Friday, April 29, 2011
Mutiara Perkahwinan
Salam buat pembaca sekalian,. Terima kasih kerana sudi bertamu di blog bisu ini,. Entry ini ditulis, bukan bertujuan menunjukkan kegatalan, mahupun ketidaksabaran untuk berumahtangga,. Sekadar perkongsian mengenai betapa indahnya perkahwinan yg berlandaskan keimanan pada Yang Maha Esa,.
Sumber dipetik dr karya penulisan Muhammad Ali Qutb,'Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam'.. Ini merupakan pesanan Ummu Hakim kepada puterinya di mlm perkahwinannya,. Hayatilah pengajaran pesanan berharga ini,. Moga kita menjadi seorang isteri yg sentiasa disayangi oleh suami,. InsyaAllah,.
" Anakku, engkau akan meninggalkan suasana tempat engkau dilahirkan,
engkau akan meninggalkan sarang tempat engkau dibesarkan dan berpindah ke sarang lain yang belum pernah engkau kenal."
" Engkau memperolehi teman hidup yang belum biasa menemanimu. Ia menjadi berkuasa ke atas dirimu dan menjaga kehidupanmu. Kerana itu hendaklah engkau dapat menempatkan dirimu sebagai hambasahaya baginya, dan dengan demikian ia akan menjadi budak bagimu."
" Anakku, perhatikanlah beberapa sifat utama yang ku pesankan kepadamu, kerana hal itu akan menjadi bekal atau simpanan yang baik bagimu :
1) Temanilah suamimu dengan cara hidup sederhana, merasa cukup dengan apa yang ada, dan bergaullah dengan baik dan patuh.
2) Jagalah dirimu di hadapan matanya dan depan hidungnya agar engkau tidak kelihatan buruk dalam pandangannya, dan jangan sampai ia mencium bau yang tidak sedap dari badanmu. Bercelaklah kerana celak merupakan hiasan terbaik. Ketahuilah bahawa air adalah pengganti terbaik minyak yang tidak engkau punyai.
3) Perhatikanlah dengan baik waktu makan suamimu dan jagalah ketenangan di waktu ia sedang tidur, kerana rasa lapar akan menimbulkan kemarahan dan tidur yang terganggu biasanya juga membangkitkan kemarahan.
4) Jagalah keamanan rumahnya dan keselamatan hartanya serta peliharalah kehormatan suamimu dan hormatilah angota-anggota keluarganya. Sebab dengan menjaga keselamatan harta bendanya engkau akan mendapat penghargaan, dan dengan menghormati anggota-anggota keluarganya engkau akan mendapat perhatian yang baik.
5) Jangan sekali-kali engkau membicarakan rahsia suamimu dengan orang lain dan jangan pula engkau menentang perintahnya; kerana jika engkau menyebarkan rahsianya engkau tidak akan jujur terhadap dirimu, dan jika engkau menentang perintahnya ia akan marah kepadamu.
6) Janganlah engkau gembira di saat ia sedang merasa sedih, janganlah pula engkau kelihatan sedih bila ia sedang bergembira. Sebab yang pertama itu menunjukkan kependekan fikiranmu sedang yang kedua dapat mengeruhkan fikirannya.
7) Jadilah engkau orang yang paling menghormati suamimu, ia pasti akan menjadi orang yang paling besar memberikan penghargaan kepada dirimu. Jadilah engkau orang yang paling mudah menyetujui pendapatnya, ia tentu akan menjadi orang yang paling lama menemani hidupmu.
" Ketahuilah engkau tidak akan dapat memperolehi keinginanmu sebelum engkau mengutamakan kesukaannya daripada kesukaanmu sendiri dan lebih mengutamakan kesenangannya daripada kesenanganmu sendiri, baik dalam hal-hal yang engkau sukai mahupun yang engkau tidak sukai. Semoga Allah menunjukkan pilihan yang baik bagimu."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment