..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Wednesday, January 18, 2012

Masa Kosong




Peringatan Buat semua :-


Masa remaja kita, masa di universiti kita seharusnya digunakan dengan sebaiknya kerana masa inilah kita mempersiapkan diri kita bagi menghadapi dunia sebenar.boleh saya katakan inilah tempat bagi persiapan terakhir kita..


Dahulu kita ada sekolah rendah, kemudian sekolah menengah, kemudian masuk matrikulasi atau STPM. Barulah kita masuk UNIVERSITI. Lepas ni, apa lagi tempat yang ada untuk kita persiapkan diri kita?


Tempat kerja yang penuh dengan tekanan dan beban? Rumah sendiri yang ada suami atau isteri yang perlu diberi makan? Atau anak-anak yang semestinya memerlukan penjaga yang hebat?



Fikirlah..

Renunglah......

Muhasabahlahh...




Adakah ini masa yang sesuai untuk kita bersuka ria?Adakah ini masa yang paling sesuai untuk kita berfoya-foya?Adakah ini membiarkan diri dewasa pada badan, tapi bukan pada fikiran?Adakah ini masa yang kita akan gunakan untuk bekalan untuk dibawa ke sana?


Sahabatku..adik-adikku..Masa inilah kita membina peribadi kita..Masa inilah kita mempersiapkan diri kita dengan ilmu dunia..Masa inilah kita akan mendewasakan fikiran, menjadi seorang yg berwawasan..Masa inilah kita pasang impian, merancang dan membuat persiapan ke arah impian-impian kita..




Akhir kata dari saya;" Remaja akan musnah kerana masa kosongnya"




* Ambil post ini dari empunyanya,. Mohon dikongsi ye :D,. THANKS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com