..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Wednesday, April 17, 2013

Allah Kan Ada


Dengan Basmallah, ku coretkan tinta ini di kala kesunyian menghantui diri,.

Sunyi,. Tersangat sunyi,. Diri ini seakan-akan sendiri,. Di muka bumi Allah ini,.

Ku merasakan dunia ini kian hambar,. Di kala insan lain sedang nyenyak di kamar,. Cuma aku sendiri yang sedang gusar,.

Kadangkala ku merasa runsing dengan kesunyian yang ada,. Kolej yang ramai penghuni seakan sepi,. Rakan yang beribu seakan menjauhi diri ini,. Duduk di bilik mengurung diri,. Masih normalkah keadaan ini??

Rimas!!

Ya, aku lah insan yang berasal dari keluarga yang besar,. Punyai ramai teman,. Selalu ditemani rakan melewati hari-hari yang berlalu,. 

Orang lain mengandaikan aku hidup sentiasa dalam keriangan,. Sentiasa dalam keceriaan,. Dengan senyum, gelak dan tawa yang ku pamerkan,. Dengan keceriaan wajah yang sering aku tunjukkan,.

Tapi,
Aku juga insan biasa,. Adakalanya kesunyian melanda,. Adakalanya sepi menerpa,.

Ya!

Aku juga insan biasa,. Yang bisa menangis di kala duka,. Yang bisa muram tika bencana,.

Allah,.

Aku ini manusia biasa yang sering merungut di kala musibah,. Sering kali aku gagal untuk positifkan diri  mencari sesuatu hikmah,.

Aku sedar! Aku bangkit mencari kebenaran!

Adakalanya Allah sengaja memberikan kita rasa sunyi dan keseorangan,. Sebab, Allah rindu nak dengar kita menangis, mengadu dan bersujud kepada-Nya,.

Ya Allah, Kau dekatkanlah daku dengan-Mu di kala daku semakin menjauhi-Mu,.
Ya Allah, Kau limpahkanlah kasih sayang-Mu,.
Kau ampunilah daku,.

Allah, Allah, Allah,.
Ku tahu Kau selalu ada untukku,.
Rahmatilah daku,.
Terima kasih, wahai Tuhanku!

sumber gambar : rainurfatiniibrahim.blogspot.com


8 comments:

Azly Ahmad said...

jgn risau..azly pun mcm ni..smua org pun mcm ni..lady gaga dgn jlo xtau lah..hew3

FiNi Pelangi said...

haha,. kalau masih kat terengganu mesti best kan,. bz, tak sempat nak rasa sunyi, haha,.

Azly Ahmad said...

betul3~
kt sini sibuk ngan assignment, task..

FiNi Pelangi said...

esaimen dan task tak best,huhu

syarifah nur farhana said...

kalau terasa nak hoye2, roger je akak..bukan jauh pun ukm ngan hentian kajang tu..hehe

FiNi Pelangi said...

kak pah, akak bukan kat seksyen 7 ke? pindah hentian kajang pulak ke? :)

syarifah nur farhana said...

haah..pindah kat situ dah...opis pun kat situ je..

FiNi Pelangi said...

ofis byk kt situ,. yg mane satu? hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com