..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Thursday, August 22, 2013

Sepiring Inspirasi Dari Langit Illahi


Kala blog kian menyepi,
Idea datang menyapa diri,
Kala terpandang langit Illahi,
Di situ ku temui berjuta inspirasi..

Luas. Biru. Damai. Bebas. Menenangkan. 

Itu antara perkara yang begitu sinonim dengan keindahan ciptaan langit. Jangan kita lupa bahawa Allah tidak akan menjadikan sesuatu itu sia-sia belaka. Pasti ada hikmah di setiap penciptaan hebat Yang Maha Esa.. Jangan hanya melihat menggunakan mata yang hakiki, tetapi cuba juga selami menggunakan mata hati..


"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi ( sambil berkata) : "wahai Tuhan kami! Tidaklah Enkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. {The Holy Quran 3:191}


Cuba kita renung sejenak..

Langit itu luas terbentang, tanpa ada tiang yang menahannya.. Hebat kan?

Langit itu mampu menampung jutaan bintang yang bergemerlapan di malam hari tanpa membiarkan bintang berguguran jatuh ke bumi.. Hebat kan?

Langit itu sungguh perkasa memperkukuhkan kedudukan matahari yang tanpa jemu menerangi bumi ini,. Hebat kan?

Langit itu ikhlas membiarkan burung-burung berterbangan bebas di sekelillingnya,. Hebat bukan?

Langit itu terus memegang erat seluruh sistem galaksi yang menjadi kekaguman seluruh manusia,. Hebat bukan?

Langit itu sungguh hebat,. Hebat, Hebat, Hebat,. Antara langit dan bumi, Allah lebih memuliakan langit,.  Di dalam Al-Quran, Allah menyebut langit dahulu sebelum bumi,. Langit itu sungguh mengagumkan,. Tempat tersimpan segala kehebatan ciptaan Illahi,. Tempat yang suci dari dosa insani,. 

Langit itu tersimpan berjuta misteri,. Inspirasi bagi yang cuba menghurai misteri,. Ia bukti kekuasaan Illahi,. Bukti penciptaan yang tiada satu pun manusia yang boleh tandingi,.



Terlalu besar perbezaannya jika hendak dibandingkan kita dengan langit,.

Langit yang sungguh hebat itu masih taat kepada Allah,. Di kala Allah memerintahkannya supaya menampung jutaan bintang, matahari, serta seluruh sistem solar, langit masih taat menuruti,.

Langit yang sungguh mengagumkan itu masih ikhlas membenarkan burung-burung terbang bebas di sekelilingnya, tanpa ada rasa iri,.

Langit yang sungguh mendamaikan itu, masih terus menjadi sumber inspirasi makhluk di bumi,.


Kita hanya manusia yang hina,. Siapa kita untuk melanggar perintah Illahi?

Katanya orang mukmin itu bersaudara,. Tapi mengapa masih ada lagi wujud sengketa?

Jutaan manusia di sekeliling kita,. Tapi mengapa masih tidak mampu ditanamkan hormat dan  kasih sesama kita?


Ayuh, jadilah seperti langit yang sungguh hebat itu,.
Terus hebat tanpa mendabik dada,.
Terus tunduk dan patuh pada Yang Esa,.
Terus memberikan inspirasi kepada manusia,.
Agar kita tidak sombong meninggi diri,.
Agar kita tidak alpa dengan dosa sendiri,.
Moga kita sentiasa disayangi,.

InsyaAllah,.
Allahu Rabb, rahmatilah kami...

Thursday, July 25, 2013

Seribu Wajah

Biarlah foto ini terus berbicara di dalam sepinya..



*Seribu Wajah Sangat :) *




Empunya blog,. Bertugas sebagai kaunselor pelatih di SMK Agama Simpang Lima :)



Adik manja katanya, hihi,. Orang kuat jabatan yang memperjuangkan hak wanita dan kebajikan keluarga :)

*
*
*
*
*
*
*

okay..
sebenarnya takde nak cite ape pun,.
Juz tak nak blog ni usang begitu lamanya,.
Haha,.
Nak cerita pasal semua dalam kelas, tak mampu den,.
Jenuh nk scroll gambar sorang2,. huhu
Budak manja tu, special kes kit,.
Majuk,. Katanya sy dtg UKM taknak bgtau dia,.
huhu
Bukan begitu, dear,.
Sy kelam kabut sikit hari tu,.
Maafkan saya ye :)
Nanti2 sy dtg Lipeh k,.
:)
Saya janji sayang awak selamalamalamalamanya,.
Haha,.

*
*
*
*
*
*
*


Friday, June 28, 2013

Pirate And His Precious


One day, the Precious said to her Pirate :

" I send my cares to the wind, and ask the wind to pass it to you,. When you feel that wind blow against your face, it's me saying : TAKE CARE OF YOURSELF!"

*
*
*
*

Then, her charming Pirate replied :

"I just got the wind that you sent to me,. I've told the wind who brought the cares to say thanks to you,. When that wind meet you again, I also ask the wind to tell you a fairy tale about a pirate who dreaming to get his precious treasure somewhere in this world,. Take a good care of yourself :) "


Friday, June 21, 2013

Mahar

Mahar..

Lagi rendah, lagi bagus,.

Tak membebankan bakal suami,.

Jangan nak ikut trend sangat la,.

Kahwin nak hantaran berbelas ribu, berpuluh ribu,.

Buat apa?

Nak dabik dada?

Nak kejar title 'wedding of the year'?

Kalau suami tu mampu lain lah ceritanya,.

Kalau tak mampu, terima apa adanya,.

Jangan nak mengada,.

Minta berganda2,.

Yakin boleh berbakti pada suami selayaknya?

Yakin boleh tunaikan tanggungjawab sebaiknya?

Yakin dapat redha suami sentiasa?


*
*
*
*
*

Sekian..


p/s : Siapa kata mahar rendah suami tak hargai? Suami lagi sayang kot sebab awal2 dah nampak kita boleh bertoleransi,. Nikah itu mudah jika ikut saranan Islam..

Penangan Tesis

Hebat!

Makin lama makin nampak kekurangannya,.

Niat nak edit sikit, tapi makan masa 2 hari lamanya,.

Hebat!

Makin terseksa melihatnya,.

Masih tak siap walaupun dah lama,.

Cepat!

Siapkan segera,.

Dan lupakannya,.

:) :) :) :) :)




Wednesday, June 19, 2013

Opah Ku Sayang

Bismillah..

Mula menghembuskan nafas panjang,. Sigh~

Rindu!

Rindu pada dia yang telah tiada.. Lama sudah dia tinggalkan kami,. 15 tahun begitu pantas berlalu,. Allah sayangkan dia lebih dari kami,. Aku redha,..

Bahagianya aku jika dia masih ada,. 

Inginku ku kucup lembut tangannya, inginku cium mesra pipinya,. Inginku bermanja di sisinya,. Inginku berkongsi cerita dengannya,. 

Inginku terus menikmati hidangan lazatnya,. Inginku terus dibuai belaian manjanya,. Inginku terus ada di dalam pelukan hangatnya,. Inginku terus mencurahkan kasih sayang sepenuhnya kepada dia,.

Opah,.

Begitu cepat opah tinggalkan kakyong,. Opah tinggalkan kakyong  masih kecil lagi,. Masih tidak tahu apakah itu erti sebuah kematian,. Yang kakyong tahu, opah sudah tiada lagi bersama kami semua,. Tiada lagi untuk ajar kakyong ngaji,. Tiada lagi untuk suapkan kakyong makan,. Tiada lagi untuk temankan kakyong, ayen, puteri, abg epul, abg amir, aiman main kat padang depan rumah,.

Kakyong ingat lagi,.

Tengahari tu, opah masak pengat pisang,. Kakyong nak makan, tapi dah tak sempat sebab bas sekolah dah nak datang,. Opah suruh mama masukkan dalam peti ais dulu,. Biar cepat sejuk,. Biar kakyong sempat makan,.Tapi tak sempat juga,. Pakcik bas dah datang,. Kakyong pun pergi sekolah,. Tanpa menjamah pengat pisang yang opah buat tu,.

Petang tu, bila balik sekolah, mama kata opah jatuh, warded kat Hosp.Sabak Bernam,. Masa tu langsung lupa pasal pengat pisang yang dah membeku kat dalam peti ais tu,. Beberapa hari lepas tu, abah cakap, opah dah meninggal,. Kakyong pergi rumah ayah, tengok opah dah terbaring dah,. Kakyong tak tahu apa pun masa tu,. Mama suruh duduk kat kepala opah,. Suruh cium dahi opah,. Ramai orang mengaji tepi opah,. Tapi, masa tu kakyong kecil lagi,. Tak tahu nak bacakan Yassin untuk opah,. Maafkan kakyong,.

Lepas tu, orang angkat opah, letak kat ruang dapur,. Mama kata nak mandikan opah,. 'opah tak boleh mandi sendiri ke?', tu yang kakyong terfikir,. Ramai sangat orang kat dapur,. Kakyong nampak mama nangis mandikan opah,. Kenapa? Lepas tu, orang pakaikan opah kain putih, diorang tutup muka opah,. Kenapa? Kenapa jahat sangat buat opah macamtu,. Macamane opah nak bernafas?? Lepas tu, diorang nak bawa opah pergi masjid,. Mama suruh cium opah lagi sekali,. Kakyong buat je apa yang mama suruh,. Wangi opah masa tu,. Masa tu, ramai2 angkat opah keluar rumah,. Mama kata kakyong budak perempuan, tak boleh ikut pergi kubur,. Kakyong pun duduk je la kat rumah,. Kalau lah kakyong meronta2 nak ikut sekali masa tu,. Mesti boleh tengok opah lama2 lagi,.

Sekarang,..

Cucu-cucu opah semua dah besar,. Kacak dan cantik2 belaka,. Cucu opah pun dah bertambah2,. Cicit je yang belum ada lagi,. Lepas opah tiada, ayah dan ibu tambah seorang anak,. Mama n abah kakyong tambah tiga, hihi,. Pakcu n auntie dah tambah 4 anak,. Cik kin pulak sekarang dah ada 2 anak,. Mesti meriah kalau opah masih ada,. Ayah pun dah nak bermenantu dah,. Abg Epul dah jadi tunangan orang,. Abg Amir tu dah macam tak lama lagi je nak menyunting bunga di taman orang,. Rumah mama je yang belum nampak bayang2 nak bermenantu lagi,. Hmm,. Kalau opah ada lagi, dengan bangganya kakyong nak kenalkan dekat bakal suami,. Tapi... Opah dah tiada lagi,..

Kakyong selalu cerita pasal opah dengan Cik Yam,. Cik Yam lah kawan baik kakyong sekarang ni,. Ada apa2 je masalah or benda nak cerita, kakyong mesti pergi rumah Cik Yam,. Sebab, bila kakyong sembang dengan cik yam, kakyong rasa macam sembang dengan opah,. Cik Yam nampak macam opah,. Bila Cik Yam kongsi cerita pasal opah, mesti mata dia berair,. Dia pun rindukan opah,.

Opah,.
Terima kasih,.

Terima kasih sebab lahirkan mama yang baik untuk kakyong dan adik2,.

Terima kasih sebab lahirkan pakcik2 dan makcik yang baik untuk kakyong,.

Terima kasih sebab ajar mama sampai pandai masak lauk yg sedap2 untuk kami sekeluarga,.

Terima kasih sebab izinkan mama bernikah dengan lelaki yang cantik peribadinya untuk jadi abah kakyong,.

Terima kasih untuk segala memori manis yang masih tersimpan kemas dalam ingatan kakyong,.

Terima kasih untuk kehangatan kasih sayang opah yang masih terasa sehingga kini,.

Terima kasih sebab ajar kakyong alif, ba, ta,. Asas yang buat kakyong faham isi Al-Quran,.

Terima kasih sebab selalu masakkan lauk yang sedap untuk kami,.

Terima kasih sebab ajarkan mama macam2 perkara,. Sampai apa pun yang mama ajar, mama mesti cakap, 'Opah kalau masak macam ni', 'Opah ajar buat ni macam ni', 'Opah tak bagi buat macam ni',. dan macam2 lagi,.

Terima kasih untuk kasih sayang yang melimpah ruah,.

Terima kasih sebab jadi opah yang paling hebat di mata seorang cucu,.

Terima kasih, Terima kasih, Terima kasih,.



Al- Fatihah~

Doa kami sentiasa buat Opah :)


Tuesday, June 18, 2013

#teaser#


Aku Ingin


Basmallah pembuka bicara,
Alhamdulillah pada Yang Esa,
Kerana izinkan ku terus berkarya,
Meluahkan apa yang terbuku di minda.

Sejujurnya....

Aku ingin terbang bebas,
Tinggi melebarkan sayap di awanan biru,.
Bebas tanpa masalah yang terlintas,
Kedamaian semakin menyejukkan kalbu,.

Aku ingin bebas berenang,
Bagai jutaan ikan ciptaan Tuhan,.
Hidup bahagia tanpa bebanan yang mendatang,
Terus menyelam ke dasar lautan,.

Aku ingin secantik rama-rama,
Dirinya indah berwarna-warni,.
Berlagu riang, merdu berirama,
Bebas terbang ke sana ke sini.

Tapi..
Aku adalah aku,.
Manusia biasa ciptaan Tuhanku,.
Yang hidupnya sentiasa penuh berliku,.

Ujian dan dugaan silih berganti,
Datang tak dijemput menemani diri,.
Semuanya harus ku tentang dengan berani,
Kerna ku tahu, Allah sentiasa ada di sisi,.

Aku bersyukur dilahirkan sebagai manusia,
Makhluk Tuhan yang punya akal fikiran,.
Berbeza dari segala tumbuhan dan haiwan yang ada,
Kerna aku boleh membezakan hak dan kebatilan,

Terima Kasih Wahai Tuhanku....

fini pelangi,
ukm, 18/06/2013

Saturday, June 15, 2013

Be Brave!





BE BRAVE!

EVEN YOU'RE NOT, PRETEND TO BE..
COZ NO ONE CAN TELL THE DIFFERENCE :)

16 JUNE - KUALA LUMPUR

A Memoir of EMB


Basmallah pembuka bicara, 
moga Allah beri kelancaran idea,
Untuk terus menarikan tinta, 
bersama rindu pada yang telah tiada..


14/6/2013

Seusai tamat menjawab peperiksaan pada petang tadi, saya bergegas pulang ke kolej penginapan untuk meneruskan perjalanan ke Shah Alam - mendengar talk Dr Harlina di Forum Pedagogi Pendidikan anjuran #TFTN (teach for the needs).. Akan tetapi, Allah sahaja yang layak menentukan apa yang telah kita rancang,. Kekalutan 'blackout' di blok menyebabkan saya tidak sempat ke forum tersebut,. "Takpa, lain kali ada" - pujuk hati sendiri!

Sementara menunggu pihak berkenaan datang memulihkan keadaan, saya mencapai Samsung 'Semerah Cinta' saya untuk mengetahui keadaan dunia semasa..Ayat nak poyo je,. Padahal nak tengok fb, haha,. Ada update di salah satu group saya,. Group yang ahlinya telah saya anggap seperti keluarga sendiri di bumi UKM ini,. Adham Mahda,  incik YDP (Yang Didamba Perempuan katanya) telah post sesuatu yang mengatakan keluarga Eliza telah menjemput kami semua untuk makan2 pada 29 Jun ini,. Oh ya,. Our late Eliza!

Eliza Maria Benjamine,. Namanya kekal terpahat dihati kami, si mantan Jaksa KKM 2011/2012,. Dan saya yakin, turut terpahat dihati ribuan rakan yang lain,. Derai tawanya masih jelas kedengaran di telinga,. Senyum manisnya menambat sukma,. Sungguh,. Dia begitu istimewa!

Air mata seakan mahu mengalir tika teringatkan saat berharga bersama dia,. Sayang, pertemuan kami hanyalah seketika,. Pertemuan yang berakhir dengan kematian tak diduga,. Dia telah pergi menamatkan tanggungan deritanya,. Lantas saya cuba menangguh tangisan yang kian meronta, mengalih tumpuan pada kerja yang ada,.

Ku raih buku 'The Book of Awesome',. Mata tertarik pada satu quote : 'smiling and thinking of good friends who are gone',. Ya, kali ini bukan untuk sesi air mata,. Tetapi coretan yang penuh ceria..


Julai 2010

Minggu orentasi pelajar baru UKM telah bermula,. Eliza ditakdirkan untuk menjadi PC (Pemudahcara) untuk kumpulan saya,. Okay, orangnya lincah, agak boyish, tapi masih terserlah kecantikkannya :),. Orangnya sangat peramah dan cool,. Best dapat kenal Eliza :)

Mei 2011

Perlantikan exco baharu bagi sesi 2011/2012 KKM, UKM,. Untuk sesi akademik kali ini, saya telah diberi kepercayaan untuk bertugas sebagai Exco Kebajikan dan Kaunseling,. Organisasi kecil seramai 20 orang ini diberi amanah untuk menjaga segala urusan berkaitan dengan pelajar, termasuklah isu kebajikan, keselamatan, perlaksanaan aktiviti dan sebagainya. Perkenalan singkat telah membuahkan rasa sayang untuk bekerja dalam satu pasukan. Makin lama makin erat, semakin sukar dileraikan.

Eliza dilantik sekali lagi untuk menjadi exco,. Jika sesi akademik lepas dia menjadi Exco ICT dan Penerbitan , kali ini dia dilantik menjadi Exco Akademik,. Orang fasih bertutur Bahasa Inggeris, wajarlah diberi amanah untuk kendalikan English Speaking zone :)

Masa terus berlalu,. Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan,. Rutin kebiasaan kami adalah menjenguk bilik jaksa (bilik gerakan exco) untuk menyiapkan segala tugas yang masih belum selesai,. Di bilik itu lah kami bergurau senda, mengurangkan bebanan tugasan yang ada,. Di bilik itu kami berkongsi cerita, mengurangkan jurang perbezaan yang ada,. Di bilik itu juga kami berjenaka, membiarkan memori terus tercipta,.

2012

Eliza sering menghangatkan suasana,. Dengan lawak selambanya,. Hilai tawa tak ingat dunia,. Soalan yang bagai tak habis ditanya,. Teringat saya suatu ketika, dia bertanyan kenapa saya sering memakai stokin ke mana-mana,. 'U sejuk ke?',. Bukan, saya tak sejuk Eliza,. Saya terangkan satu persatu tentang kewajipan menutup aurat bagi wanita Islam,. "Kaki yang kat bawah, bukan org pandang pun".. Kali ini saya kena bijak menjawab tiap soalannya, menerangkan anggota badan yang menjadi aurat seorang wanita,. "Kenapa I tengok U je yg pakai, yang lain tak pun", See, tak tipu kan, dia memang banyak tanya, :)

Sejak peristiwa itu, setiap kali dia memakai seluar 3 suku, dia pasti memohon maaf kepada saya,. " haiya, saya minta maaf ustazah,. seluar pendek ni, berdosa saya",. Comel Eliza ni, pandai hormat pegangan agama lain,. 

Teringat masa Eliza didiagnos mempunyai sel kanser dalam badannya,. Dalam ketakutan, dia berlagak tenang berbicara tentang penyakitnya,. Dia bukan sahaja sahabat kami, dia juga kakak kami,. Kesusahannya, kesusahan kami juga,. Kerisauannya, milik kami juga,. Sel kanser itu terus membiak di mukanya,. Pelik,. Mulanya hanya seperti sebiji jerawat kecil yang seperti malu2 hendak tumbuh,. Makin lama dia membesar, dan rupanya dia adalah sel kanser jahat yang meragut nyawa sahabat kami,. Tidak malukah kau membiak di wajah manis sahabat kami?

Our Late Eliza Maria Benjamine


Masa terus berlalu, keadaan Eliza semakin parah,. Dia mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan membuang sel kanser yang ada,. Menjalani kimoterapi pastinya sakit baginya,. Rambutnya yang menjadi pujaan ramai semakin berkurang,. Ibunya terus memberitahu perkembangan Eliza kepada kami,. Eliza beransur pulih. Dia datang menemui kami yang selalu merinduinya,. Dalam keadaan tidak sihat begitu, dia masih boleh gelak,. Kagum!,. Sungguh dia tabah menghadapi dugaan yang mendatang,.

Semua teruja,. Nampak sangat dah lama tak jumpa Eliza :)


Hari demi hari, Eliza semakin kuat,. Boleh menjalani kehidupan seperti biasa, walaupun dalam keadaan berjaga-jaga,. Sempat lagi dia datang melawat kami,. dan sempat lagi dia memujuk YDP untuk mengadakan aktiviti memanjat Broga,. Tak pernah daki bukit tu lagi katanya,. Kuat kan? Lepas operation still nak mendaki bukit :) Nah, kami buat program istimewa untuk Eliza,. Bawanya mendaki bukit, bermandi manda di sungai,. Nakal u ni,. Sakit-sakit pun nak lasak macam orang sihat kan :)

Rombongan membawa Eliza jalan-jalan, hihi


Kuat sungguh kan U,. Kagum I :).. U terus fight sakit U tu, sampai orang tak nampak pun derita yang U tanggung,. Sakit sakit U pun still nak buat orang ketawa kan,. U tak nak orang lain risaukan U,. Bagus la U ni,. Sebab tu ramai sangat sayang dekat U :)

Tercapai hajat U nak panjat Broga :)

Cerita last yang I tahu, U da makin sihat,. So I harap U terus sihat la,. Sampai la pagi Ahad tu, Alang jumpa I n cakap yang U da takda,. Eliza da meninggal,. I rasa kosong tiba2,. Kitorang tak tahu pun U sakit balik masa treatment lanjutan tu,. Hmm, even U da takda depan mata kami, U still ada dalam hati,. Semua orang sedih dengan pemergiaan U,. sebab, U budak baik, semua orang sayang :)

Rest In Peace, Dear :)

I loved your sense of humor and your way about yourself,.

I loved how you laughed, smiled,.


No amount of usual closing rhyming couplets or fist-to-the-sky proclamations are going to bring u back,.

But i know, u're in a peaceful place and would want us all to just be happy, keep smiling and enjoy our lives as fully as we can,.

So, nice to meet u,. Thanks for the memories,.

You'll always remains in our heart,.

And you'll always be so incredibly awesome!

:)


fini pelangi,
( 3.25 a.m, 15/6/2013)




Saturday, May 25, 2013

Gadis Kecil


Gadis kecil itu mengagumkan daku 

tenang dan senyuman yang agung 
dengan sopan menolak pemberianku 
'saya tak perlu wang, pak cik, 
cukuplah kertas dan buku.' 

Usianya terlalu muda 
Jiwanya didewasakan oleh pengalaman 
tidak semua orang mencapai kekuatan demikian 
ketabahan yang unik, mempesonakan. 
Bila aku menyatakan simpati dan dukaku 
rasa pilu terhadapnya 

sekali lagi dia tersenyum dan berkata: 
'jangan sedih, pak cik, tabahkan hati 
banyak anak-anak seperti saya di dunia ini.' 

Aku jadi terpaku 
dia, si gadis kecil itu menenteramkan 
mengawal ombak emosiku 
jangan sedih melihat derita pahitnya.

(Petikan Sajak 'Gadis Kecil' - Usman Awang)

Allahuakbar,. Terasa malu yang amat besar menerpa diri ini ketika mendengar bait2 sajak ini,. Sayu di hati ini hanya Allah yang tahu,. Terasa malu apabila sy yang masih lagi mampu ini tidak menggunakan masa dengan sebaiknya untuk menimba ilmu,. Terasa malu apabila sy yang punya peluang untuk belajar ini tidak memanfaatkan peluang itu dengan sebaiknya,.

"Saya tak perlu wang, pakcik. Cukuplah sekadar kertas dan buku"

Begitu agungnya nilai sehelai kertas dan sebuah buku bagi anak kecil ini,. Begitu pentingnya kertas dan buku dalam perjuangannya untuk menimba ilmu,. Bagaimana dengan kita? Peluang menuntut ilmu terus dipersia,. Buku masih kemas tersusun di raknya,. Kulitnya masih cantik bagai tak pernah dibuka,. Peluang menuntut ilmu ini sentiasa tersedia,. Masih tidak bersyukurkah kita?

Teringat sy sebuah cerita dari Indonesia,. Lasykar Pelangi,. Ya, cerita itu cukup mampu untuk mengalirkan air mata,. Baik novel, mahu pun filemnya,. Keadaan yang serba kekurangan dan berada dalam kemiskinan menyebabkan watak2 utama yang masih lagi cilik terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dalam proses mendapatkan ilmu,. Kesungguhan mereka mempertahankan sekolah usang mereka, ketabahan mereka menghadapi pelbagai musibah, semangat mereka terus bangkit menimba ilmu, cukup membuatkan saya kagum,. 

Matahari Di Atas Gilli,. Sebuah lagi novel dari seberang yang mampu menitiskan air mata saya,. Hada, watak utama dalam novel ini merupakan seorang wanita yang cukup kuat walaupun diuji dengan pelbagai jenis masalah sekalipun,. Bermula dari sang bonda yang dianggap ibu kandungnya ternyata bukan ibunya, kematian suami yang disayanginya, sehinggalah cabaran yang terpaksa dihadapi ketika ingin membangunkan budaya cintakan ilmu dan institusi pendidikan di tempatnya,. Hada, I adore u a lot!

Mungkin ini adalah kisah2 fantasi yang hanya dicoretkan di lembaran kertas hasil daripada imaginasi novelist2 ,. Realitinya? Pasti masih ada anak2 miskin yang tidak berkemampuan untuk menikmati proses pencarian ilmu yang selesa dan sempurna,. Masih tidak bersyukurkah kita? Masih tegarkah kita mensiakan peluang yang kita ada? Tidak malukah kita pada mereka? 

Mereka miskin, tetapi sentiasa dahagakan ilmu,. Mereka tak mampu, tapi masih lagi mengagungkan buku,. 

Malu lah pada mereka!

Ambillah semangat dari mereka!

Pujuklah diri untuk dahagakan ilmu seperti mereka!

Jangan kita terus selesa di takuk yang lama!

Ingatlah, dunia global ini tidak akan selamanya sama keadaannya..


Dialah Segalanya



Pujalah Tuhanmu 
Ia Tak Mengecewakan 
Cintailah Dia Kekal Tiada Sudahnya 
Gunakanlah Segala-Galanya 
Untuk Menyembah-Nya 
Buat Apa Saja Selagi Benar Untuk Tuhan..






Saturday, May 11, 2013

Encik Bubble

Bismillah, Salam n Greetings~

Entry kali ini ditaip dengan senyuman yang melebar dan hati yang riang berjimba ria, :)

Ketagihan saya terhadap Encik Bubble atau nama lainnya Encik Pearl terpaksa ditahan lantaran dek status 'khasiat'nya yang diragui banyak pihak,. Ada yang kata tak baik untuk kesihatan,. Banyak transfat la, plastik la and whatsoever,. Disebabkan saya ni jenis seorang yang sayangkan tubuh badan sendiri, maka dengan gigihnya menahan diri daripada membeli sebarang jenis produk minuman yang ada Encik Bubble ini even kadang tu kecundang juga, hihi.

Nikmat rasanya kalau minum2 tu ada benda yang boleh gigit2, haha,.mungkin keperlukan mulut ini tak dipenuhi secara psikologinya masa kanak2 dulu kot,. Masa belajar Psikologi Personaliti dulu, keadaan ini dinamakan Oral-fixated, huhu,. Mungkin juga kot, dulu masa infant, breast-fed tak cukup, sebulan je,. Makanyya, bila besar jadi seorang yang talk-active dan suka mengunyah apa jua jenis makanan, haha,. Cool~

Akan tetapi, Encik Bubble, kita tidak perlu berpisah lagi,yeayyy! Saya suka, saya suka,. Lantaran kerajinan meng' up date' keadaan terkini kakak2 saudara yang dicintai kerana Allah, saya terjumpa la resepi-mesti-jadi kat wall FB milik Cahaya Petunjuk a.k.a Kak Long Hidayah saya,. Wah2, seronok gitu, nak tiru~

Ni resepi yang dikongsikan:

- bahannya: tepung ubi (ikut suka hati sukatannya, haha), air panas, sedikit pewarna (juga ikut suka hati nak warna apa)

- cara2nya : 

  1. gaulkan tepung ubi dengan air panas dan pewarna hingga jadi doh,. Lepas tu, bentukkan doh tersebut, jadi bulat2 kecil macam pearl tu,. 
  2. Then, rebus dalam air mendidih(lebih kurang 30 minit)
  3. Sesudah itu, (lepas masak), tapiskan dan bilas dengan air sejuk (biar pearls tersebut tidak melekat)
  4. Rendam pearls dalam air gula melaka (bagi dia stay lembut and manis)
  5. Done! hihi

Berani jamin, kak long Dayah mesti kenal sungguh gambar ni, haha


kini saya boleh menikmati Encik Bubble tanpa keraguan,. Terima kasih Cahaya Petunjuk :)










Friday, April 26, 2013

Berbaik Sangka Kepada Ibu Bapa

Bismillah,. Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih diucapkan kepada kalian atas kesudian mengunjungi blog usang ini,.

Semoga kita semua dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya,.

Alhamdulillah, saya diberikan idea yang baru untuk dikongsikan di sini,. Saya telah diberikan amanah oleh pensyarah untuk membuat satu pembentangan mengenai 'Hak seorang Ibu dan AnakDalam Rumahtangga',. Tugasan yang diberikan adalah sebahagian daripada tuntutan subjek 'Wanita Menurut Perspektif Islam'..

Seusai pembentangan dilakukan, ustazah telah mengemukakan satu soalan yang berbunyi sebegini :

" Adakah seorang anak mempunyai hak untuk dikasihi secara adil oleh ibu bapanya?"

Otak saya mula ligat untuk mencari hujah yang terbaik untuk dijadikan jawapan,.

Pada pendapat saya, secara lumrah dan fitrahnya, ibu bapa melayani dan mengasihi anak-anaknya secara adil dan tidak pilih kasih. Maka, seharusnya tiada isu pilih kasih atau tidak adil dalam sesebuah institusi kekeluargaan yang sakinah. Ya, sejujurnya itulah jawapan yang saya berikan untuk menjawab pertanyaan ustazah.

Ustazah bertanya lagi bagi menghangatkan suasana,. 

" saya pernah menjalankan satu seminar yang dihadiri 40 orang ibu,. Saya bertanya kepada mereka, adakah kasih sayang seorang ibu sama atau tidak untuk semua anak-anaknya?" 

" rasa-rasanya apa jawapan kaum ibu tersebut?"

Ustazah bertanya lagi. Ustazah mula membuka undian,. Siapa di dalam kelas itu setuju bahawa kasih sayang dan layanan seorang ibu dan bapa itu adil dan saksama untuk setiap anaknya,. Ustazah juga bertanya siapa pula yang tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut?

Hasilnya, secara majoriti, rakan sekelas saya ramai memilih kenyataan bahawa seorang ibu dan bapa itu tidak adil dalam pemberian kasih sayang dan layanan. Astaghfirullah, terkejut saya bila mendengar pengakuan sebegitu.

Saya mula berfikir secara positif,. Mungkin rakan-rakan ini pernah merasakan ibu bapa mereka melebihkan adik beradik yang lain berbanding mereka,. Walaubagaimanapun, saya masih kekal dengan pendirian saya bahawa kasih sayang ibu bapa adalah sama untuk setiap anaknya.

Berbalik pada soalan ustazah  semasa seminarnya bersama kaum ibu, jawapannya adalah setiap ibu dan bapa ini adil dalam mencurahkan kasih sayang kepada anak-anaknya. Nah, sudah terbukti bukan? Seorang wanita dan seorang lelaki yang kita panggil ibu dan bapa itu adil dalam soal kasih sayang.

Bukankah Allah telah memperingatkan kita supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita? Senangkan hati mereka, sayangi mereka, layani mereka dengan kasih sayang dan layanan yang selayaknya bagi mereka. Sekiranya kalian merasai ibu dan bapa kalian tidak berlaku adil dalam soal kasih sayang, hapuskan pandangan negatif itu,. Jangan biarkan syaitan meracuni fikiran kalian,. 

Bersangka baik lah pada ibu bapa kalian!

Seorang ibu dan seorang bapa mempunyai satu naluri yang istimewa,. Allah telah titipkan naluri untuk menyayangi anak-anak dalam diri mereka,. Kita ditakdirkan lahir di dunia ini hasil kasih sayang dan cinta antara ibu dan bapa kita,. Sekiranya asal kejadian kita pun bermula dengan kasih sayang, insyaAllah, kasih sayang itu akan terus menjadi milik kita selamanya. 

Sekiranya kalian masih merasakan ketidakadilan ibu bapa dalam soal ini, cuba gunakan akal fikiran yang Allah dah berikan itu untuk mencari kebenaran,. Mari fikirkan sejenak,. Sekiranya ada adik beradik kalian terdiri daripada golongan insan yang istimewa, kurang upaya dan sebagainya,. Maka wajarlah dia mendapat perhatian yang lebih,. Mengapa perlu ada perasaan iri dalam diri? Selfish!

" Oh, mama dengan abah sayang kakyong lebih," " Oh, patutlah masak lauk special hari ni, kakyong balik rupanya"

Ini adalah contoh ungkapan yang kadangkala adik saya ungkapkan,. Alangkah bagusnya sekiranya mereka boleh berfikir saya ini anak yang tinggal berjauhan dari keluarga,. Jauh dari ibu bapa,. Belum lagi berusia 13 tahun, saya sudah mula hidup berdikari di asrama,. Belum lagi mencapai usia akil baligh, saya sudah pun berjauhan dari ibu bapa,. Sehingga kini, sudah 10 tahun saya tinggal berjauhan dengan mereka,. Wajarlah sekiranya sesekali balik tu tumpuan lebih pada saya,. Banyak cerita yang ingin dikongsi,. Masa saya di rumah sememangnya masa untuk bermanja-manja dengan mama dan babah saya,. Sekiranya masakan itu special sikit, fikirlah, naluri seorang ibu itu tahu tentang rasa air tangan seorang ibu berbeza sungguh dengan masakan kafetaria yang dijamah setiap minggu,. Berselera sungguh sekiranya dapat makan masakan ibu sendiri,. Adik-adikku sayang, bersangka baik lah pada mama dan abah ye :)

Ibu dan bapa adalah insan yang wajib kita hormati, wajib kita sayangi,. Kita juga wajib untuk melayani dan memenuhi segala keperluan mereka,. Pernah tak kalian terfikir, apakan perasaan mereka sekiranya kita bersangka buruk terhadap mereka? Sanggupkah kita mengguris hati dan perasaan mereka yang telah bersusah payah demi memberikan segala yang terbaik buat kita? Berhentilah bersangka buruk terhadap mereka,. Ibu bapa juga tidak bodoh untuk menilai seorang anak dari aspek kelebihan yang ada padanya sahaja. Setiap anak ada kelebihan masing-masing,. Setiap anak juga mempunyai kekurangan yang tersendiri,.  Ibu bapa tahu akan kebenaran itu,.


p/s : ucapkan rasa syukur kepada Allah kerana kita dikurniakan ibu bapa yang baik,. Allah telah memilih wanita dan lelaki itu untuk menjadi ibu dan bapa kita,. Ucapkan lah rasa syukur kerana mereka sanggup bersusah payah demi membesarkan kita sehingga kini,. Senangkanlah hati mereka,. Ringankanlah beban mereka,. Doakan yang baik- baik untuk mereka,. Mohonkanlah keredhaan Allah buat mereka,. Raikanlah mereka sementara mereka masih ada di depan mata,. Ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon kepada-Mu ya Allah, kurniakanlah nikmat, keredhaan dan kasih sayang-Mu yang melimpah ruah buat ibu bapa kami,. Kau ampunilah dosa-dosa mereka,. Kami menjadi saksi bahawa mereka sudah melimpahkan kasih sayang yang mencukupi kepada kami,. Mereka telah menunaikan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya Ya Allah,. Kasihanilah mereka lebih dari mereka mengasihani kami,. Amin, Amin, Amin,. Kau perkenankanlah doa-doa kami ini ya Allah,.

kakyong sayang mama dan babah kerana Allah

Ma, selamat hari lahir!
Moga Allah sentiasa redha :)
*Hugs and Kisses*

Friday, April 19, 2013

Sweet Tanpa Diabetes :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi

Moga Allah permudahkan tinta pada malam ini :)

Fenomena k-pop nampaknya semakin meluas dalam kalangan masyarakat kita,. Belum sempat fenomena Psy- Gangnam Style reda, muda mudi kita mula meralih kepada fenomena Gwiyomi,.

Owh, okay,. Saya akui saya 'lembab' sikit bab2 fenomena k-pop ni,. Tapi sungguh, sikit pun saya tak rasa rugi, hihi,. Tapi semalam tertengok la pula videonya,. haha, TER okay, tak sengaja,.



Okay, mereka sangat comel,. Saya tengok video yang dilakonkan oleh kanak2,. Oh, muka innocent mereka tu, geramnya saya tengok,.. Kenapa comel sangat ni! :)

Fenomena Gwiyomi turut melanda beberapa orang jejaka malaya di dalam kelas saya,. Ohoiii, mohon terasa ye korg,. Siapa makan cili, dia la terasa pedasnya,. Dr.Salina suruh buat role play klien-kaunselor, korg ber'gwiyomi' pulak ye kat belakang :)

Hari ini, video parodi Gwiyomi mula hit di laman 'muka buku',. Hah, nak ini lagi la comel :)

Bait2 Parodi Gwiyomi : Gi Ngoji

Syok wo mengaji dari melayan We Chat oh!
Disayang ummi abah dan juga disayang Allah
Oppah bah pesan kalau khatam quran
Akan dibelikan Tora, Dingdang,  juga kasut roda..

Kalau tak pandai ngaji camana mo (mahu) nikoh?
Nikah!
Kena ajari isteri dan anak lepas nikoh
Nikah!
Betulkan sebutan dan tajwid mereka
Baru lah suiittt (sweet) tanpa diabetes..

Listen up, listen up!
Siapa mahu comel?
Gi ngaji..
Mahu disayang Allah?
Gi ngaji,.
Mahu dicinta nabi?
Gi ngaji,.
Gi ngaji, gi gi gi ngaji!

Mahu jadi kiut (cute)?
Gi ngaji!
Mahu masuk syurga?
Gi ngaji!
Mahu dicium ummi abi?
Gi ngaji!
 Yeayyy!! 

(sumber video : YouTube Channel)

Haha, comel kan, kan, kan? Ha, pada bakal2 suami tu, tingkatkan ilmu ye sebelum menikahi seorang wanita yang anda sayangi,. Bukan ilmu tajwid untuk mengaji je,. Banyak lagi kot,. Ilmu agama, Pengurusan emosi, pengurusan kewangan, dll,. Banyak woo :)

Bakal-bakal isteri pun, jangan la nak tunggu suami betulkan tajwid semua,. Kita mengaji dari kecil kot, so, sebutan dan tajwid tu mesti da kena belajar betulkan kot sekiranya ada salah,. Kalau ada suami yang rajin nak tasmik (mendengar dan membetulkan) sebutan dan tajwid kita yang masih salah, bersyukurlah, Allah kurniakan bonus pada anda,. Ha, kaum wanita juga kena lengkapkan diri juga kot dengan ilmu yang berguna sebelum jadi hak suami dan juga ibu kepada anak2 yang dilahirkan :)  (eh, da macam kursus perkahwinan pulak ye, hihi)

Wawah, terpanjang la pulak post kali ni,. Task berlambak tengah menunggu kot,. Jom,jom, buat kerja :) Cepat siap, cepat lah boleh  tidur, boleh la bangun awal subuh nanti :)

Thanks sudi baca, hihi,. salam dan selamat malam!

p/s : tidur baca basmalah dan doa, niat nak bangun awal esok untuk tahajud dan solat subuh awal,. Bila bangun jangan lupa ucap Alhamdulillah,. Esok pagi Jumaat, penghulu hari,. Jom baca surah Kahfi ramai2,. Baru lah 'sweet tanpa diabetes' di pandangan Allah :)

Wednesday, April 17, 2013

Allah Kan Ada


Dengan Basmallah, ku coretkan tinta ini di kala kesunyian menghantui diri,.

Sunyi,. Tersangat sunyi,. Diri ini seakan-akan sendiri,. Di muka bumi Allah ini,.

Ku merasakan dunia ini kian hambar,. Di kala insan lain sedang nyenyak di kamar,. Cuma aku sendiri yang sedang gusar,.

Kadangkala ku merasa runsing dengan kesunyian yang ada,. Kolej yang ramai penghuni seakan sepi,. Rakan yang beribu seakan menjauhi diri ini,. Duduk di bilik mengurung diri,. Masih normalkah keadaan ini??

Rimas!!

Ya, aku lah insan yang berasal dari keluarga yang besar,. Punyai ramai teman,. Selalu ditemani rakan melewati hari-hari yang berlalu,. 

Orang lain mengandaikan aku hidup sentiasa dalam keriangan,. Sentiasa dalam keceriaan,. Dengan senyum, gelak dan tawa yang ku pamerkan,. Dengan keceriaan wajah yang sering aku tunjukkan,.

Tapi,
Aku juga insan biasa,. Adakalanya kesunyian melanda,. Adakalanya sepi menerpa,.

Ya!

Aku juga insan biasa,. Yang bisa menangis di kala duka,. Yang bisa muram tika bencana,.

Allah,.

Aku ini manusia biasa yang sering merungut di kala musibah,. Sering kali aku gagal untuk positifkan diri  mencari sesuatu hikmah,.

Aku sedar! Aku bangkit mencari kebenaran!

Adakalanya Allah sengaja memberikan kita rasa sunyi dan keseorangan,. Sebab, Allah rindu nak dengar kita menangis, mengadu dan bersujud kepada-Nya,.

Ya Allah, Kau dekatkanlah daku dengan-Mu di kala daku semakin menjauhi-Mu,.
Ya Allah, Kau limpahkanlah kasih sayang-Mu,.
Kau ampunilah daku,.

Allah, Allah, Allah,.
Ku tahu Kau selalu ada untukku,.
Rahmatilah daku,.
Terima kasih, wahai Tuhanku!

sumber gambar : rainurfatiniibrahim.blogspot.com


Tuesday, March 26, 2013

Alhamdulillah

credit : http://islamic-quotes.com

Wednesday, March 20, 2013

Blood Donation

salam and greetings~

hye peeps and readers,.
moga sentiasa dalam naungan kasih Illahi,.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,

Dengan izin-Nya, tercapai juga niat saya untuk menderma darah,.

Perhatian!!
Post ini bukan lah bertujuan untuk meninggi diri, riak, belagak dan sebagainya
Tetapi hanyalah untuk sedikit perkongsian
Buat mereka2 yang ingin menderma, tetapi ketakutan melanda,.

Tips untuk hilangkan ketakutan dan kesakitan :
  • lupakan ketakutan yg ada mgunakan cara bersembang dgn kakitangan pendermaan darah yg bertugas.
  • kalau ada rasa mabuk darah, tak perlulah mengintai beg2 darah org lain tu :)
  • semasa bakal disuntik, jgn sesekali melihat ke arah jarum tersebut.
  • ubah mind set anda dgn mengatakan 'derma darah ni tak sakit pun'.
  • yakin pada Allah,. Kita nak buat benda baik, insyaAllahh, Allah tolong :)
  • yang paling penting, ingat Allah banyak2 :)
" kalau kita dermakan duit, kita beri makanan,. jika kita derma darah, kita beri kehidupan pd org lain :)





Nak derma darah? ya, anda amatlah dialu2kan :)

Monday, March 18, 2013

bookmark oh bookmark


Bismillah,.
salam n greetings~

Fuhh, berkurun rasanya tak update blog,
Gigih meniup segala debu yang bermaharajalela dlm blog ni
:) :) :) :) :)


As promised,
nak kasi credit kt sesorang malam ni,.
Sebab telah mengajar saya membuat origami,
yang dari dulu saya tak pandai nak buat,
Origami berbentuk hati,.
Dan yang paling special lg,
Penanda buku berbentuk hati,hihi


Terima kasih ye sifu,
Sanggup ajar saya dengan gigih dan sabar,
Nanti nak berlatih lagi, biar kemas hasil kerjanya,.
Da cantik boleh la bagi penanda buku tu kt someone,
yeehaaa
*ngada*


lepas ni, nak try buat yang dwi color cmni :)


#Siapa kata junior tak boleh nak ajar senior??#
ye dak Faizul Osman??
TQ, TQ, TQ


penghias fail,.
 kalau da namanya Fini Pelangi, haruslah berwarna warni serba serbinya
:) :) :) :) :) :) :)





Wednesday, January 16, 2013

An Equation

Salam and Greeting~

Moga semua2nya baik2 belaka, InsyaAllah


Bake A Cake + Eat A Cake + Give A Cake

are equals to
( = )

Life of Engagement + Life of Enjoyment + Life of Contribution


sumber gambaq : encik google :)

Friday, January 11, 2013

Kenapa Mesti Dia?


Salam and Greetings~
Hi Peeps, moga sihat2 dan sentiasa dirahmati Tuhan sentiasa..

Jumaat : 11 Jan 2013

Allahuakbar, Allahuakbar,
Azan berkumandang menandakan telah masuk waktu subuh bagi kawasan Bangi dan yang sewaktu dengannya.. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan yang menghidupkan kita sesudah mati (tidur), dan hanya padaNya kita meminta pertolongan,. 
Bangun dengan longlai, sebab badan masih letih, mata masih mengantuk, dan geram diri ni tak boleh tidur dengan lena semalam,.

Melangkah ke bilik air dengan muka basi lagi, haha,. Tapi, orang kata, kalau nak tengok muka yg betul2 'asli', tengok la waktu lepas bangun tidur,. Tapi bagi Fini, macam takda beza pun muka bangun tidur dengan waktu jaga,. Sebab Fini memang bukan jenis yang duk menconteng2 muka dengan make up jadi warna warni seumpama warna pelangi pun, hii,. nak jugak mention pelangi kan? :) Harus lah, identiti unik tu, wink2,.

Dalam pukul 9 camtu, siap2, nak keluar jap,. Ada date? Haruslah tak, ada hal penting jap,. Da settled apa semua, pergi isi perut jap kat bakery, b4 gastrik datang menyerang lagi,. Makan2, sembang2, gelak2, usha2 org tertidur, intai2 deko hiasan rumah, Dengan gigihnya melangkah ke gedung ilmu PTSL,. ha, sapa2 student UKM yang tak tahu PTSL tu apa, meh sini nak sekeh pale tu jap, haha,. Tengahari, mata memang da mula mengantuk da ni,. Tengok orang depan, da selamat lelap da,. So,mula lah tutup buku, buat2 nak 'rehatkan' mata jap,. Tapi,..... zZZzzzZZZzzzZZZ,. selamat~

Waaa,. Tak tahu la berapa lama da terlelap ni,. Yang pasti, sempat jugak la 'termimpi',. Oh, kira hebat jugak tidur kali ni,. Sempat masuk fasa2 tidur yang lengkap dengan mimpi lagi tu,. Nasib le tak kena denda,. Tidur dalam library adalah melanggar tata susila okay,. Nampak sangat badan tak cukup rehat kan,.

Tapi, tapi, tapi, nak tahu tak siapa yang masuk mimpi td tu? Prince Charming? oh, ini bukan mimpi Cinderella,. Mimpikan suami? Oh, Fini masih belum upgrade status jadi isteri orang,. apatah lagi nak mimpikan pasal anak2,. Mimpikan Abah mama? Tak jugak,. Mereka ada dekat dengan Fini sekarang ni,. Ha, nak tahu mimpi siapa,. Enrique Iglesias,. hiccup,. Terkedu jap.. Oh, kenapa mesti dia? Langsung takda kaitan antara hidup dan matiku,. Kenal pun tak,. Apatah pernah jumpa dan jatuh cinta,. Kenapa? kenapa? kenapa? Padahal lama da tak dengar mamat ni menyanyi2 gituhh,. Adui, kalau mimpikan abah mama kan dapat pahala, lagi bagus,. Mimpikan bentuk2 soalan exam pun berfaedah la jugak,. Ni mamat yang tak pernah jumpa pun ni,. Dush2, ketuk kepala jap, apasal lah otak ni gatal sangat nak mimpi benda yang tak berfaedah, haha,.

Siapa Enrique Iglesias? Ha, mamat ni penyanyi, model dan songwriter, (Sumber, encik Wiki),. Dalam banyak2 lagu dia, Fini tahu 1 lagu je,. Taking Back My Love,. err, tu pun baru tahu, padahal da released bertahun lamanya, haha.. Nak tahu siapa dia, ha, silalah tengok video kat bawah ni,. Amaran : Video agak tak senonoh k,. Langsung takda nilai ketimuran,.

Dear otak, tolong la pilih mimpi yang senonoh sikit ye lain kali :)

Tak suka video ni,. Motif kau gaduh sampai nak campak/ musnahkan semua barang? membazir kau tahu tak?! Geram!!

#Don't You Know I'm Not Attached to Material#

( taking back my love's video clip,. Sumber: Youtube)

Kenapa Mesti Tinggal Satu?

Salam, Hi peeps:)

Alhamdulillah, Allah masih memberikan kita peluang untuk terus bernafas, untuk terus menikmati kurniaan Illahi, untuk terus mencari peluang bertaubat membersihkan diri..

Syukur Ya Allah, segala puji hanya Milik Allah! Dan sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah yang benar..

Hmm, sejak2 tiada perrhubungan dan cinta Muka Buku ni, rajin pula tangan ni nak meng'update' entry, ber'story mori' (rosak bahasa ni, maafkan Fini) dengan followers dan viewers blog Fini yang tak seberapa dan entah pape ni :) (Terima kasih, dear)

Tadi, tengah2 makan, teringat pula satu puzzle yang memang 'da lama bertahta' di pemikiranku yang kian berkarat ni, huhu,. Rasanya, bukan Fini seorang sahaja yang perasan or mengalaminya,. Pasti ada juga insan2 istimewa yang turut merasai/ mengalami peristiwa yang sama..

Ha, ni dia situasinya,. Pernah tak korg semua duduk sembang2, gosip2 dengan kawan2, then ada makan2? Tak kisah la makan kerepek keropok, buah-buahan, cakes, dan lain2 yang masih berada di dalam kategori makanan.. Sedang asyik sembang2, makan2, korg perasan tak, makanan terakhir ( yang tertinggal dalam pinggan, plastik, polistrin dan sbgainya) pasti takda sape pun nak amik,. Maksudnya, makanan yang terakhir tu mesti takda sapa pun nak habiskan,. Kenapa ye? Why, why, why? Kenapa mesti tinggal satu?

Malu ke nak habiskan? Siapa yang habiskan makanan tu kena 'cop' kuat makan ke? Semua da kenyang ke? Pelik kan? Kenapa mesti tinggal satu? 

contohnya macam ni,. Kan tinggal satu je
(sumber gambar, en.google)

Ni lg satu contoh,. hmm, tapi, kalau ni yg tertinggal, Fini da habiskan dulu da :) cupcake kot :)
(gambar ini juga disumbangkan oleh en.google)



musykil2,. Semalam, Fini tanya juga kat kwn2,. Kenapa ye benda ni berlaku? Kwn2 perasan juga benda ni terjadi, tapi, tiada siapa pun yang boleh bagi jawapan yang pasti,. Hmm, unsolved! Susah juga ye,. Yela, rasionaliti masing2 kan berbeza,. Rasionaliti itu subjektif,. Kebanyakkan kwn2 yang Fini tanya, pastinya jawap, 'tak tahu', 'a'ah, kenapa ye', 'hmm. segan kot', dll,. So, Fini pun still tak dapat jawapannya,. 

Kadang tu, sedih juga bila tengok makanan yang terakhir tu dibuang begitu saja,. Tapi, Fini ni cepat kenyang,. Memang susah la nak paksa diri makan sampai habis,. Hmm, padahal kita tak tahu berkat makanan tu ada kat mana kan,. Permulaannya ke? Pertengahannya ke? Or yang akhir2? Hmm, nampak gayanya, Fini ni kena belajar lah menghargai makanan :)
Okay lah, puzzle da diberi, cuma masih tiada jawapan yang pasti,. Kalau ada jawapan, share2 la ye :)

p/s : sila belajar menghargai apa yang kita ada,. Jangan membazir yang bukan2,. Ambil makanan ikut tahap kelaparan kita,. Ingat, membazir itu kan amalan syaitan,. uih, Fini tak nak la kawan dengan syaitan,. ha, anda bagaimana? Hingga berjumpa lagi~ :)

Tuesday, January 8, 2013

Deactivated!

Salam Peeps,.

Juz a short entry 4 diz time,.
Sila jangan terkejut k kalau perasan Fini da mula ghaib di dunia 'Muka Buku'..
Deactivated!

FB membunuh!!Tu je yang mampu Fini cakap sekarang,. Dari duk sakit2 hati dengan segala perihal di Muka Buku, membawa diri jauh2 adalah salah satu cara yang terbaik kot,.  Lagi2 musim exam sekarang,. FB bukan sahaja membunuh jiwa dan perasaan, tetapi juga turut membunuh mood study, hihi,. Mana taknya, sikit2 rasa nak 'intai2' story mory kt FB kat,. Cara terbaik, deactivated! :)

It's juz temporary,. Jangan risau2, I'll be back soon :)
Hingga berjumpa lagi, hihi,. 

p/s : pedih rupanya terasa hati dengan kawan sendiri,. Terima kasih, kawan (takde kaitan pun terasa hati dengan sbb deactivating FB tu,. Juz da takde tempat nk luah, sini pun boleh, :D )

~ someday soon ~

Sunday, January 6, 2013

Bunga Harum Di Kejauhan

Bismillah,
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!
Selawat dan salam buat nabi junjungan Muhammad SAW..

Salam & Greetings..
Hi peeps :)
Entri kali ini khas buat adik2ku tercinta
yang dirindu sentiasa, setiap ketika, setiap masa..
24/7 gitu, hihi


Adik pertama

* ayen / Nur Affandi ,21 tahun*
pemurah, 'ahlong tak berbahaya', hihi
penyelamat ketika mhadapi masalah kewangan
bagi dia, 'takda awek lg senang', bagus!
tinggi lampai
nak tahu panjang mana,. ha, panjang ni (tengok gambar)


Adik Kedua

*Baby / Nurul Shahida, 19 tahun*
Garang, tapi baik hati :)
Soal Fesyen, dia la yg paling up-to-date
Kt rumah, selalu gaduh dgn dia,
bila jauh, tahu pulak nk rindu, haha,.
Tu namanya dekat2 bau tahi, da jauh bau bunga :)
Suka beli shawl dan jam
Gila Oren!

Adik Ketiga

*Wani / Nurul Syazwani, 15 Tahun*
entah kenapa dia ni sesat sorg2 minat korea
paling ramai peminat dalam keluarga
selalu gak gaduh dgn dia ni
cita2 nak bukak spa kecantikan dan salon
pergh, dia ni kalau bersiap, macam pengantin lamanya, huhu

Adik Keempat

*Bacha / Akif Ukasyah (baju biru), 12 tahun*
paling rajin buat homework
rajin jugak tolong kakak2 dan abang dia
bagus adik ni, mandi tepat pada masanya
tapi, kalau time 'angin tak betul', janganlah kacau :)
gila bola.. 
sila jangan bagi remote tv kt dia
(alamatnya tengok Arena je la sampai malam)

Adik Kelima

* Boboy / Hafiz Adli, 10 tahun)
selalu perasan comel
katanya dia terer main bola dan akan masuk SoccerKids nnt
nakal, kuat mengusik
MATA DUITAN
tak tipu,. patut r pandai Math
manja budak ni :)

Adik Bongsu

*Nonoi / Syafiah Insyirah, 8 Tahun*
manja,
pandai dan suka melukis
mula berjinak2 dengan pemakaian tudung
anti dengan skirt pendek dan sebagainya
kalau call dia, kena jarakkan phone dari telinga
suara tersangatlah kuat dan nyaring, hahaha
ada bear yg namanya "kaklong"
hee, rindu la tu kn,.
kata dia, nnt nak belajar psikologi
sbb nk jadi doktor 'org gila' cam kaklong dia ni ha :P


adik2 ku sayang,
walau mama abah sering pening kita duk bertekak kt rumah
bergaduh sana sini

tapi percayalah
indahnya pertalian saudara ini
indahnya pergaduhan 'manja'
indahnya kita dikurniakan Mama Abah
indahnya kehidupan keluarga kita

akan makin terasa bila kita menigkat dewasa
akan makin terasa bila kita jauh dari keluaga
so, hargailah tiap detik yg ada

patutlah org kata,
dekat2 bau tahi,
bila kita jauh sendiri,

rindu itu makin menjelma,
makin terasa
makin mencengkam jiwa
:) :) :) :) :) :)


p/s :jangan nangis rindukan sy ye :)
Cinta.Hingga.Ke.Syurga
insyaAllah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com