2kan dan renung2kan.. Kata org tua2 "Kalau sedikit tetapi berkat ia akan mengcukupi tapi walaupun byk kalau tidak berkat tdk akan cukup selama2nya"..


Sumber dr sni: (iluvislam)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com