..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Thursday, July 25, 2013

Seribu Wajah

Biarlah foto ini terus berbicara di dalam sepinya..



*Seribu Wajah Sangat :) *




Empunya blog,. Bertugas sebagai kaunselor pelatih di SMK Agama Simpang Lima :)



Adik manja katanya, hihi,. Orang kuat jabatan yang memperjuangkan hak wanita dan kebajikan keluarga :)

*
*
*
*
*
*
*

okay..
sebenarnya takde nak cite ape pun,.
Juz tak nak blog ni usang begitu lamanya,.
Haha,.
Nak cerita pasal semua dalam kelas, tak mampu den,.
Jenuh nk scroll gambar sorang2,. huhu
Budak manja tu, special kes kit,.
Majuk,. Katanya sy dtg UKM taknak bgtau dia,.
huhu
Bukan begitu, dear,.
Sy kelam kabut sikit hari tu,.
Maafkan saya ye :)
Nanti2 sy dtg Lipeh k,.
:)
Saya janji sayang awak selamalamalamalamanya,.
Haha,.

*
*
*
*
*
*
*


Friday, June 28, 2013

Pirate And His Precious


One day, the Precious said to her Pirate :

" I send my cares to the wind, and ask the wind to pass it to you,. When you feel that wind blow against your face, it's me saying : TAKE CARE OF YOURSELF!"

*
*
*
*

Then, her charming Pirate replied :

"I just got the wind that you sent to me,. I've told the wind who brought the cares to say thanks to you,. When that wind meet you again, I also ask the wind to tell you a fairy tale about a pirate who dreaming to get his precious treasure somewhere in this world,. Take a good care of yourself :) "


Friday, June 21, 2013

Mahar

Mahar..

Lagi rendah, lagi bagus,.

Tak membebankan bakal suami,.

Jangan nak ikut trend sangat la,.

Kahwin nak hantaran berbelas ribu, berpuluh ribu,.

Buat apa?

Nak dabik dada?

Nak kejar title 'wedding of the year'?

Kalau suami tu mampu lain lah ceritanya,.

Kalau tak mampu, terima apa adanya,.

Jangan nak mengada,.

Minta berganda2,.

Yakin boleh berbakti pada suami selayaknya?

Yakin boleh tunaikan tanggungjawab sebaiknya?

Yakin dapat redha suami sentiasa?


*
*
*
*
*

Sekian..


p/s : Siapa kata mahar rendah suami tak hargai? Suami lagi sayang kot sebab awal2 dah nampak kita boleh bertoleransi,. Nikah itu mudah jika ikut saranan Islam..

Penangan Tesis

Hebat!

Makin lama makin nampak kekurangannya,.

Niat nak edit sikit, tapi makan masa 2 hari lamanya,.

Hebat!

Makin terseksa melihatnya,.

Masih tak siap walaupun dah lama,.

Cepat!

Siapkan segera,.

Dan lupakannya,.

:) :) :) :) :)




Wednesday, June 19, 2013

Opah Ku Sayang

Bismillah..

Mula menghembuskan nafas panjang,. Sigh~

Rindu!

Rindu pada dia yang telah tiada.. Lama sudah dia tinggalkan kami,. 15 tahun begitu pantas berlalu,. Allah sayangkan dia lebih dari kami,. Aku redha,..

Bahagianya aku jika dia masih ada,. 

Inginku ku kucup lembut tangannya, inginku cium mesra pipinya,. Inginku bermanja di sisinya,. Inginku berkongsi cerita dengannya,. 

Inginku terus menikmati hidangan lazatnya,. Inginku terus dibuai belaian manjanya,. Inginku terus ada di dalam pelukan hangatnya,. Inginku terus mencurahkan kasih sayang sepenuhnya kepada dia,.

Opah,.

Begitu cepat opah tinggalkan kakyong,. Opah tinggalkan kakyong  masih kecil lagi,. Masih tidak tahu apakah itu erti sebuah kematian,. Yang kakyong tahu, opah sudah tiada lagi bersama kami semua,. Tiada lagi untuk ajar kakyong ngaji,. Tiada lagi untuk suapkan kakyong makan,. Tiada lagi untuk temankan kakyong, ayen, puteri, abg epul, abg amir, aiman main kat padang depan rumah,.

Kakyong ingat lagi,.

Tengahari tu, opah masak pengat pisang,. Kakyong nak makan, tapi dah tak sempat sebab bas sekolah dah nak datang,. Opah suruh mama masukkan dalam peti ais dulu,. Biar cepat sejuk,. Biar kakyong sempat makan,.Tapi tak sempat juga,. Pakcik bas dah datang,. Kakyong pun pergi sekolah,. Tanpa menjamah pengat pisang yang opah buat tu,.

Petang tu, bila balik sekolah, mama kata opah jatuh, warded kat Hosp.Sabak Bernam,. Masa tu langsung lupa pasal pengat pisang yang dah membeku kat dalam peti ais tu,. Beberapa hari lepas tu, abah cakap, opah dah meninggal,. Kakyong pergi rumah ayah, tengok opah dah terbaring dah,. Kakyong tak tahu apa pun masa tu,. Mama suruh duduk kat kepala opah,. Suruh cium dahi opah,. Ramai orang mengaji tepi opah,. Tapi, masa tu kakyong kecil lagi,. Tak tahu nak bacakan Yassin untuk opah,. Maafkan kakyong,.

Lepas tu, orang angkat opah, letak kat ruang dapur,. Mama kata nak mandikan opah,. 'opah tak boleh mandi sendiri ke?', tu yang kakyong terfikir,. Ramai sangat orang kat dapur,. Kakyong nampak mama nangis mandikan opah,. Kenapa? Lepas tu, orang pakaikan opah kain putih, diorang tutup muka opah,. Kenapa? Kenapa jahat sangat buat opah macamtu,. Macamane opah nak bernafas?? Lepas tu, diorang nak bawa opah pergi masjid,. Mama suruh cium opah lagi sekali,. Kakyong buat je apa yang mama suruh,. Wangi opah masa tu,. Masa tu, ramai2 angkat opah keluar rumah,. Mama kata kakyong budak perempuan, tak boleh ikut pergi kubur,. Kakyong pun duduk je la kat rumah,. Kalau lah kakyong meronta2 nak ikut sekali masa tu,. Mesti boleh tengok opah lama2 lagi,.

Sekarang,..

Cucu-cucu opah semua dah besar,. Kacak dan cantik2 belaka,. Cucu opah pun dah bertambah2,. Cicit je yang belum ada lagi,. Lepas opah tiada, ayah dan ibu tambah seorang anak,. Mama n abah kakyong tambah tiga, hihi,. Pakcu n auntie dah tambah 4 anak,. Cik kin pulak sekarang dah ada 2 anak,. Mesti meriah kalau opah masih ada,. Ayah pun dah nak bermenantu dah,. Abg Epul dah jadi tunangan orang,. Abg Amir tu dah macam tak lama lagi je nak menyunting bunga di taman orang,. Rumah mama je yang belum nampak bayang2 nak bermenantu lagi,. Hmm,. Kalau opah ada lagi, dengan bangganya kakyong nak kenalkan dekat bakal suami,. Tapi... Opah dah tiada lagi,..

Kakyong selalu cerita pasal opah dengan Cik Yam,. Cik Yam lah kawan baik kakyong sekarang ni,. Ada apa2 je masalah or benda nak cerita, kakyong mesti pergi rumah Cik Yam,. Sebab, bila kakyong sembang dengan cik yam, kakyong rasa macam sembang dengan opah,. Cik Yam nampak macam opah,. Bila Cik Yam kongsi cerita pasal opah, mesti mata dia berair,. Dia pun rindukan opah,.

Opah,.
Terima kasih,.

Terima kasih sebab lahirkan mama yang baik untuk kakyong dan adik2,.

Terima kasih sebab lahirkan pakcik2 dan makcik yang baik untuk kakyong,.

Terima kasih sebab ajar mama sampai pandai masak lauk yg sedap2 untuk kami sekeluarga,.

Terima kasih sebab izinkan mama bernikah dengan lelaki yang cantik peribadinya untuk jadi abah kakyong,.

Terima kasih untuk segala memori manis yang masih tersimpan kemas dalam ingatan kakyong,.

Terima kasih untuk kehangatan kasih sayang opah yang masih terasa sehingga kini,.

Terima kasih sebab ajar kakyong alif, ba, ta,. Asas yang buat kakyong faham isi Al-Quran,.

Terima kasih sebab selalu masakkan lauk yang sedap untuk kami,.

Terima kasih sebab ajarkan mama macam2 perkara,. Sampai apa pun yang mama ajar, mama mesti cakap, 'Opah kalau masak macam ni', 'Opah ajar buat ni macam ni', 'Opah tak bagi buat macam ni',. dan macam2 lagi,.

Terima kasih untuk kasih sayang yang melimpah ruah,.

Terima kasih sebab jadi opah yang paling hebat di mata seorang cucu,.

Terima kasih, Terima kasih, Terima kasih,.



Al- Fatihah~

Doa kami sentiasa buat Opah :)


Tuesday, June 18, 2013

#teaser#


Aku Ingin


Basmallah pembuka bicara,
Alhamdulillah pada Yang Esa,
Kerana izinkan ku terus berkarya,
Meluahkan apa yang terbuku di minda.

Sejujurnya....

Aku ingin terbang bebas,
Tinggi melebarkan sayap di awanan biru,.
Bebas tanpa masalah yang terlintas,
Kedamaian semakin menyejukkan kalbu,.

Aku ingin bebas berenang,
Bagai jutaan ikan ciptaan Tuhan,.
Hidup bahagia tanpa bebanan yang mendatang,
Terus menyelam ke dasar lautan,.

Aku ingin secantik rama-rama,
Dirinya indah berwarna-warni,.
Berlagu riang, merdu berirama,
Bebas terbang ke sana ke sini.

Tapi..
Aku adalah aku,.
Manusia biasa ciptaan Tuhanku,.
Yang hidupnya sentiasa penuh berliku,.

Ujian dan dugaan silih berganti,
Datang tak dijemput menemani diri,.
Semuanya harus ku tentang dengan berani,
Kerna ku tahu, Allah sentiasa ada di sisi,.

Aku bersyukur dilahirkan sebagai manusia,
Makhluk Tuhan yang punya akal fikiran,.
Berbeza dari segala tumbuhan dan haiwan yang ada,
Kerna aku boleh membezakan hak dan kebatilan,

Terima Kasih Wahai Tuhanku....

fini pelangi,
ukm, 18/06/2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com