..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Thursday, December 20, 2012

Study Week!!!

salam n hye there!
juz a simple entry
entitled : Study week, hihi

Study Week,
No more classes,
No more lectures,
Study week is what we have got,
So, no wonder library has became a hot spot..

Study week oh study week,
No more movies,
No more games,
Juz study n read the books and lecture notes..

Final exam is juz around the corner,
study hard, study smart, Fini.
Dean List, Dean List
(jangan lupa berharap lagi)

Aim higher!
Dream in Color!
Stand a little taller!


source : internet (mr.google)

Saturday, December 15, 2012

~Aku, Kamu Dan Selipar~

Salam and Greetings..

Entri kali ini ditujukan khas buat semua classmates Fini yang ensem dan jelita belaka..

Ikhlas dari hati..

Hati seorang kawan yang bernama Nurul Shafini..

:) :) :)

Kawan sekelas yang mulia hatinya,

Dalam kesibukan kita mengejar masa di tahun akhir ini, ada sesuatu yang merapatkan kita.
Dalam kesibukan kita menyiapkan assignment, proposal tesis dan sebagainya, ada sesuatu yang masih mengikat ukhwah (hubungan) kita.
Dalam kesibukan menyiapkan laporan, daku teringat sesuatu yang indah, sesuatu yang terjadi di antara kita.

Kenangan itu, bermain difikiran,. Jelas masih ku bayangkan,. Gelak tawa kita bersama,. Muka2 ceria kita,. Indah,. Sangat indah,. Seolah-olah masa terhenti seketika,. Memberi peluang untuk kita menikmati detik indah itu bersama..

Main Baling Selipar.. Permainan yang mudah,. Tidak memerlukan banyak instrumen,. Tidak perlu banyak peraturan,. Apa yang penting, pemain yang ramai,. Pemain yang ceria,. Pemain itu adalah kita,. :) :)

Kawan sekelasku yang ceria sentiasa,

Ketika permainan itu berlangsung, makin ku kenal siapa kalian sebenarnya,. Ketika sedang asyik berlari menyelamatkan diri, semakin ku sedar gembiranya kita bersama,. Dan ketika itu jugalah, daku makin perasan, ukhwah kita makin erat,. Makin kuat,. Umpama tali yang tak terlerai ikatannya,. 

Kisah aku, kamu dan selipar ini akan sentiasa terpahat di memori,. Cerianya kita ketika itu akan sentiasa terpalit di hati,. 

Kawan, kita telah ditakdirkan bersama untuk saling menceriakan, saling memberi sokongan, saling bergandingan,. Moga semester terakhir yang mendatang memahatkan lebih banyak memori yang indah buat kita semua,.

(selipar jamban siapa nta yang jadi mangsa ni, hihi)

(Matt Iqbal : penyerang terbaik.. saja je kan ko pijak kaki comel aku, takpa, aku maafkan)

(tunggu turn,. sabar ye adik2)

(ape tuding2 jari tu? tak puas ati ye? )

(lecturer pun join sekaki, comey jah)

Lagi? hihi,. Kena tunggu entri yang lain ye,. Tapi seriously, korg sangat comey masa petang ni :):)

Lurve,
Fini Pelangi :D

Thursday, November 29, 2012

wanita :)

Basmallah..

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar!!

Status updated : (Khamis, 29/11/2012 : 1.09 P.M)

" Islam takkan pernah membiarkan seorang wanita bersendirian,. Dia berada dalam jagaan bapa dan keluarga ketika masih belum dinikahi,. dan apabila sah menjadi seorang isteri, dia akan menjadi tanggungjawab dan amanah suaminya,. "


Tinta Penulis :  ~ jgn pernah merungut dilahirkan sebagai seorang wanita ~ :)





Wednesday, November 21, 2012

Happy Birthday, Girl..

Assalamualaikum,

Ke hadapan adinda yang dicintai hanya kerana Allah,.


( Nurul Syazwani Binti Shafurdin )

Ketahuilah adikku, kakakmu ini tidak mengucapkan 'selamat' di hari ulang tahunmu semalam, bukan kerana tidak ingat,. Bukan juga kerana tak sayang,. Tetapi, kakakmu ingin mencoretkan tinta ucapannya di blog usangnya ini,.

20 November 1998, 
Mama melahirkanmu dengan penuh kasih sayang,. Ketahuilah adikku sayang, dalam limpahan kasih sayang itu, ada kesakitan yang perlu Mama tanggung,. Hospital Teluk Intan menjadi saksi betapa lelahnya Abah yang terpaksa  ulang-alik dari rumah ke hospital, untuk menjaga Mama dan anak kecilnya itu,. Mata ini menjadi saksi, kegembiraan yang jelas terpancar di wajah Abah,. Sungguh, kakakmu tidak menipu,.

Adikku sayang,
Ketika detik kelahiranmu, negara kita mengalami krisis ekonomi yang meruncing,. Ekonomi keluarga kita turut terjejas,. Lahirmu ke dunia seakan menambahkan jumlah perbelanjaan keluarga kita,. Tapi, Abah langsung tidak mengeluh,. Lahirmu dianggap rezeki,. Dia percaya, setiap anak itu, ada rezekinya tersendiri,. Abah yakin dengan aturan Illahi,. Lahirmu disambut dengan penuh kesyukuran,. Sebab itu, kakakmu ini sering 'bising' memaksamu supaya jangan membazir,.

Adikku sayang,
Hari berlalu dengan pantas sekali,. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun pun mahu berganjak ke angka yang seterusnya,. Kini kau sudah membesar menjadi gadis yang cantik,. Tapi ingat, jangan ditaksubkan dengan kecantikkan luaran itu,. Sesungguhnya, kecantikkan luaran boleh pudar dek tua,. Perhebatkan kecantikkan dalamanmu,. Itulah kecantikkan yang sebenar,.

Adikku sayang,
Entri ini ditulis dengan limpahan kasih sayang dan linangan air mata,. Maaf dipohon kerana kakakmu ini masih belum matang untuk menjadi kakak yang terbaik,. Maaf juga untuk leteran yang tidak enak di telingamu,. Sesungguhnya, dalam setiap kemarahan, terselit kasih sayang yang tak kan  pernah luntur,. 

Adikku sayang,
Dalam leteran 'jangan membazir', ada pengharapan supaya kau mengerti belajar erti syukur dengan apa yang telah dimiliki, dalam bebelan 'tolonglah mama', ada pengharapan agar kau belajar berdikari dan belajar meringankan beban ibunda, dalam kebisingan 'jangan keluar malam', ada pengharapan agar kau pandai menjaga diri  dan maruah keluarga kelak,. Sungguh, kakakmu tidak membebel kerana membenci dirimu,. Leteran itu timbul dari hati yang menyayangimu,.

Adikku sayang,
Selamat Hari Lahir,. Semoga kau membesar dengan baik akhlak dan kemanisan iman,. Ringankan tulangmu membantu Mama dan Abah,. Setiap pinggan yg dicuci dengan ikhlas, ada pahala buatmu, setiap hirupan kopi/ teh bancuhanmu yang Abah hirup ada ganjaran dari Illahi,. Peliharalah kecantikkanmu dengan budi pekerti dan kecintaan ilmu yang memdalam,. Dan ketahuilah, kasih bersaudara akan kekal selamanya,.

Love,
Kakakmu, Fini Pelangi,.

Saturday, November 3, 2012

Newborn Girl :)

Alhamdulillah
:) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :)

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah,.



Baby dalam perut tu da melihat dunia,. Alhamdulillah,. Tahniah kak Nur Suriani Saini,. Bertambah lg org yang panggil saya Aunt Fini, :)

Dear newborn girl,

Moga sentiasa terlindung dalam peliharaanNya,.Semoga Allah memberkati dirimu diatas setiap pemberianNya, dan semoga kamu mensyukuri nikmat Yang Maha Esa,. Membesarlah kamu wahai sygku dgn mjadi anak yang solehah dan berbakti.. 



lot of kisses,
Aunt Fini

p/s : gambar baby tak dapat lagi :)

Monday, October 29, 2012

Kisah Baju Melayu Dan Baju Kurung

Salam n Greetings~

Sempat lagi kn nk ucap Salam Aidiladha
*Moga kita diberi kekuatan untuk mengorbankan segala keseronokan dunia,
Demi meraih Redha Illahi (InsyaAllah)


MEN ARE FROM MAKKAH, WOMEN ARE FROM MEDINA

(lama nak update blog pasal talk ni, tapi masa tak mengizinkan)

Intai2 notebook yang dibawa ke mana2,. Selak punya selak, terjumpa lah segala isi kandungan yang di'conteng'  throughout a talk by Dr. Harlina Halizah Siraj, "Kisah Baju Melayu Dan Baju Kurung". Thanks Cik Tasneem Hidayah sudi ajak saya pegi talk yang awesome ni :) ,. Thanks juga Bel Nasir, Aimi Shafika n Shahida Nur Iman nk meramaikan kouta dlm cik Tasneem (si viva hijau) dan mendengar omelan sy ketika hujan membasahi bumi.. Allah Yubarik Fikum.. 

Why men lie and women cry? / Why men don't listen and women can't read map? / Suami Memimpin Isteri Mengurus, etc2 adalah contoh2 yang menggambarkan perbezaan antara lelaki dan perempuan,. Macam2 versi buku da dikeluarkan serata dunia,. Antara yang popular 'Men are From Mars, Women are From Venus.. Mesti pernah jumpa kn buku ni :)

Surah An-Nisa (ayat 1): 
'Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yg telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dr dirinya (Adam); dan dr keduanya Allah mengembangkan laki2 dan wanita yang banyak. Bertakwalah kpd Allah yg dgn namaNya sering kamu meminta, dan peliharalah hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah sering menjaga dan mengawasimu.

(terjemahan Al-Quran Darul Iman)

" o mankind! Reverence your Guardian-Lord (Allah), Who created you from a single person(Adam), created, of like nature, his mate, and from them twain scattered (like seeds) countless men and women - reverence Allah, through Whom ye demand your mutual (rights), and (reverence) the wombs (that bore you) : For Allah ever watches over you"

( the Holy Quran- text and translation :Islamic Book Trust)

Wahai lelaki2, jgn merungut dgn kehadiran wanita2 di sekeliling anda, wahai wanita2, jgn juga merungut dgn kehadiran lelaki2 di sekeliling anda,. Jangan sibuk meninggi diri membandingkan kehebatan masing2, jgn sibuk mengutuk kekurangan masing2,.  Bukankah setiap penciptaan Allah itu ada tujuan yang nyata.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap perkara. Ciptaan lelaki dan wanita itu penting,. Ya, Allah Maha Tahu!,. Untuk hubungan silaturrahim, untuk menyemai cinta suami isteri, untuk menabur benih kasih sayang dalam keluarga, untuk meramaikan umat Nabi Muhammad (s.a.w), untuk memantapkan ukhuwah Islam..

"guys, satu meter please~"

Al- Ikhtilat : bergaul di 1 tempat antara lelaki dan perempuan ajnabi (yang sah jika dikahwinkan), di mana berlaku interaksi dlm bentuk pandang memandang (Dr.Har,2012)

Dalam dunia sekarang : konsep ikhtilat lebih jelas dengan maksud sosialisasi. Mesti ada antara kita yang pernah mengetahui konsep 'satu meter'.. Kat sekolah dulu slalu ada konsep ni, lagi2 bagi sesiapa yang bersekolah aliran agama.

"eh, tak boleh la sembang dengan lelaki, kalau nk, mesti ada jarak satu meter"
junior : "kenapa kak?"
*blurr*

Islam tak larang kita berurusan dengan sang ajnabi,. TAPI!! Ya, tapi ada garis batasan pergaulannya,. Allah Tahu, kita akan susah untuk mencari supermarket yang semua orang di dalamnya satu jantina je,. Dri pemborong, pemunggah barang, promoter, cashier hinggalah pembeli semuanya perempuan, or vice versa.. Allah Tahu kita akan susah cari pejabat yang semua di dalamnya satu jantina,. Dari bos, boards of directors, staff, cleaner hinggalah plumber dan sebagainya adalah terdiri daripada golongan wanita semua,. Oleh itu, disebabkan Allah Itu Maha Pemurah Dan Penyayang, Dia ciptakan garis panduan untuk berurusan dengan sang ajnabi.. Boleh berurusan : JIKA ADA KEPERLUAN (semasa bermuamalah/jual beli, sewaktu bekerja, menjadi saksi kes perbicaraan. dalam kenderaan awam, ikut adat kebiasaan majlis, semasa belajar) - ingatan untuk diri sendiri juga =.=


Sama Tapi Tak Serupa

"Kita tak sama", kata Ahmad kepada Nurra,. "we're different", kata Ah Chong kepada Mei Lin.. "Totally different", kata Muthu kepada Kalaivani,. Ya, memang kita diciptakan berbeza antara lelaki dan perempuan,. Dari segi biologikal, nyata kita berbeza,. Dari segi peranan gender pun kita berbeza,. TAPI!! Jangan lupa, kita diciptakan untuk satu tujuan yang sama : SEBAGAI HAMBA ALLAH (kita ada tanggungjawab beribadah kepada-Nya),.

"Dan Dialah yg menjadikan kamu sebagai khalifah2 di muka bumi dan Dia mengangkat (darjat) sebahagian drpd kamu di atas yg lain, untuk mengujimu atas (kurnia) yg diberikan kepada kamu.. Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman, dan sungguh, Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang.- Surah Al-An'am, AYAT 165)

"It is He Who hath made you  (His) agents, inheritors of the earth : He hath raised you in ranks, some above others : that He may try you in the gifts He hath given you: for thy Allah is quick in punishment: yet He is indeed Oft-forgiving, Most Merciful. - Al An'am, 165)


A Lil Doodle drawn by a sis 
(moga dia dan Allah redha dgn pkongsian ini)

click gambar untuk lebih jelas :)






Banyak lagi ilmu yang nak dikongsi,. Tunggu ye penulisan entri ni yang seterusnya,. InsyaAllah, ASAP,. da panjang sangat rasanya entri ni,. Nanti, ada pulak yang tak berkesempatan nk habiskan baca bila nampak panjang berjela,. Sampai ketemu di entri akan datang, InsyaAllah,. 

*Moga ALLAH redha*

TQ~
Fini Pelangi

Tuesday, October 9, 2012

Padang + Bukit Tinggi = Refreshment + Friendship

Bismillah,. Salam and greetings..

Lama sudah mencari masa yang sesuai untuk post istimewa kali ni :)

:) Nah, baca lah ni! :)

Tersengih seorang diri masa menulis entri kali ni,. Senyum sampai belakang telinga,. (okay, itu melampau, haha),. Tapi, bila teringat tempoh masa 5 hari 4 malam ni, tersenyum balik, hihi,. Senyum, tak perlu kata apa-apa,. Hey buddy !,. Diam dan sila terus membaca,. (ini arahan,) :P

Dup,dap,dup,dap,. Masa yang dijanji da tiba,. Packing barang, check barang, double check, check lagi,. Passport, i/c, boarding pass, kelengkapan diri, cas bateri phone, ipad, tab, etc,etc, bla,bla,bla, dan yang paling penting, duit kita yang berjuta2 tu,. Semua da tersedia, okay, check lagi (double check yang nta ke berapa kali ni saya je yg buat kn, hihi, maafkan saya),. Briefing bla,bla,bla, "esok kumpul kat kafe jam 3 pagi ye", jelas Cik Misa Abraham selaku peneraju utama program 'Jalan2 Sang Jutawan' kali ini,. Tiba2, 'aku tahu esok pagi SHARP pukul 3 pagi semua ada kat kafe,. Jangan nak buat gila, flight kita awal pagi',. Jeng2, seriusnya En.Frankie Marcus kita ni, hihi..

Esok paginya, berapa ramai yang ada kat kafe tepat pkul 3 pagi? sila angkat tangan!,. saya, saya :).. Penangan arahan En. Frankie la tu kan, haha,. Bertolak ke LCCT, semua senyap,. Tidur la tu kan,. Okay, kita sampai tersangat la awal kat sana kan,. Sempat jadi golongan gelendangan gitu sambil menikmati sarapan pagi sponsored by McD,. Da settled semua tu, kita pun melangkah dengan senyuman masuk kat area departure,.Check passport, barang2, etc,. Ada barang kena buang? Okay, saya tak nak ungkit hal tu,. :).. Cop sana, cop sini, lipat boarding pass, koyak boarding pass, naik flight dan wah, Subahanallah, Cantiknya, indahnya ciptaan Allah,. Seksa 1 jam 10 minit dalam flight (bukan sebab gayat ye) berakhir sudah,. Seksa jugak kan duduk sebelah orang yang kuat sembang,. Apa dia tak nampak ke kat dahi ni da tertulis 'Tak tidur masuk hari kedua', Sigh*


(insan gelandangan, haha)


Sampai kt Minangkabau International Airport, kita semua kena check lagi kn :),. Bagi passport, kad penempatan sementara* (tak tau nak cakap kad tu apa namanya), 4 jari kiri kanan, 2 ibu jari, pandang kamera,"permisi ya yang di belakang tu, sudah jadi foto family gayanya', kahkahkah, okay dalam serius pak imigresen tu, ada juga lawaknya,. Scan barang, pakcik tu gelak, 'kenapa bawak payung?",. Tersenyum sambil berkata, "sediakan payung sebelum hujan" :):)

Saffira Tour Agency sambut kita dengan senyuman dan 2 buah bas purple,. Greetings, kenal2, apalagi, sembang2 lah,. Pak Ino pandai buat lawak kan,:),. Da tu, macam2 ilmu dia bagitahu kita,. (P/S: last day b4 kita balik Malaysia, Pak Ino ada bagi FB dia kan? sila kongsi ye sapa yg tahu tu :),. Let's da vacation begin!,. yeah, kita gegarkan Sumatera Barat bersama2,.:),. Air terjun Lembah Anai, 1st tempat kita singgah kn lepas sarapan pagi yang pelik2 tu,. Korg saja je kan mintak teh n*n*n la, teh telur la, nta pape kan,. Dat waterfall tersangat la osem kan,. Ya Allah, cantiknya,. Tapi tengok keadaan tengahnya macam gelap gelita, terus imaging macamane la kalau saya terjatuh dalam air tu,. Ada ke tak ye Putera idaman akan selamatkan,. Fuhh.. Tiup jauh2 awan angan2 tu,. Snap gambar sana, snap gambar sini, snap gambar family, snap gambar geng, (ada jugak snap gambar pre-wed kn), gila la, flash camera bersepah sana sini, haha,. Artis sgt kn?? Rosyam Noor, Aaron Aziz la konon kan,. Tengok perut pun da tau bukan diorang, haha,.


(Saffira Tour Agency)



(1, 2, 3, cover perut okay )

Lepas tu kita jalan2 lagi kan,. Pegi makan tengah hari,. Nasi Padang, nyumm, nyumm :),. Duk ramai2 satu meja, makan kongsi2, lama2 terbiasa kan :),. Bez sgt moment tu,. Bila naik Kelok 44, tersangat la kagum dgn driver2 kt sana,. Kalau la Malaysia boleh lahirkan pemandu camtu, mungkin jumlah kemalangan maut dapat dielakkan kan,. Jalan lagi, jalan lagi, jalan n jalan,. Banyak sangat berjalan kan,. Shopping tak payah la cakap,. Semua berbondot2 beg penuh plak tu dengan barang2 :)

(wajah ceria b4 santapan)

 (ni baru 2 org, tak tgok la Puspa Chacha punya brg kn)

 (tu dia,..)

 (pisang salai yg sgt sedap,. Semua kedekut kot benda alah ni)

(shopping lg, lg, lg)

Kalau nak cerita satu2 tempat yg kita pegi, mmg tak larat la kan,. Banyak gila kot,. Rumah Bunya Hamka, Rumah Gadang, Istano Bosa Pagaruyung, Maninjau, Bukit Tinggi, Padang, Taman Panorama, Lubang Jepang, Pasar Atas, Pasar Bawah, Spa, etc,etc, etc,. Terlalu banyak kan,. Tak larat nak taip semua,. (or mungkin ada part two kot,haha),. Tu belum cerita pasal macam2 peristiwa kat sana kan? Semuanya manis, takda pahit pun,. Lupa plak tu semua masalah yg melanda,. Seronok sangat, lupa semua masalah kat Malaysia,. Tapi, ada satu yg tak lupa,. Iaitu cintanya,. Auww, haha,. Cintaku tertinggal di Malaysia u ollss :),.

(tasik yg sungguh cantik dan besar :))

(cool betul hotel ni :- N uansa Maninjau Hotel)

(Gadis jelita :- as usual kn, wink2)

(foto family, haha)

(Bersantai di rumah HAMKA)

(posing lagi,hihi)


Lebih satu sesi akademik kita kenal kan,. Macam2 da kita lalui sama2,. Penat, lelah, stress, beban kerja, masalah students, handle program tu, handle event ni, duk luah mcm2 masalah sama2, kongsi macam2 bersama, buka puasa sama2, sambut bezday sama2, keluar makan sama2, tersangat la happy kan bila kenang semula,. Lagi2 la trip Padang kita tu kan,. Dari awal penubuhan Utk Kita2 Jer tu, gambar 1st yg uploaded sal 'we're family',. And sekarang, kita da jadi family yg lagi besar, dan akan selalu jadi family kan,. Jujur dari hati, Fini sayang sangat organisasi dan family baru ni..

(gambar beramai2)

nota.kaki: Bila dgr je ketua pramugari tu ckp, 'to all Malaysian, welcome back home!',. Gedebuk, masalah bertimpa2 jatuh balik kat kepala,. Okay, mood berubah,. Nak natural kan balik, senang je,. Berangan2 diri ni still kat Padang lagi, haha,.

(tersangat suka gambar ni,. Credit to: Handrick :D)
(Senyum.Melepaskan.Beban)
***nanti kita imbau lagi ye kenangan kat sana***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com