..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Thursday, March 20, 2014

Saya Guru Muda

Basmallah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lg Maha Mengasihani

Moga penulisan ini diiringi redha Allah, pengisiannya bermanfaat
 dan tidak hanya diluahkan mengikut rasa hati..


Alhamdulillah, sedar tak sedar, sudah hampir tiga bulan saya berkhidmat di salah sebuah Pusat Perlindungan Wanita di Selangor. InsyaAllah, amanah yang diberikan sebagai Guru Pembimbing di sana akan dijalankan sebaik yang mungkin. 

'Mengajar di Pusat Perlindungan Wanita je?', 'ada degree takkan kerja macam tu je?' 'students semua budak juvana ke?' 'ada hati ke students tu nak belajar lagi?' 'senang ke nak handle budak nakal macam tu?' - ni antara puluhan soalan yang saya perlu jawab apabila somebody tanya habis belajar buat apa,. 

Jawapan saya : Kerja.. Mengajar di Pusat Perlindungan Wanita..

Saya akui agak besar cabarannya mengajar di sana,. Balik mengajar terjelepuk penat.  Tetapi, sy lagi penat nak menghadap soalan2 cliche insan2 tertentu yang mudah nak judge org lain sesedap hati mereka tanpa merujuk sebarang standard kepiawaian,. 

Amboi, senangnya nak mengata students saya kan,. 'Budak juvana la','budak kena tangkap khalwat la,'budak bunting anak luar nikah la', 'kaki pukul, kaki ponteng', 'perompak,penyamun', 'minah rempit', 'b**sia' dan macam2 lagi,. Sedapnya mulut mengata,. Tak fikir ke perasaan orang lain b4 nak keluarkan pendapat n anggapan merapu,. Tak baik tau,. Iya, mungkin ada segelintir mereka terdiri dari golongan itu, tapi, siapa kita nk terus menghukum dan melabel mereka seperti itu? Jika memang mereka pernah hanyut seperti itu, tapi itu dulu,. Dulu, sebelum mereka menjadi insan terpilih,. Terpilih untuk diselamatkan Allah dr terus hanyut dibuai nikmat duniawi,. Diselamatkan dr terus bebas dgn hidup jahiliyyah,.

Saya teruja bila ada kemasukan pelajar baru,. Itu bermakna, seorang lagi gadis diselamatkan untuk berlindung dan menuntut ilmu di situ,. Tatkala students sy semakin ghairah menghitung 'hari pembebasan', hari tamatnya tempoh mereka berlindung di pusat itu, sy menjadi sedih dan risau,. 'Sekolah kah mereka selepas ini?', 'Selamatkah mereka di luar sana?','Kuatkah mereka menghadapi cabaran dunia?','Mampukah mereka terus kuat menolah gelojak nafsu untuk kembali kepada kehidupan lama', dan 'mampukah mereka gigih menepis tohmahan dan stigma negatif masyarakat terhadap mereka?'.. Ya Allah, teruslah pimpin mereka ke jalan redha-Mu..

Teringat sy pada impian semasa kecil - 'Nak jadi cikgu, mengajar kat pedalaman Sabah Sarawak yang jauh dr pekan,. Pergi sekolah bersusah payah,lg best kalau kena meredah sungai dan sebagainya,. Barulah terasa nikmat susah payah seorang guru'.. Ya, setiap kali terlihat dokumentari mengenai guru yang tinggal di kawasan terpencil, sy begitu teruja untuk mengikut jejak langkah mereka,. Tentu sekali cabaran ini semakin berkurang,. Sabah dan Sarawak semakin membangun,. Prasarana yang ada pun semakin canggih,. Syabas Malaysia! :)

Tak dapat jadi guru di kawasan pedalaman pun, sy masih boleh merasai nikmat hidup sebagai seorang guru,. Ya, guru muda yang terpaksa berdepan dengan pelbagai sejarah hitam kehidupan pelajarnya, guru yang harus sentiasa bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan di dalam kelas,. Bukan mudah menjadi guru,. Apatah lagi menjadi guru kepada golongan pelajar yang perlukan perhatian dan bimbingan yang istimewa,. Akan tetapi, sy percaya kemudahan akan datang setimpal dengan keikhlasan yang kita berikan untuk mengajar,. Alhamdulillah, tugas sy untuk mengajar, semakin hari semakin mudah,.

Students saya adalah golongan istimewa,. Paling tidak mereka istimewa di mata saya,. Saya dan mereka, kami sama2 belajar,. Belajar mengenai makna kehidupan sebenar, belajar mengenai cabaran dunia sebenar,. Saya belajar mempraktikkan ilmu psikologi, ilmu motivasi yang ada,. Saya yakin, mereka tidak hanya memerlukan ilmu pengetahuan, tetapi mereka perlukan kasih sayang, perhatian serta motivasi dan dorongan untuk mereka terus gigih berdiri menuju landasan Tuhan,. 

Ya Allah, berkatilah hidup mereka,. Titipkan semangat yang jitu dalm diri mereka untuk terus belajar dan kuatkan istiqamah mereka untuk tidak kembali kepada kehidupan yang lama,. Permudahkanlah urusan kehidupan mereka, Kau ampunilah dosa-dosaku, Kau ampunilah dosa anak didikku, Kau ampunilah dosa kedua ibubapa mereka,. Limpahi kami dengan limpahan kasih dan keberkatan dari-Mu,. Amin Ya Rabb..

Saya guru muda, dan saya berbangga dengan kerjaya saya :)


2 comments:

Unknown said...

Congrats. Think +ve as you can. :)

FiNi Pelangi said...

thanks wan,. akan terus berusaha untuk positif dengan students yg ada,. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com