..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Friday, April 19, 2013

Sweet Tanpa Diabetes :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi

Moga Allah permudahkan tinta pada malam ini :)

Fenomena k-pop nampaknya semakin meluas dalam kalangan masyarakat kita,. Belum sempat fenomena Psy- Gangnam Style reda, muda mudi kita mula meralih kepada fenomena Gwiyomi,.

Owh, okay,. Saya akui saya 'lembab' sikit bab2 fenomena k-pop ni,. Tapi sungguh, sikit pun saya tak rasa rugi, hihi,. Tapi semalam tertengok la pula videonya,. haha, TER okay, tak sengaja,.



Okay, mereka sangat comel,. Saya tengok video yang dilakonkan oleh kanak2,. Oh, muka innocent mereka tu, geramnya saya tengok,.. Kenapa comel sangat ni! :)

Fenomena Gwiyomi turut melanda beberapa orang jejaka malaya di dalam kelas saya,. Ohoiii, mohon terasa ye korg,. Siapa makan cili, dia la terasa pedasnya,. Dr.Salina suruh buat role play klien-kaunselor, korg ber'gwiyomi' pulak ye kat belakang :)

Hari ini, video parodi Gwiyomi mula hit di laman 'muka buku',. Hah, nak ini lagi la comel :)

Bait2 Parodi Gwiyomi : Gi Ngoji

Syok wo mengaji dari melayan We Chat oh!
Disayang ummi abah dan juga disayang Allah
Oppah bah pesan kalau khatam quran
Akan dibelikan Tora, Dingdang,  juga kasut roda..

Kalau tak pandai ngaji camana mo (mahu) nikoh?
Nikah!
Kena ajari isteri dan anak lepas nikoh
Nikah!
Betulkan sebutan dan tajwid mereka
Baru lah suiittt (sweet) tanpa diabetes..

Listen up, listen up!
Siapa mahu comel?
Gi ngaji..
Mahu disayang Allah?
Gi ngaji,.
Mahu dicinta nabi?
Gi ngaji,.
Gi ngaji, gi gi gi ngaji!

Mahu jadi kiut (cute)?
Gi ngaji!
Mahu masuk syurga?
Gi ngaji!
Mahu dicium ummi abi?
Gi ngaji!
 Yeayyy!! 

(sumber video : YouTube Channel)

Haha, comel kan, kan, kan? Ha, pada bakal2 suami tu, tingkatkan ilmu ye sebelum menikahi seorang wanita yang anda sayangi,. Bukan ilmu tajwid untuk mengaji je,. Banyak lagi kot,. Ilmu agama, Pengurusan emosi, pengurusan kewangan, dll,. Banyak woo :)

Bakal-bakal isteri pun, jangan la nak tunggu suami betulkan tajwid semua,. Kita mengaji dari kecil kot, so, sebutan dan tajwid tu mesti da kena belajar betulkan kot sekiranya ada salah,. Kalau ada suami yang rajin nak tasmik (mendengar dan membetulkan) sebutan dan tajwid kita yang masih salah, bersyukurlah, Allah kurniakan bonus pada anda,. Ha, kaum wanita juga kena lengkapkan diri juga kot dengan ilmu yang berguna sebelum jadi hak suami dan juga ibu kepada anak2 yang dilahirkan :)  (eh, da macam kursus perkahwinan pulak ye, hihi)

Wawah, terpanjang la pulak post kali ni,. Task berlambak tengah menunggu kot,. Jom,jom, buat kerja :) Cepat siap, cepat lah boleh  tidur, boleh la bangun awal subuh nanti :)

Thanks sudi baca, hihi,. salam dan selamat malam!

p/s : tidur baca basmalah dan doa, niat nak bangun awal esok untuk tahajud dan solat subuh awal,. Bila bangun jangan lupa ucap Alhamdulillah,. Esok pagi Jumaat, penghulu hari,. Jom baca surah Kahfi ramai2,. Baru lah 'sweet tanpa diabetes' di pandangan Allah :)

4 comments:

BuDaKaLpHa said...

amboi, macam dah nk mkn nasi minyak je ni.. xD

FiNi Pelangi said...

haa, nanti balik rumah, suruh ibu masak nasi minyak ye,haha

budak said...

haahah, kami dah rasa dah ritu kat rumah. nasi minyak kaklong pelangi plk lah kali ini, xD

FiNi Pelangi said...

kalau Allah tak izinkan lagi, nak buat camane kan? rancang la macamana pun, kalau tak sampai jodoh lagi, apa pun tak jadi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com