..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Friday, February 24, 2012

Kena Marah

24/02/2012

Kena Marah..
Lama dah diri ini tidak dimarahi
Tapi hari ini,
Serve me right!
berminit2 kena syarahan yg panjang
Nonstop - tak sempat nk berbicara
Hm,, terasa banyak lagi yang perlu diperbaiki..

Ya, perlu perbaiki diri sendiri..

insan yang berkenaan ;



Saturday, February 18, 2012

A Sense of Goose


Belajar Dari Angsa

Haiwan yang bernama angsa ini bukanlah mempunyai kuasa ghaib sehingga mampu terbang tanpa henti sejauh 2000 kilometer. Tetapi rahsia yang diguna pakai sejak dahulu kala hanya satu iaitu sikap bekerjasama. Dengan sikap kerjasama antara mereka, haiwan ini mampu sampai ke tempat yang dituju tanpa berhenti di mana-mana perhentian sekalipun. Apakah bentuk kerjasama antara mereka? Mari kita lihat;

  • Formasi “ V ”
Angsa-angsa ini biasanya akan terbang di dalam formasi berbentuk “V”. Oleh itu, tugas yang paling berat dalam formasi ini terletak pada burung pemimpin yang berada di bahagian paling hadapan. Ini kerana dialah yang lebih banyak mengeluarkan tenaga bagi menahan angin yang datang dari bahagian hadapan. Oleh itu, angsa-angsa yang berada di belakang iaitu di sisi kiri dan kanan menjadi lebih ringan ketika menentang angin yang datang dari bahagian hadapan.

Jika salah satu angsa keluar dari formasi tersebut, maka secara spontan ia akan merasakan angin yang lebih kuat dari arah hadapan dan akan segera kembali ke dalam formasi. Mengenai hal ini, para ilmuwan berkata bahawa dengan teknik yang digunakan maka tahap ketahanan sekawanan burung 71% lebih tinggi jika dibandingkan dengan terbang sendirian.

Walaubagamanapun, bukan hanya angsa di depan sahaja yang mendukung angsa-angsa di belakang, tetapi angsa-angsa di bahagian belakang juga saling menguatkan angsa di bahagian hadapan dengan teriakan mereka sebagai sokongan moral dari angsa yang berada di belakang. Dengan teriakan ini, maka ketua angsa akan lebih bersemangat untuk meneruskan perjalanan.

  • Matlamat yang sama
Sikap kerjasama mereka juga ditunjukkan melalui kebersamaan dalam mencapai matlamat. Angsa-angsa ini mempunyai satu matlamat iaitu kemahuan terhadap suatu kawasan yang lebih panas dan meninggalkan kawasan yang sejuk. Ini adalah sesuatu yang menarik kerana tanpa tujuan yang sama maka formasi 'V' burung-burung tersebut akan kacau bilau. Masing-masing akan bertindak sesuka hati tanpa mempedulikan apa yang terjadi pada angsa yang lain. Oleh itu, sikap satu hati menatijahkan mereka sampai ke tempat yang dituju.

  • Sama merasa
Ketua angsa sememangnya mempunyai tugas yang amat berat. Ia terpaksa mengharungi angin yang terkuat kerana ia berada di bahagian yang paling hadapan berbanding angsa yang lain. Posisi ini menuntut kekuatan tenaga dan tanggungjawab yang tinggi. Apa yang menariknya adalah apabila ketua itu tadi telah mulai keletihan, maka ia akan beransur ke bahagian belakang dan rakan angsa yang lain secara cepat akan mengambil alih tugasan tersebut. Begitulah yang akan berlaku seterusnya sehingga mereka sama-sama sampai ke tempat yang dituju. Sikap sama merasa akan kesusahan kepada ketua kumpulan mengambarkan sikap empati yang tinggi mereka terhadap rakan sekumpulan.

  • Berganding bahu
Jika dalam perjalanan yang cukup jauh itu ada burung yang lemah atau sakit, selalunya ada dua ekor burung lain yang akan mendampingi yang sakit ke bawah dan melindunginya. Mereka akan membantunya dengan memberikan semangat kepada angsa yang sakit itu sehinggalah ia sembuh atau mati. Lalu mereka akan bersama-sama meneruskan perjalanan mereka dengan kembali kepada sekawanan angsa yang lain, sehinggakan tidak pernah ada yang tertinggal atau ditinggalkan begitu saja tanpa ada yang membantu mereka.

Belajar Untuk Maju

Apa yang diceritakan di atas semestinya menakjubkan. Bagaimana haiwan kecil yang bernama angsa itu mampu terbang ke angkasa raya dan menuju ke satu kawasan yang jauh hanya dengan menggunakan satu kaca kunci iaitu kerjasama. Jika dlihat dengan teliti, kita boleh mengambil tiga pengajaran dari pekara yang diamalkan oleh makhluk kecil itu.

  • Perlunya berasa sanggup
Sebagai seorang manusia, kita boleh mengambil pengajaran dari nilai kesanggupan untuk berkorban dalam apa jua keadaan yang ditonjolkan oleh angsa. Sebagai contoh ialah dalam persaudaraan Islam, kita boleh mempraktikkannya dalam ukhwah sesama saudara seislam. Antara caranya ialah dengan mendahulukan mereka dalam pelbagai perkara. Ini secara tidak langsung meningkatkan sikap memberi sesama makhluk. Orang sekeliling kita bakal berasa dihargai dengan perbuatan itu.

Nabi Muhamad pernah berpesan kepada umatnya bahawa;

Seorang Muslim bersaudara dengan muslim yang lain. Ia tidak menganiayanya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuhnya). Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi pula keperluannya. Siapa yang melapangkan suatu kesusahan seorang Muslim, Allah akan melapangkan baginya satu kesusahan pula dari kesusahan-kesusahan yang dihadapi di hari kemudian.” (Laporan Bukhari dan Muslim)

APA YANG PENTING KAWAN2?? KERJASAMA KN :)

Dunia Tanpa Bicara

Salam dihulurkan, menyembunyikan kedukaan..

.......17 Feb 2012.......

Such a bad day..

Handphone n Lappy...

Rosak dalam masa yang sama..

DOWN!!!

Tiada komunikasi luar..

No phone call, No sms, no emails
no facebooking, no blog walking, no google searching,.

Orang kata dunia tanpa sempadan,.
Tapi sekarang, duniaku sunyi tanpa bicara

Monday, February 13, 2012

Beringatlah~


Awk ada nama?
Awak ada harta?
Awak ada pangkat kedudukan?
Awak ada ilmu?
Awak ada kecantikan?
Awak ada kekayaan?
Awak ada segalanya??
Jangan angkuh kawan,. Jangan mendabik dada,. Semuanya pinjaman dari Tuhan,. Ingatlah sentiasa~

Saturday, February 11, 2012

Mencari Hati

Carilah hatimu di tiga tempat.. iaitu,

*ketika membaca al-Quran

*ketika mengerjakan solat

*ketika duduk bertafakur mengingat mati

Jika tidak kau temui juga hatimu di tiga tempat ini, maka berdoalah kpd Allah, pinta hati yg baru, kerana hakikatnya pd ketika itu, kau sudah tidak mempunyai hati lagi..
(Imam Ghazali)

Tuesday, February 7, 2012

Jom Ubah :D


di saat akhir peredaran zaman
lahirlah Muhammad, pemimpin sejati
Pesuruh Allah
membawa obor menyuluh nyata penegak kebenaran
memimpin manusia dari serba keruntuhan
berakhirlah terkubur tragedi – buat abadi
dan bersinarlah Islam terang-menerangi
di serata pelosok – di seluruh alam.

Kini detik lahirnya Muhammad menjelang
umat Islam menyambut sejarahnya – penuh kesyukuran.

SALAM MAULIDUR RASUL,. Mari, kita selawat sama2 :)

Wednesday, February 1, 2012

MeMo

I dont mind if you wanna stay
With that smile upon your face
Hang around for a little while
Please dont drive away even for a mile

Different continents
Its not a thing
Coz i know dat we’ll be okay
Endless borders,countless days
Our love will pave the way

Coz I’ll be your wall
For you to lean on
When you fall just try to hold on
I’ll be back in your arms
Together we’ll always be
For what may come
For what may come

I dont mind if you are far away
I’ll be waiting for you anway
Under the sky of sunshine o rain
I know ‘m gonna be in your arms again


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com