..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Friday, January 11, 2013

Kenapa Mesti Tinggal Satu?

Salam, Hi peeps:)

Alhamdulillah, Allah masih memberikan kita peluang untuk terus bernafas, untuk terus menikmati kurniaan Illahi, untuk terus mencari peluang bertaubat membersihkan diri..

Syukur Ya Allah, segala puji hanya Milik Allah! Dan sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah yang benar..

Hmm, sejak2 tiada perrhubungan dan cinta Muka Buku ni, rajin pula tangan ni nak meng'update' entry, ber'story mori' (rosak bahasa ni, maafkan Fini) dengan followers dan viewers blog Fini yang tak seberapa dan entah pape ni :) (Terima kasih, dear)

Tadi, tengah2 makan, teringat pula satu puzzle yang memang 'da lama bertahta' di pemikiranku yang kian berkarat ni, huhu,. Rasanya, bukan Fini seorang sahaja yang perasan or mengalaminya,. Pasti ada juga insan2 istimewa yang turut merasai/ mengalami peristiwa yang sama..

Ha, ni dia situasinya,. Pernah tak korg semua duduk sembang2, gosip2 dengan kawan2, then ada makan2? Tak kisah la makan kerepek keropok, buah-buahan, cakes, dan lain2 yang masih berada di dalam kategori makanan.. Sedang asyik sembang2, makan2, korg perasan tak, makanan terakhir ( yang tertinggal dalam pinggan, plastik, polistrin dan sbgainya) pasti takda sape pun nak amik,. Maksudnya, makanan yang terakhir tu mesti takda sapa pun nak habiskan,. Kenapa ye? Why, why, why? Kenapa mesti tinggal satu?

Malu ke nak habiskan? Siapa yang habiskan makanan tu kena 'cop' kuat makan ke? Semua da kenyang ke? Pelik kan? Kenapa mesti tinggal satu? 

contohnya macam ni,. Kan tinggal satu je
(sumber gambar, en.google)

Ni lg satu contoh,. hmm, tapi, kalau ni yg tertinggal, Fini da habiskan dulu da :) cupcake kot :)
(gambar ini juga disumbangkan oleh en.google)



musykil2,. Semalam, Fini tanya juga kat kwn2,. Kenapa ye benda ni berlaku? Kwn2 perasan juga benda ni terjadi, tapi, tiada siapa pun yang boleh bagi jawapan yang pasti,. Hmm, unsolved! Susah juga ye,. Yela, rasionaliti masing2 kan berbeza,. Rasionaliti itu subjektif,. Kebanyakkan kwn2 yang Fini tanya, pastinya jawap, 'tak tahu', 'a'ah, kenapa ye', 'hmm. segan kot', dll,. So, Fini pun still tak dapat jawapannya,. 

Kadang tu, sedih juga bila tengok makanan yang terakhir tu dibuang begitu saja,. Tapi, Fini ni cepat kenyang,. Memang susah la nak paksa diri makan sampai habis,. Hmm, padahal kita tak tahu berkat makanan tu ada kat mana kan,. Permulaannya ke? Pertengahannya ke? Or yang akhir2? Hmm, nampak gayanya, Fini ni kena belajar lah menghargai makanan :)
Okay lah, puzzle da diberi, cuma masih tiada jawapan yang pasti,. Kalau ada jawapan, share2 la ye :)

p/s : sila belajar menghargai apa yang kita ada,. Jangan membazir yang bukan2,. Ambil makanan ikut tahap kelaparan kita,. Ingat, membazir itu kan amalan syaitan,. uih, Fini tak nak la kawan dengan syaitan,. ha, anda bagaimana? Hingga berjumpa lagi~ :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com