..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Wednesday, June 19, 2013

Opah Ku Sayang

Bismillah..

Mula menghembuskan nafas panjang,. Sigh~

Rindu!

Rindu pada dia yang telah tiada.. Lama sudah dia tinggalkan kami,. 15 tahun begitu pantas berlalu,. Allah sayangkan dia lebih dari kami,. Aku redha,..

Bahagianya aku jika dia masih ada,. 

Inginku ku kucup lembut tangannya, inginku cium mesra pipinya,. Inginku bermanja di sisinya,. Inginku berkongsi cerita dengannya,. 

Inginku terus menikmati hidangan lazatnya,. Inginku terus dibuai belaian manjanya,. Inginku terus ada di dalam pelukan hangatnya,. Inginku terus mencurahkan kasih sayang sepenuhnya kepada dia,.

Opah,.

Begitu cepat opah tinggalkan kakyong,. Opah tinggalkan kakyong  masih kecil lagi,. Masih tidak tahu apakah itu erti sebuah kematian,. Yang kakyong tahu, opah sudah tiada lagi bersama kami semua,. Tiada lagi untuk ajar kakyong ngaji,. Tiada lagi untuk suapkan kakyong makan,. Tiada lagi untuk temankan kakyong, ayen, puteri, abg epul, abg amir, aiman main kat padang depan rumah,.

Kakyong ingat lagi,.

Tengahari tu, opah masak pengat pisang,. Kakyong nak makan, tapi dah tak sempat sebab bas sekolah dah nak datang,. Opah suruh mama masukkan dalam peti ais dulu,. Biar cepat sejuk,. Biar kakyong sempat makan,.Tapi tak sempat juga,. Pakcik bas dah datang,. Kakyong pun pergi sekolah,. Tanpa menjamah pengat pisang yang opah buat tu,.

Petang tu, bila balik sekolah, mama kata opah jatuh, warded kat Hosp.Sabak Bernam,. Masa tu langsung lupa pasal pengat pisang yang dah membeku kat dalam peti ais tu,. Beberapa hari lepas tu, abah cakap, opah dah meninggal,. Kakyong pergi rumah ayah, tengok opah dah terbaring dah,. Kakyong tak tahu apa pun masa tu,. Mama suruh duduk kat kepala opah,. Suruh cium dahi opah,. Ramai orang mengaji tepi opah,. Tapi, masa tu kakyong kecil lagi,. Tak tahu nak bacakan Yassin untuk opah,. Maafkan kakyong,.

Lepas tu, orang angkat opah, letak kat ruang dapur,. Mama kata nak mandikan opah,. 'opah tak boleh mandi sendiri ke?', tu yang kakyong terfikir,. Ramai sangat orang kat dapur,. Kakyong nampak mama nangis mandikan opah,. Kenapa? Lepas tu, orang pakaikan opah kain putih, diorang tutup muka opah,. Kenapa? Kenapa jahat sangat buat opah macamtu,. Macamane opah nak bernafas?? Lepas tu, diorang nak bawa opah pergi masjid,. Mama suruh cium opah lagi sekali,. Kakyong buat je apa yang mama suruh,. Wangi opah masa tu,. Masa tu, ramai2 angkat opah keluar rumah,. Mama kata kakyong budak perempuan, tak boleh ikut pergi kubur,. Kakyong pun duduk je la kat rumah,. Kalau lah kakyong meronta2 nak ikut sekali masa tu,. Mesti boleh tengok opah lama2 lagi,.

Sekarang,..

Cucu-cucu opah semua dah besar,. Kacak dan cantik2 belaka,. Cucu opah pun dah bertambah2,. Cicit je yang belum ada lagi,. Lepas opah tiada, ayah dan ibu tambah seorang anak,. Mama n abah kakyong tambah tiga, hihi,. Pakcu n auntie dah tambah 4 anak,. Cik kin pulak sekarang dah ada 2 anak,. Mesti meriah kalau opah masih ada,. Ayah pun dah nak bermenantu dah,. Abg Epul dah jadi tunangan orang,. Abg Amir tu dah macam tak lama lagi je nak menyunting bunga di taman orang,. Rumah mama je yang belum nampak bayang2 nak bermenantu lagi,. Hmm,. Kalau opah ada lagi, dengan bangganya kakyong nak kenalkan dekat bakal suami,. Tapi... Opah dah tiada lagi,..

Kakyong selalu cerita pasal opah dengan Cik Yam,. Cik Yam lah kawan baik kakyong sekarang ni,. Ada apa2 je masalah or benda nak cerita, kakyong mesti pergi rumah Cik Yam,. Sebab, bila kakyong sembang dengan cik yam, kakyong rasa macam sembang dengan opah,. Cik Yam nampak macam opah,. Bila Cik Yam kongsi cerita pasal opah, mesti mata dia berair,. Dia pun rindukan opah,.

Opah,.
Terima kasih,.

Terima kasih sebab lahirkan mama yang baik untuk kakyong dan adik2,.

Terima kasih sebab lahirkan pakcik2 dan makcik yang baik untuk kakyong,.

Terima kasih sebab ajar mama sampai pandai masak lauk yg sedap2 untuk kami sekeluarga,.

Terima kasih sebab izinkan mama bernikah dengan lelaki yang cantik peribadinya untuk jadi abah kakyong,.

Terima kasih untuk segala memori manis yang masih tersimpan kemas dalam ingatan kakyong,.

Terima kasih untuk kehangatan kasih sayang opah yang masih terasa sehingga kini,.

Terima kasih sebab ajar kakyong alif, ba, ta,. Asas yang buat kakyong faham isi Al-Quran,.

Terima kasih sebab selalu masakkan lauk yang sedap untuk kami,.

Terima kasih sebab ajarkan mama macam2 perkara,. Sampai apa pun yang mama ajar, mama mesti cakap, 'Opah kalau masak macam ni', 'Opah ajar buat ni macam ni', 'Opah tak bagi buat macam ni',. dan macam2 lagi,.

Terima kasih untuk kasih sayang yang melimpah ruah,.

Terima kasih sebab jadi opah yang paling hebat di mata seorang cucu,.

Terima kasih, Terima kasih, Terima kasih,.



Al- Fatihah~

Doa kami sentiasa buat Opah :)


2 comments:

Muhammad Shamirul said...

:'(

FiNi Pelangi said...

bila teringat macam ni, sedih kan? huuu,. b4 puasa ni jom gi tgok kubur opah,.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com