..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Friday, April 26, 2013

Berbaik Sangka Kepada Ibu Bapa

Bismillah,. Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih diucapkan kepada kalian atas kesudian mengunjungi blog usang ini,.

Semoga kita semua dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya,.

Alhamdulillah, saya diberikan idea yang baru untuk dikongsikan di sini,. Saya telah diberikan amanah oleh pensyarah untuk membuat satu pembentangan mengenai 'Hak seorang Ibu dan AnakDalam Rumahtangga',. Tugasan yang diberikan adalah sebahagian daripada tuntutan subjek 'Wanita Menurut Perspektif Islam'..

Seusai pembentangan dilakukan, ustazah telah mengemukakan satu soalan yang berbunyi sebegini :

" Adakah seorang anak mempunyai hak untuk dikasihi secara adil oleh ibu bapanya?"

Otak saya mula ligat untuk mencari hujah yang terbaik untuk dijadikan jawapan,.

Pada pendapat saya, secara lumrah dan fitrahnya, ibu bapa melayani dan mengasihi anak-anaknya secara adil dan tidak pilih kasih. Maka, seharusnya tiada isu pilih kasih atau tidak adil dalam sesebuah institusi kekeluargaan yang sakinah. Ya, sejujurnya itulah jawapan yang saya berikan untuk menjawab pertanyaan ustazah.

Ustazah bertanya lagi bagi menghangatkan suasana,. 

" saya pernah menjalankan satu seminar yang dihadiri 40 orang ibu,. Saya bertanya kepada mereka, adakah kasih sayang seorang ibu sama atau tidak untuk semua anak-anaknya?" 

" rasa-rasanya apa jawapan kaum ibu tersebut?"

Ustazah bertanya lagi. Ustazah mula membuka undian,. Siapa di dalam kelas itu setuju bahawa kasih sayang dan layanan seorang ibu dan bapa itu adil dan saksama untuk setiap anaknya,. Ustazah juga bertanya siapa pula yang tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut?

Hasilnya, secara majoriti, rakan sekelas saya ramai memilih kenyataan bahawa seorang ibu dan bapa itu tidak adil dalam pemberian kasih sayang dan layanan. Astaghfirullah, terkejut saya bila mendengar pengakuan sebegitu.

Saya mula berfikir secara positif,. Mungkin rakan-rakan ini pernah merasakan ibu bapa mereka melebihkan adik beradik yang lain berbanding mereka,. Walaubagaimanapun, saya masih kekal dengan pendirian saya bahawa kasih sayang ibu bapa adalah sama untuk setiap anaknya.

Berbalik pada soalan ustazah  semasa seminarnya bersama kaum ibu, jawapannya adalah setiap ibu dan bapa ini adil dalam mencurahkan kasih sayang kepada anak-anaknya. Nah, sudah terbukti bukan? Seorang wanita dan seorang lelaki yang kita panggil ibu dan bapa itu adil dalam soal kasih sayang.

Bukankah Allah telah memperingatkan kita supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita? Senangkan hati mereka, sayangi mereka, layani mereka dengan kasih sayang dan layanan yang selayaknya bagi mereka. Sekiranya kalian merasai ibu dan bapa kalian tidak berlaku adil dalam soal kasih sayang, hapuskan pandangan negatif itu,. Jangan biarkan syaitan meracuni fikiran kalian,. 

Bersangka baik lah pada ibu bapa kalian!

Seorang ibu dan seorang bapa mempunyai satu naluri yang istimewa,. Allah telah titipkan naluri untuk menyayangi anak-anak dalam diri mereka,. Kita ditakdirkan lahir di dunia ini hasil kasih sayang dan cinta antara ibu dan bapa kita,. Sekiranya asal kejadian kita pun bermula dengan kasih sayang, insyaAllah, kasih sayang itu akan terus menjadi milik kita selamanya. 

Sekiranya kalian masih merasakan ketidakadilan ibu bapa dalam soal ini, cuba gunakan akal fikiran yang Allah dah berikan itu untuk mencari kebenaran,. Mari fikirkan sejenak,. Sekiranya ada adik beradik kalian terdiri daripada golongan insan yang istimewa, kurang upaya dan sebagainya,. Maka wajarlah dia mendapat perhatian yang lebih,. Mengapa perlu ada perasaan iri dalam diri? Selfish!

" Oh, mama dengan abah sayang kakyong lebih," " Oh, patutlah masak lauk special hari ni, kakyong balik rupanya"

Ini adalah contoh ungkapan yang kadangkala adik saya ungkapkan,. Alangkah bagusnya sekiranya mereka boleh berfikir saya ini anak yang tinggal berjauhan dari keluarga,. Jauh dari ibu bapa,. Belum lagi berusia 13 tahun, saya sudah mula hidup berdikari di asrama,. Belum lagi mencapai usia akil baligh, saya sudah pun berjauhan dari ibu bapa,. Sehingga kini, sudah 10 tahun saya tinggal berjauhan dengan mereka,. Wajarlah sekiranya sesekali balik tu tumpuan lebih pada saya,. Banyak cerita yang ingin dikongsi,. Masa saya di rumah sememangnya masa untuk bermanja-manja dengan mama dan babah saya,. Sekiranya masakan itu special sikit, fikirlah, naluri seorang ibu itu tahu tentang rasa air tangan seorang ibu berbeza sungguh dengan masakan kafetaria yang dijamah setiap minggu,. Berselera sungguh sekiranya dapat makan masakan ibu sendiri,. Adik-adikku sayang, bersangka baik lah pada mama dan abah ye :)

Ibu dan bapa adalah insan yang wajib kita hormati, wajib kita sayangi,. Kita juga wajib untuk melayani dan memenuhi segala keperluan mereka,. Pernah tak kalian terfikir, apakan perasaan mereka sekiranya kita bersangka buruk terhadap mereka? Sanggupkah kita mengguris hati dan perasaan mereka yang telah bersusah payah demi memberikan segala yang terbaik buat kita? Berhentilah bersangka buruk terhadap mereka,. Ibu bapa juga tidak bodoh untuk menilai seorang anak dari aspek kelebihan yang ada padanya sahaja. Setiap anak ada kelebihan masing-masing,. Setiap anak juga mempunyai kekurangan yang tersendiri,.  Ibu bapa tahu akan kebenaran itu,.


p/s : ucapkan rasa syukur kepada Allah kerana kita dikurniakan ibu bapa yang baik,. Allah telah memilih wanita dan lelaki itu untuk menjadi ibu dan bapa kita,. Ucapkan lah rasa syukur kerana mereka sanggup bersusah payah demi membesarkan kita sehingga kini,. Senangkanlah hati mereka,. Ringankanlah beban mereka,. Doakan yang baik- baik untuk mereka,. Mohonkanlah keredhaan Allah buat mereka,. Raikanlah mereka sementara mereka masih ada di depan mata,. Ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon kepada-Mu ya Allah, kurniakanlah nikmat, keredhaan dan kasih sayang-Mu yang melimpah ruah buat ibu bapa kami,. Kau ampunilah dosa-dosa mereka,. Kami menjadi saksi bahawa mereka sudah melimpahkan kasih sayang yang mencukupi kepada kami,. Mereka telah menunaikan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya Ya Allah,. Kasihanilah mereka lebih dari mereka mengasihani kami,. Amin, Amin, Amin,. Kau perkenankanlah doa-doa kami ini ya Allah,.

kakyong sayang mama dan babah kerana Allah

Ma, selamat hari lahir!
Moga Allah sentiasa redha :)
*Hugs and Kisses*

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com