..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Friday, April 29, 2011

Saya Hanya Insan Biasa

Salam pembuka bicara buat semua pembaca,. Moga sentiasa di bawah naungan kasih Illahi,. Pelbagai perasaan bercampur baur di dalam hati,. Hendak diluahkan, tiada lg yg sudi mdengar semua celoteh diri ini,. Hanya sebuah blog bisu menjadi peneman hati,.

Ketika entry ini ditulis, entah berapa banyak air mata mengalir,. Laju, tanpa henti,. Bukan ingin meraih simpati, sekadar meluahkan isi hati,.

Benar, sy hanyalah insan biasa,. Sy bukanlah puteri pak kiai, sy bukanlah anak menteri,. Bukan juga bketurunan di raja,. Ya, sy hanya insan biasa,. Seorg insan yg digelar FiNi Pelangi,.

Saya ingin berbaik dengan semua org,. Saya ingin memuaskan hati semua pihak,. Saya ingin menggembirakan kehidupan seseorang,. Tp, sungguh, saya tak mampu,. Saya hanya insan biasa,.

Biarpun sedang menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswi, tapi saya belum mampu bertindak matang,. Saya masih kebudak2kan,. Ya, saya akui,. Saya belum mampu menjadi seorang remaja berintelektual yg kreatif pemikirannya, serta tajam dan bernas buah fikirannya,.

Apatah lg untuk menjadi isteri orang,. Saya belum bersedia,.Saya belum mahir memasak,. Belum mahir menguruskan hal rumah tangga,. Dan sy jg belum mampu menjadi seorang isteri yg sentiasa menggembirakan hati suaminya,.

Saya hanya insan biasa,. Yg sering tersepit antara dua pilihan,. Antara pengorbanan dan tanggungjawab,. Saya mmg belum matang untuk menilai pro dan kontra sesuatu perkara,. Saya jg belum mampu membuat keputusan yg paling relevan,.

Saya memang insan biasa,. Ingin hidup gembira sentiasa,. Tp, andai saya jatuh cinta, itu mmg benar,. Andai saya menangis, air mata itu juga adalah benar,. Kasih sayang serta air mata saya bukanlah lakonan semata-mata,. Itu benar, saya maksudkannya,.

Maafkan saya andai ada pihak yg terasa,. Saya hanya insan biasa yg tak mampu puaskan hati semua pihak,. Tapi, bukannya saya tak cuba untuk lakukan yg terbaik,. Saya telah mencuba sedaya yg mungkin,. Saya mohon berjuta kemaafan,. Saya memang manusia biasa,.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com