..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Saturday, May 25, 2013

Gadis Kecil


Gadis kecil itu mengagumkan daku 

tenang dan senyuman yang agung 
dengan sopan menolak pemberianku 
'saya tak perlu wang, pak cik, 
cukuplah kertas dan buku.' 

Usianya terlalu muda 
Jiwanya didewasakan oleh pengalaman 
tidak semua orang mencapai kekuatan demikian 
ketabahan yang unik, mempesonakan. 
Bila aku menyatakan simpati dan dukaku 
rasa pilu terhadapnya 

sekali lagi dia tersenyum dan berkata: 
'jangan sedih, pak cik, tabahkan hati 
banyak anak-anak seperti saya di dunia ini.' 

Aku jadi terpaku 
dia, si gadis kecil itu menenteramkan 
mengawal ombak emosiku 
jangan sedih melihat derita pahitnya.

(Petikan Sajak 'Gadis Kecil' - Usman Awang)

Allahuakbar,. Terasa malu yang amat besar menerpa diri ini ketika mendengar bait2 sajak ini,. Sayu di hati ini hanya Allah yang tahu,. Terasa malu apabila sy yang masih lagi mampu ini tidak menggunakan masa dengan sebaiknya untuk menimba ilmu,. Terasa malu apabila sy yang punya peluang untuk belajar ini tidak memanfaatkan peluang itu dengan sebaiknya,.

"Saya tak perlu wang, pakcik. Cukuplah sekadar kertas dan buku"

Begitu agungnya nilai sehelai kertas dan sebuah buku bagi anak kecil ini,. Begitu pentingnya kertas dan buku dalam perjuangannya untuk menimba ilmu,. Bagaimana dengan kita? Peluang menuntut ilmu terus dipersia,. Buku masih kemas tersusun di raknya,. Kulitnya masih cantik bagai tak pernah dibuka,. Peluang menuntut ilmu ini sentiasa tersedia,. Masih tidak bersyukurkah kita?

Teringat sy sebuah cerita dari Indonesia,. Lasykar Pelangi,. Ya, cerita itu cukup mampu untuk mengalirkan air mata,. Baik novel, mahu pun filemnya,. Keadaan yang serba kekurangan dan berada dalam kemiskinan menyebabkan watak2 utama yang masih lagi cilik terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dalam proses mendapatkan ilmu,. Kesungguhan mereka mempertahankan sekolah usang mereka, ketabahan mereka menghadapi pelbagai musibah, semangat mereka terus bangkit menimba ilmu, cukup membuatkan saya kagum,. 

Matahari Di Atas Gilli,. Sebuah lagi novel dari seberang yang mampu menitiskan air mata saya,. Hada, watak utama dalam novel ini merupakan seorang wanita yang cukup kuat walaupun diuji dengan pelbagai jenis masalah sekalipun,. Bermula dari sang bonda yang dianggap ibu kandungnya ternyata bukan ibunya, kematian suami yang disayanginya, sehinggalah cabaran yang terpaksa dihadapi ketika ingin membangunkan budaya cintakan ilmu dan institusi pendidikan di tempatnya,. Hada, I adore u a lot!

Mungkin ini adalah kisah2 fantasi yang hanya dicoretkan di lembaran kertas hasil daripada imaginasi novelist2 ,. Realitinya? Pasti masih ada anak2 miskin yang tidak berkemampuan untuk menikmati proses pencarian ilmu yang selesa dan sempurna,. Masih tidak bersyukurkah kita? Masih tegarkah kita mensiakan peluang yang kita ada? Tidak malukah kita pada mereka? 

Mereka miskin, tetapi sentiasa dahagakan ilmu,. Mereka tak mampu, tapi masih lagi mengagungkan buku,. 

Malu lah pada mereka!

Ambillah semangat dari mereka!

Pujuklah diri untuk dahagakan ilmu seperti mereka!

Jangan kita terus selesa di takuk yang lama!

Ingatlah, dunia global ini tidak akan selamanya sama keadaannya..


2 comments:

Faizul Osman said...

terbaik dari kakak fini!!!

usman awang itu adalah org kg saya di sedili kota tinggi... sasterawan yg sangt dikagumi... beliau sendiri pun berasal dr perkampungan nelayan... tp mempunyai cita2 yg besar sehingga menjadi pejuang satera melayu....

FiNi Pelangi said...

seriously, sajak2 beliau sangat ohsem! Adorable sgt,. 1st time dgr ni td, terus meleleh air mata, lg2 part tak nak duit, cukup sekadar kertas n buku tu,. waaa, kagum sgtttt,..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com