..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Thursday, November 29, 2012

wanita :)

Basmallah..

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar!!

Status updated : (Khamis, 29/11/2012 : 1.09 P.M)

" Islam takkan pernah membiarkan seorang wanita bersendirian,. Dia berada dalam jagaan bapa dan keluarga ketika masih belum dinikahi,. dan apabila sah menjadi seorang isteri, dia akan menjadi tanggungjawab dan amanah suaminya,. "


Tinta Penulis :  ~ jgn pernah merungut dilahirkan sebagai seorang wanita ~ :)





Wednesday, November 21, 2012

Happy Birthday, Girl..

Assalamualaikum,

Ke hadapan adinda yang dicintai hanya kerana Allah,.


( Nurul Syazwani Binti Shafurdin )

Ketahuilah adikku, kakakmu ini tidak mengucapkan 'selamat' di hari ulang tahunmu semalam, bukan kerana tidak ingat,. Bukan juga kerana tak sayang,. Tetapi, kakakmu ingin mencoretkan tinta ucapannya di blog usangnya ini,.

20 November 1998, 
Mama melahirkanmu dengan penuh kasih sayang,. Ketahuilah adikku sayang, dalam limpahan kasih sayang itu, ada kesakitan yang perlu Mama tanggung,. Hospital Teluk Intan menjadi saksi betapa lelahnya Abah yang terpaksa  ulang-alik dari rumah ke hospital, untuk menjaga Mama dan anak kecilnya itu,. Mata ini menjadi saksi, kegembiraan yang jelas terpancar di wajah Abah,. Sungguh, kakakmu tidak menipu,.

Adikku sayang,
Ketika detik kelahiranmu, negara kita mengalami krisis ekonomi yang meruncing,. Ekonomi keluarga kita turut terjejas,. Lahirmu ke dunia seakan menambahkan jumlah perbelanjaan keluarga kita,. Tapi, Abah langsung tidak mengeluh,. Lahirmu dianggap rezeki,. Dia percaya, setiap anak itu, ada rezekinya tersendiri,. Abah yakin dengan aturan Illahi,. Lahirmu disambut dengan penuh kesyukuran,. Sebab itu, kakakmu ini sering 'bising' memaksamu supaya jangan membazir,.

Adikku sayang,
Hari berlalu dengan pantas sekali,. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun pun mahu berganjak ke angka yang seterusnya,. Kini kau sudah membesar menjadi gadis yang cantik,. Tapi ingat, jangan ditaksubkan dengan kecantikkan luaran itu,. Sesungguhnya, kecantikkan luaran boleh pudar dek tua,. Perhebatkan kecantikkan dalamanmu,. Itulah kecantikkan yang sebenar,.

Adikku sayang,
Entri ini ditulis dengan limpahan kasih sayang dan linangan air mata,. Maaf dipohon kerana kakakmu ini masih belum matang untuk menjadi kakak yang terbaik,. Maaf juga untuk leteran yang tidak enak di telingamu,. Sesungguhnya, dalam setiap kemarahan, terselit kasih sayang yang tak kan  pernah luntur,. 

Adikku sayang,
Dalam leteran 'jangan membazir', ada pengharapan supaya kau mengerti belajar erti syukur dengan apa yang telah dimiliki, dalam bebelan 'tolonglah mama', ada pengharapan agar kau belajar berdikari dan belajar meringankan beban ibunda, dalam kebisingan 'jangan keluar malam', ada pengharapan agar kau pandai menjaga diri  dan maruah keluarga kelak,. Sungguh, kakakmu tidak membebel kerana membenci dirimu,. Leteran itu timbul dari hati yang menyayangimu,.

Adikku sayang,
Selamat Hari Lahir,. Semoga kau membesar dengan baik akhlak dan kemanisan iman,. Ringankan tulangmu membantu Mama dan Abah,. Setiap pinggan yg dicuci dengan ikhlas, ada pahala buatmu, setiap hirupan kopi/ teh bancuhanmu yang Abah hirup ada ganjaran dari Illahi,. Peliharalah kecantikkanmu dengan budi pekerti dan kecintaan ilmu yang memdalam,. Dan ketahuilah, kasih bersaudara akan kekal selamanya,.

Love,
Kakakmu, Fini Pelangi,.

Saturday, November 3, 2012

Newborn Girl :)

Alhamdulillah
:) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :)

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah,.



Baby dalam perut tu da melihat dunia,. Alhamdulillah,. Tahniah kak Nur Suriani Saini,. Bertambah lg org yang panggil saya Aunt Fini, :)

Dear newborn girl,

Moga sentiasa terlindung dalam peliharaanNya,.Semoga Allah memberkati dirimu diatas setiap pemberianNya, dan semoga kamu mensyukuri nikmat Yang Maha Esa,. Membesarlah kamu wahai sygku dgn mjadi anak yang solehah dan berbakti.. 



lot of kisses,
Aunt Fini

p/s : gambar baby tak dapat lagi :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com