..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Saturday, May 11, 2013

Encik Bubble

Bismillah, Salam n Greetings~

Entry kali ini ditaip dengan senyuman yang melebar dan hati yang riang berjimba ria, :)

Ketagihan saya terhadap Encik Bubble atau nama lainnya Encik Pearl terpaksa ditahan lantaran dek status 'khasiat'nya yang diragui banyak pihak,. Ada yang kata tak baik untuk kesihatan,. Banyak transfat la, plastik la and whatsoever,. Disebabkan saya ni jenis seorang yang sayangkan tubuh badan sendiri, maka dengan gigihnya menahan diri daripada membeli sebarang jenis produk minuman yang ada Encik Bubble ini even kadang tu kecundang juga, hihi.

Nikmat rasanya kalau minum2 tu ada benda yang boleh gigit2, haha,.mungkin keperlukan mulut ini tak dipenuhi secara psikologinya masa kanak2 dulu kot,. Masa belajar Psikologi Personaliti dulu, keadaan ini dinamakan Oral-fixated, huhu,. Mungkin juga kot, dulu masa infant, breast-fed tak cukup, sebulan je,. Makanyya, bila besar jadi seorang yang talk-active dan suka mengunyah apa jua jenis makanan, haha,. Cool~

Akan tetapi, Encik Bubble, kita tidak perlu berpisah lagi,yeayyy! Saya suka, saya suka,. Lantaran kerajinan meng' up date' keadaan terkini kakak2 saudara yang dicintai kerana Allah, saya terjumpa la resepi-mesti-jadi kat wall FB milik Cahaya Petunjuk a.k.a Kak Long Hidayah saya,. Wah2, seronok gitu, nak tiru~

Ni resepi yang dikongsikan:

- bahannya: tepung ubi (ikut suka hati sukatannya, haha), air panas, sedikit pewarna (juga ikut suka hati nak warna apa)

- cara2nya : 

  1. gaulkan tepung ubi dengan air panas dan pewarna hingga jadi doh,. Lepas tu, bentukkan doh tersebut, jadi bulat2 kecil macam pearl tu,. 
  2. Then, rebus dalam air mendidih(lebih kurang 30 minit)
  3. Sesudah itu, (lepas masak), tapiskan dan bilas dengan air sejuk (biar pearls tersebut tidak melekat)
  4. Rendam pearls dalam air gula melaka (bagi dia stay lembut and manis)
  5. Done! hihi

Berani jamin, kak long Dayah mesti kenal sungguh gambar ni, haha


kini saya boleh menikmati Encik Bubble tanpa keraguan,. Terima kasih Cahaya Petunjuk :)










0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com