..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Saturday, June 15, 2013

A Memoir of EMB


Basmallah pembuka bicara, 
moga Allah beri kelancaran idea,
Untuk terus menarikan tinta, 
bersama rindu pada yang telah tiada..


14/6/2013

Seusai tamat menjawab peperiksaan pada petang tadi, saya bergegas pulang ke kolej penginapan untuk meneruskan perjalanan ke Shah Alam - mendengar talk Dr Harlina di Forum Pedagogi Pendidikan anjuran #TFTN (teach for the needs).. Akan tetapi, Allah sahaja yang layak menentukan apa yang telah kita rancang,. Kekalutan 'blackout' di blok menyebabkan saya tidak sempat ke forum tersebut,. "Takpa, lain kali ada" - pujuk hati sendiri!

Sementara menunggu pihak berkenaan datang memulihkan keadaan, saya mencapai Samsung 'Semerah Cinta' saya untuk mengetahui keadaan dunia semasa..Ayat nak poyo je,. Padahal nak tengok fb, haha,. Ada update di salah satu group saya,. Group yang ahlinya telah saya anggap seperti keluarga sendiri di bumi UKM ini,. Adham Mahda,  incik YDP (Yang Didamba Perempuan katanya) telah post sesuatu yang mengatakan keluarga Eliza telah menjemput kami semua untuk makan2 pada 29 Jun ini,. Oh ya,. Our late Eliza!

Eliza Maria Benjamine,. Namanya kekal terpahat dihati kami, si mantan Jaksa KKM 2011/2012,. Dan saya yakin, turut terpahat dihati ribuan rakan yang lain,. Derai tawanya masih jelas kedengaran di telinga,. Senyum manisnya menambat sukma,. Sungguh,. Dia begitu istimewa!

Air mata seakan mahu mengalir tika teringatkan saat berharga bersama dia,. Sayang, pertemuan kami hanyalah seketika,. Pertemuan yang berakhir dengan kematian tak diduga,. Dia telah pergi menamatkan tanggungan deritanya,. Lantas saya cuba menangguh tangisan yang kian meronta, mengalih tumpuan pada kerja yang ada,.

Ku raih buku 'The Book of Awesome',. Mata tertarik pada satu quote : 'smiling and thinking of good friends who are gone',. Ya, kali ini bukan untuk sesi air mata,. Tetapi coretan yang penuh ceria..


Julai 2010

Minggu orentasi pelajar baru UKM telah bermula,. Eliza ditakdirkan untuk menjadi PC (Pemudahcara) untuk kumpulan saya,. Okay, orangnya lincah, agak boyish, tapi masih terserlah kecantikkannya :),. Orangnya sangat peramah dan cool,. Best dapat kenal Eliza :)

Mei 2011

Perlantikan exco baharu bagi sesi 2011/2012 KKM, UKM,. Untuk sesi akademik kali ini, saya telah diberi kepercayaan untuk bertugas sebagai Exco Kebajikan dan Kaunseling,. Organisasi kecil seramai 20 orang ini diberi amanah untuk menjaga segala urusan berkaitan dengan pelajar, termasuklah isu kebajikan, keselamatan, perlaksanaan aktiviti dan sebagainya. Perkenalan singkat telah membuahkan rasa sayang untuk bekerja dalam satu pasukan. Makin lama makin erat, semakin sukar dileraikan.

Eliza dilantik sekali lagi untuk menjadi exco,. Jika sesi akademik lepas dia menjadi Exco ICT dan Penerbitan , kali ini dia dilantik menjadi Exco Akademik,. Orang fasih bertutur Bahasa Inggeris, wajarlah diberi amanah untuk kendalikan English Speaking zone :)

Masa terus berlalu,. Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan,. Rutin kebiasaan kami adalah menjenguk bilik jaksa (bilik gerakan exco) untuk menyiapkan segala tugas yang masih belum selesai,. Di bilik itu lah kami bergurau senda, mengurangkan bebanan tugasan yang ada,. Di bilik itu kami berkongsi cerita, mengurangkan jurang perbezaan yang ada,. Di bilik itu juga kami berjenaka, membiarkan memori terus tercipta,.

2012

Eliza sering menghangatkan suasana,. Dengan lawak selambanya,. Hilai tawa tak ingat dunia,. Soalan yang bagai tak habis ditanya,. Teringat saya suatu ketika, dia bertanyan kenapa saya sering memakai stokin ke mana-mana,. 'U sejuk ke?',. Bukan, saya tak sejuk Eliza,. Saya terangkan satu persatu tentang kewajipan menutup aurat bagi wanita Islam,. "Kaki yang kat bawah, bukan org pandang pun".. Kali ini saya kena bijak menjawab tiap soalannya, menerangkan anggota badan yang menjadi aurat seorang wanita,. "Kenapa I tengok U je yg pakai, yang lain tak pun", See, tak tipu kan, dia memang banyak tanya, :)

Sejak peristiwa itu, setiap kali dia memakai seluar 3 suku, dia pasti memohon maaf kepada saya,. " haiya, saya minta maaf ustazah,. seluar pendek ni, berdosa saya",. Comel Eliza ni, pandai hormat pegangan agama lain,. 

Teringat masa Eliza didiagnos mempunyai sel kanser dalam badannya,. Dalam ketakutan, dia berlagak tenang berbicara tentang penyakitnya,. Dia bukan sahaja sahabat kami, dia juga kakak kami,. Kesusahannya, kesusahan kami juga,. Kerisauannya, milik kami juga,. Sel kanser itu terus membiak di mukanya,. Pelik,. Mulanya hanya seperti sebiji jerawat kecil yang seperti malu2 hendak tumbuh,. Makin lama dia membesar, dan rupanya dia adalah sel kanser jahat yang meragut nyawa sahabat kami,. Tidak malukah kau membiak di wajah manis sahabat kami?

Our Late Eliza Maria Benjamine


Masa terus berlalu, keadaan Eliza semakin parah,. Dia mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan membuang sel kanser yang ada,. Menjalani kimoterapi pastinya sakit baginya,. Rambutnya yang menjadi pujaan ramai semakin berkurang,. Ibunya terus memberitahu perkembangan Eliza kepada kami,. Eliza beransur pulih. Dia datang menemui kami yang selalu merinduinya,. Dalam keadaan tidak sihat begitu, dia masih boleh gelak,. Kagum!,. Sungguh dia tabah menghadapi dugaan yang mendatang,.

Semua teruja,. Nampak sangat dah lama tak jumpa Eliza :)


Hari demi hari, Eliza semakin kuat,. Boleh menjalani kehidupan seperti biasa, walaupun dalam keadaan berjaga-jaga,. Sempat lagi dia datang melawat kami,. dan sempat lagi dia memujuk YDP untuk mengadakan aktiviti memanjat Broga,. Tak pernah daki bukit tu lagi katanya,. Kuat kan? Lepas operation still nak mendaki bukit :) Nah, kami buat program istimewa untuk Eliza,. Bawanya mendaki bukit, bermandi manda di sungai,. Nakal u ni,. Sakit-sakit pun nak lasak macam orang sihat kan :)

Rombongan membawa Eliza jalan-jalan, hihi


Kuat sungguh kan U,. Kagum I :).. U terus fight sakit U tu, sampai orang tak nampak pun derita yang U tanggung,. Sakit sakit U pun still nak buat orang ketawa kan,. U tak nak orang lain risaukan U,. Bagus la U ni,. Sebab tu ramai sangat sayang dekat U :)

Tercapai hajat U nak panjat Broga :)

Cerita last yang I tahu, U da makin sihat,. So I harap U terus sihat la,. Sampai la pagi Ahad tu, Alang jumpa I n cakap yang U da takda,. Eliza da meninggal,. I rasa kosong tiba2,. Kitorang tak tahu pun U sakit balik masa treatment lanjutan tu,. Hmm, even U da takda depan mata kami, U still ada dalam hati,. Semua orang sedih dengan pemergiaan U,. sebab, U budak baik, semua orang sayang :)

Rest In Peace, Dear :)

I loved your sense of humor and your way about yourself,.

I loved how you laughed, smiled,.


No amount of usual closing rhyming couplets or fist-to-the-sky proclamations are going to bring u back,.

But i know, u're in a peaceful place and would want us all to just be happy, keep smiling and enjoy our lives as fully as we can,.

So, nice to meet u,. Thanks for the memories,.

You'll always remains in our heart,.

And you'll always be so incredibly awesome!

:)


fini pelangi,
( 3.25 a.m, 15/6/2013)




1 comments:

Farah Fauzi said...

May she rest in peace :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com