..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Friday, July 27, 2012

Public Figure

Bismillah,. Fuhh,...Fuhh... (gigih meniup sawang2 dan habuk kt blog ni).. Lama betul tak menaip ni,.. Maafkan saya, hihi,..

Kadang2 terfikir, best ke jadi somebody yang dikenali ramai?? Muka terpampang di kaca TV, dada akhbar, ruang iklan, dan sebagainya,. Bila kemana2, semua org kenal,. Mungkin best, or mungkin juga tidak,.

Teringat tugasan yg diamanahkan seorang sahabat saya pg tadi,. Menjemput seorang imam muda daripada rancangan realiti yg mencungkil bakat mujahid muda dalam misi perjalanan dakwah islamiah,. No telefon sudah bertukar tangan,. Sebelum asar, saya menghubungi no yang telah diberi,. Setelah memperkenalkan diri sebagainya, saya menyatakan hasrat untuk menjemput IM ***** menjadi imam jemputan untuk program Iftar Jamaie di sekolah tempat saya belajar selama 7 tahun itu,. Menurut PA beliau, jadualnya begitu padat, sehinggakan tiada ruang hari yg kosong terutamanya di bulan mulia ini,. Alhamdulillah, Allah penuhkan hari2 beliau dengan tujuan pengibadahan kepada-Nya,.

Wah, untunglah jd orang yg dikenali ramai ni,. Semua orang berebut nk dapatkannya,. Takpe la,. Takde rezeki nk undang ustaz tu,. Saya pun da ada calon imam muda sendiri,. Sekarang tengah menjalani praktikal di Pejabat Mufti Negeri Melaka,. Oppss,..tetiba je,..InsyaAllah, moga Allah permudahkan semua urusan :)

TintaSiEmpunyaBlog: Selamat berpuasa semua,. Sempurnakan yang wajib dengan amalan sunat :)


Sunday, July 1, 2012

Memberi Kemaafan

Salam semua,. Pesanan ikhlas penulis blog ini  di malam hari :

"Kalau anda disakiti oleh seseorang yg selalu bersama anda, jgn menyimpan dendam, kerana percayalah, Allah sentiasa bersama anda sekiranya anda bersabar,. Tak perlu menunggu saban hari untuk mereka memohon maaf kepada anda, tetapi, hulurkanlah kemaafan terlebih dulu, sebelum anda tak sempat melakukannya," (Fini Pelangi, 2012)

Haha, siap ada credit lagi ye,. Jgn plagiat okay, hihi,.

Memang la terasa kalau orang yg selalu bersama anda dalam urusan menguruskan sesuatu dan anda sentiasa bersamanya di kala suka dan duka,  tiba-tiba melakukan sesuatu yang di luar jangkaan anda,. Di saat2 terakhir, kewujudan anda tidak dihiraukan dan di 'anak tirikan' (fahamkan istilah ini?),. Ish, sakit pula hati kita ni kan,. 

Tetapi, sampai bila kita nak marah2.. Tak untung pape pun kalau kita dok menyimpan rasa kan,. Mengapa perlu sedih untuk mereka yg tidak menghargai anda?? Masih ramai lagi yang menghargai anda,. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor kn? :)

Jadi, tak perlu menyimpan rasa sakit hati tu lama2,. Tak perlu menanam dendam jika tidak mahu terus merana,. Memberi kemaafan itu perkara yg bijaksana,. Agar anda terus bergembira :D :D

Mudah kan hidup ni?? Jika anda diberi keburukan, balaslah dengan kebaikan,. Jika anda disakiti, kemaafanlah yg mengubati,. Jika anda dalam kemarahan, sabarlah penawarnya,. Jika anda disisihkan, berdoalah agar Allah sentiasa bersama,. 

Renung2 kan~ jangan marah lama2 ye :)


notakaki: Cara mengurus kemarahan : Sekiranya anda marah ketika berdiri, duduklah tenangkan diri,. Jika anda marah dalam keadaan duduk, baringlah sejukkan kemarahan hati,. Jika itu masih belum berjaya, berwudhuk lah.. (Kemarahan datangnya daripada iblis laknatullah,. Iblis diciptakan oleh Allah daripada api,. Lumrah alam, garangnya api bakal musnah dek keperkasaan air,. InsyaAllah, rasa marah akan terus lenyap bersama air wudhuk,.)

*TakPerluKitaBertemu,CukupKauTahuYangAkuMaafkanKamu :D:D*MaafkanDirikuJugaOkay?


Sunday, June 17, 2012

Dia Masih Ada

Setiap yang hidup pasti mendekati kematian,. Itulah janji Allah yang tidak pernah Dia mungkiri,. Akan sampai jua masa kita untuk meninggalkan semua nikmat di dunia,. Entah esok atau lusa, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.. Bila sampai waktunya, ia akan berlaku,. Tidak akan lewat sesaat, tidak akan cepat sesaat,. Begitu hebat percaturan Allah,.

Minggu lalu dikejutkan dengan berita sedih pemergian ayahanda seorang sahabat,. Allah, begitu hebat dugaan yang perlu dia hadapi,. Pemergiaan ayah sewaktu demam peperiksaan bermula,. Terasa tidak mampu diri ini jika diuji sebegitu,. Tak tahu bagaimana nak hubungi sahabat tersebut,. Hendak menelefon, serba salah,. Nak hantar pesanan ringkas, tapi tak tahu bagaimana nak mulakan.. Hanya doa yang mampu dikirimkan agar terus Shuhada terus kuat menempuh dugaan besar ini..

Baru sebentar tadi terlihat post yang dibuat oleh sahabat tersebut di ruangan Muka Buku,. Dia mengucapkan terima kasih atas sokongan dan ucapan takziah yang telah diberikan oleh rakan-rakan,. Barulah timbul kekuatan untuk menghantar pesanan ringkas,.
" salam Ada, maaf b4 ni akak xkasi msg,. akak xbrani nk msg Ada, xtau nk ckp cmane,.akak rasa, y tbaik bia Ada ad mse sndiri,. slm takziah ye, be strong,. akak tau, Ada yg akak kenal ni org yg kuat :) "


Ya, memang saya kagumi semangat yg ada pada sahabat ini,. Dari perkenalan ketika tahun pertama di bumi UKM ini, dia memang seorang sahabat yg kuat semangat,. Walau badannya kecil molek, tapi semangatnya sentiasa membara,. Tidak pernah terdengar rungutan yang keluar dari bibirnya,. Senyuman sentiasa menghiasi wajahnya,. Kerana apa, 'Cukuplah Allah bagiku',. Itu adalah pegangannya,.

She's replied:
" waalaikumussalam. xpe kak, Ada faham. toce bnyk3 ye. InsyaALLAH.moga kekuatan yg diberikan Allah ini berkekalan. Gudluck esok kak'
Ya Allah, langsung tiada pengaduan yang dibuat,. Langsung tiada perkongsiaan rasa sedihnya,. Kuatnya semangat sahabat ini,. Benar, pegangannya 'Cukuplah Allah bagi diriku'.. Mungkin segala pengaduan dan rasa sedih diadukan kepada Penciptanya sahaja,.

Teringat satu ilmu yang diperoleh daripada majlis ilmu di Fakulti Ekonomi baru2 ini,. Kuliah yang bertajuk 'Kunci Syurga: Berbuat Baik Kepada IbuBapa'. Penceramah jemputan ada mengatakan : 'apa yang perlu disedihkan tentang kematian?. Yang pergi itu masih ada, cuma ditempat yang lain dari kita'.. Ya sahabat, jangan terus bersedih, ayahmu masih ada, cuma di tempat yg lain,. moga tempat yg baru itu lebih tenang buatnya,. Sama-sama lah kita berdoa yang terbaik untuknya,. Moga hatimu sentiasa tenang bertemankan cinta agung dari Illahi,.

AL FATIHAH DAN DOA BUAT AYAHANDA SAHABAT KITA, NURSHUHADA MOHD SABRI


Monday, May 21, 2012

Hormat-menghormati

Rentetan dari peristiwa yang amat menyakitkan hati dan menguji kesabaran,. Moga Allah beri petunjuk dan kesedaran,.

*copy n paste dr update terkini di FB sy*

-Awak,.. Lupa ye suruhan Allah? Kan Allah suruh kita berbuat baik sesama manusia,. Tapi awak tak buat pun macam tu,. Awak sakitkan hati orang yang da banyak membantu awak,. Awak, pindah lah tinggal dalam hutan ye,. Mungkin awak boleh dapat pahala dengan cara yang lain,. Berbuat baik kepada haiwan dan tumbuhan mungkin? Awak, jangan lupa suruhan Allah dalam kitab-Nya : Dan hendaklah kamu berkata kepada manusia itu dengan kata-kata yang baik (dengan kata-kata yang lembut dan tidak menyakitkan hati.',. Allah kurniakan kita akal fikiran, jom kita renungi sama2 ye awak.. Moga Allah bagi petunjuk :)



* Orang kata  Allah makbulkan doa-doa mereka yang teraniaya,. Tapi, alhamdulillah,. Allah masih kurniakan akal dan kesabaran agar tidak mendoakan yg buruk2 untuk si penganiaya,. Walaupun sakit hati diperlakukan sebegitu, tapi, sy yakin dengan janji Allah, yang Dia akan tetap berada bersama mereka yang bersabar,. :)


* ingat la ye,. kita duduk di dunia ini bukan seorang diri,. Ramai lagi manusia lain di sekeliling kita,. Ada yang tua, muda, kaya, miskin, pegawai atasan, pekerja bawahan, pelajar, ramai lagi la,. So, belajarlah menghormati manusia lain,.  Setinggi mana pun pangkat kita, sebanyak mana pun harta kekayaan kita, kita tetap sama pada pandangan Allah,. Apa yang membezakan kita adalah tahap ketakwaannya,.

* Cemburu pula bila tengok ahli keluarga yg lain da lena dibuai mimpi,. Rasanya da tak larat da nk menaip lagi,. Pesanan ikhlas dari penulis blog : 'Awak nak orang hormat awak? Sila lah ye hormat orang lain dulu,. Till then, TQ :):)




Saturday, May 19, 2012

Saat Diri Diuji

Bila sihat, bukan main suka,.
Bila kaya, lupa mereka yg berduka,.
Bila muda, tolak tepi yg tua,.
Bila senang, lupa segala derita,.
Bila mati sat gi, mengadaplah sorg2 yg Maha Esa..



Peringatan kt atas tu untuk diri sendiri juga sebenarnya,. n untuk kamu, kamu, kamu, ya Kamu yg membacanya,. Ianya untuk peringatan kita bersama,.

* 4 MEI 2012*

- Kereta kena pecah,. Antara barang yang hilang :- laptop, psp, hard disk, doogle 4G yes, kunci2 n dll,. Sedih?? Hanya Tuhan yg tahu,. Tapi, alhamdulillah, Dia pinjamkan kekuatan diri untuk bersabar atas musibah yg berlaku,. Kerugian yg dicatatkan hampir 9k.. Astaghfirullah..

*17 MEI 2012*

- Masa kuliah Fisiologi Tingkahlaku, seorang sahabat bertanya : ' Fini, tahu kes kat kolej ***,. Tujuh laptop lesap dalam tempoh 12 jam,. Allah,. Mahirnya 'orang' tu buat kerja tak senonoh tu,.

Malam tu, terus tinggalkan pesanan kat group2 fb yg saya sertai,.

*Kecurian motorsikal dan laptop semakin menjadi-jadi sekarang,. Peringatan sudah digantung di sana sini,. Sekiranya rasa pintu bilik anda senang untuk dibuka dengan cara yang tidak sepatutnya, rajin2 kan lah diri anda untuk membawa laptop ke mana sahaja,. Jangan tunggu terhantuk baru nak tergadah,. Nak gi toilet kejap je pun kena tutup kunci pintu?? YA,. MMG PERLU,. Pencuri itu terpelajar, boleh buat kerja sepantas kilat,. Sedangkan penghuni yg ada di dalam bilik pun tak sedar kehadirannya,. Kunci motor anda baik2,. HENTIKAN BUDAYA "TAKPA, SEKEJAP JE",. Pesanan ikhlas dari Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) Kolej Keris Mas,.

*masa kejadian yg tak disangka tu (hari kereta kena pecah), saya masih mengamalkan budaya 'TAKPE, SEKEJAP JE',. Bila da terkena, baru tersedar langit ni tinggi rupanya,. Allah,. Kecuaian yg tidak saya ingin ulangi kembali,.

Nota pujuk hati sendiri  : Ingatlah, Allah tidak menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu untuk kita menghadapinya,. Allah uji kita, kita mampu sebenarnya nk berdepan dengan dugaan ini,. Allah bersama2 mereka yang sabar,. Mungkin kita terlalu leka dengan nikmat gadjet2 yang ada, Allah tarik nikmat itu untuk kita lebih dekat dengan-Nya,. Aku harus kuat,. SESUNGGUHNYA, ALLAH BERSAMA2 MEREKA YG BERSABAR,.



Friday, May 11, 2012

Ada Senang Selepas Susah :)



Thursday, May 3, 2012

Memori Si Kertas Mahjung

LATAR:


4.15 P.M
3A-507, FSSK, UKM BANGI..


SITUASI : 

PEMBENTENGAN KUMPULAN : SISTEM PENDENGARAN..

* part Cochlea :  Sue Han present part cochlea lepas Nabilah bentangkan teori pendengaran guna power point.. Yang buat terujanya, Sue Han present guna power mahjung (kertas mahjung),. Comel sangat..

Tiba-tiba, teringat kenangan masa sekolah menengah dulu,. 


*Even LCD, Projektor n sume benda alah yang berkaitannya ada, tapi kebanyakkan student lagi prefer pakai kertas mahjung,. Dalam banyak2 kenangan presentation, yang paling diingati apabila nak kena present subjek Bahasa Arab..

*Kertas mahjung dari jauh nampah cantik je dihiasi coretan marker pen,. Tapi sebenarnya, jika kita zoom in dekat2, penuh tulisan pensil kat kertas mahjung tu, (nota tambahan, cara nk pronouns word tu, dll).. Siap ada yang letak baris lagi kt word arab tu, takut salah sebut,. Kadang2 tu, siap ada i'rab (penerangan tatabahasa arab) lagi sebab takut ditanya ustaz,. Haha, kelakarnya la masa dulu-dulu,.

* Dulu rasanya kalau ustaz ada meeting ke, batalkan kelas ke, bukan main suka ye semua,. Tapi sekarang,..... Hmm, betapa ku rindu untuk mendekati Bahasa Indah, Bahasa Syurga itu... 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com