..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Sunday, April 24, 2011

Anak Kecil Itu Hartamu


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani daku mulakan penulisan kali ni,. Salam buat semoga pembaca,. Sekalung penghargaan buat yg sudi membaca setiap entri blog ini,.

Anak Kecil Itu Hartamu,. Ya, anak itu adalah harta yg paling bernilai,. Tercipta atas dasar kasih dan cinta yg begitu mendalam,. Tapi, mgapa masih dipersiakan??

Sayang anak di tangan2kan?? Tp, nk memukul anak pun ada caranya,. Bukannya main lanyak cam kain buruk,. Anak kecil itu ada deria rasa yang sempurna,. Pastinya dia merasakan kesakitan yg amat sangat,. Tambahan pula, yg memukulnya itu adalah ibunya sendiri,. Wanita yg mengandung dan melahirkannya,. Tergamaknya seorang ibu memukul anaknya tanpa belas kasihan,. Da tu, hanya kerana sekeping not merah bernilai RM10,. Tidak berbaloi langsung,.

Ini kisah benar,. Tiada tokok tambah atau tambahan penambah perasa penyedap halwa telinga,. Semalam, saya melihat seorang anak kecil berbasikal biru,. Dia ulang-alik, berpusing-pusing sambil matanya meliar ke tanah,. Dalam hati tertanya2, apakah yg dicari anak kecil itu,. Mukanya kelihatan gusar dan gelisah,. Mengapakah??

Akhirnya, mengambil keputusan untuk bertanya dengannya,. 'Cari apa, dik??', Pertanyaan diajukan,. 'Duit, sepuluh ringgit', ringkas saja jawapannya,. 'Hilang kt mana?',. 'tak tau,. Mak suruh cari smpi jumpa',. Dalam hati bermonolog,. Hanya kerana sepuluh ringgit, anak itu mencari seluruh taman perumahan,. Sampai merah2 muka dan badannya memusing untuk mencari not rm10 itu,. Cuaca memang panas semalam,. Dalam jam 2 ptg camtu,. Paling menyedihkan, pipi si anak kecil itu jelas berbekas kesan 'tamparan' dari ibunya,. Belakang badannya pula bergaris2 seperti kesan rotan,. Berbaloikah ibunya melakukan seperti itu?? Hanya kerana sekeping kertas bernilai rm10 yg hilang itu,. Tidakkah si ibu kasihan pada anaknya itu?? Terseksa jiwa anak kecil itu mungkin,. Apalah yg dia tahu,. Hanya mampu menerima makian, tamparan serta rotan dr ibunya sendiri,.

Bagaimanakah kehidupan anak kecil itu seterusnya?? Bagaimanakah pula kendirinya di masa hadapan?? Adakah dia pula akan berkelakuan seperti itu dengan anaknya?? Mungkin terjadi, kerana, tindakan bermula berdasarkan pengalaman lalu,.

Anak itu adalah harta,. Anugerah yg paling berharga,. Sayangilah dia seadanya,. Ajarilah dia dengan didikan agama serta pendidikan yang sempurna,. Jgn jadikan rumah seperti neraka baginya,. Ingatlah, 'anak kecil itu adalah hartamu',. IT SHOULDN'T HURT TO BE A CHILD,.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com