..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Tuesday, January 3, 2012

Bicara Tanpa Kata

Salam Ukhwah buat semua pembaca sekelian,. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca tinta-tinta, hasil nukilan jemari yang tidak seberapa di blog bisu peneman jiwa ini,.

Alhamdulillah, Allah masih lagi meminjamkan nyawa untukku teruskan kehidupan, perjalanan pengembaraan mencari redha Illahi,. sesungguhnya, telah ku meradhai Islam sebagai agama peganganku, Nabi Muhammad S.A.W sebagai Nabiku,dan Al-quran dan As-sunnah sebagai peganganku,.



Setelah hampir seminggu terlantar lesu lantaran serangan demam yang tidak kebah-kebah, rasa syukur semakin menjengah dalam diri ini,. Indah rupanya nikmat sihat itu,. Sihat itu nikmat Allah, selera makan itu nikmat Allah, cergas itu nikmat Allah, dan paling membuka mata hatiku, sahabat-sahabat itu juga nikmat Allah,. Terasa betapa bersyukurnya di kelilingi sahabat-sahabat yang begitu memahami diri ini,. Penjagaan rapi daripada Kak Ezdiani, Kak Hidayah serta Shahida Nur Iman, tak mungkin dapat daku lupakan,. 'Air kelapa n Tom yam' delivery ikhlas dari Melaka membuatkan diri rasa disayangi,. Thanks Nabilah Nasir :) ,. Delivery bubur hand made membuatkan diri rasa dihargai,. Special thanks buat kamu :D :D,.



( TERIMA KASIH DAUN KELADI )



Tidak dinafikan, kurniaan ibubapa yang memahami, penyayang serta penuh kasih sayang juga satu nikmat agung yang dikurniakan oleh Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah,. Adik-adik yang comel serta baik hati juga satu nikmat,. Alhamdulillah,. Hidupku di kelilingi kasih sayang yang tiada tandingannya,.



Sudah empat hari berlalu, kini telah menjengah ke tahun baharu,. Tahun 2012,. Dan kini daku sudah berusia 22 tahun,. Usia semakin bertambah, maka, umurku semakin pendek menuju Illahi,. Ya Allah, terlalu singkat dan pantas masa berlalu, ku mohon, Kau berikanlah kekuatan kepada ku untuk terus berada di atas jalan yang Kau redhai,.



Esok, akan bermula peperiksaan akhir bagi semester pertama tahun kedua dalam hidupku sebagai seorang pelajar jurusan Psikologi di bumi UKM,. Terasa bagai semalam ikrar pelajar baharu dibacakan,. Memikul amanah sebagai seorang Exco Kebajikan bukanlah tugasan yang mudah,. Masih terdapat kekurangan serta kepincangan sepanjang daku menjalankan tugasan ini,. Tugasan sebagai hamba Allah masih belum dilaksanakan dengan baik,. Ya Allah, kerdil dan hinanya diriku ini,.



Persediaan untuk mengadapi peperiksaan belum lagi cukup ku rasakan,. Rindu yang semakin menebal kepada ahli keluarga begitu mengganggu jiwaku,. Ya Allah, kuatkanlah semangatku,. Tingkatkanlah kesabaranku,. Jauhikanlah daku daripada bisikan syaitan yang direjam,. Aku mohon kepada-Mu Ya Allah, berikanlah kejayaan buatku, serta rakan-rakan disekelilingku dalam peperiksaan akhir semester ini,. Berikanlah kami kesihatan yang cukup, Ketenangan jiwa, serta kefahaman para Nabi sepanjang musim peperiksaan ini,. Amin Ya Rabbal Alamin,.



Kepada rakan-rakan sekelian, ribuan ampun dan maaf di pohon sepanjang perkenalan kita,. Halalkan segala ilmu, keringat yang telah kalian berikan,. Halakan segala makan dan minum,. Berdoalah untuk kejayaan bersama,. Amin,..



Mood : off to meja study,. Mood nk wt pecutan terakhir,. Esok : Pengujian Psikologi,. GOOD LUCK SEMUA :) Ma'at Taufiq Wanajjah :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com