..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Friday, April 29, 2011

Mutiara Perkahwinan


Salam buat pembaca sekalian,. Terima kasih kerana sudi bertamu di blog bisu ini,. Entry ini ditulis, bukan bertujuan menunjukkan kegatalan, mahupun ketidaksabaran untuk berumahtangga,. Sekadar perkongsian mengenai betapa indahnya perkahwinan yg berlandaskan keimanan pada Yang Maha Esa,.

Sumber dipetik dr karya penulisan Muhammad Ali Qutb,'Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam'.. Ini merupakan pesanan Ummu Hakim kepada puterinya di mlm perkahwinannya,. Hayatilah pengajaran pesanan berharga ini,. Moga kita menjadi seorang isteri yg sentiasa disayangi oleh suami,. InsyaAllah,.

" Anakku, engkau akan meninggalkan suasana tempat engkau dilahirkan,
engkau akan meninggalkan sarang tempat engkau dibesarkan dan berpindah ke sarang lain yang belum pernah engkau kenal."


" Engkau memperolehi teman hidup yang belum biasa menemanimu. Ia menjadi berkuasa ke atas dirimu dan menjaga kehidupanmu. Kerana itu hendaklah engkau dapat menempatkan dirimu sebagai hambasahaya baginya, dan dengan demikian ia akan menjadi budak bagimu."


" Anakku, perhatikanlah beberapa sifat utama yang ku pesankan kepadamu, kerana hal itu akan menjadi bekal atau simpanan yang baik bagimu :


1) Temanilah suamimu dengan cara hidup sederhana, merasa cukup dengan apa yang ada, dan bergaullah dengan baik dan patuh.


2) Jagalah dirimu di hadapan matanya dan depan hidungnya agar engkau tidak kelihatan buruk dalam pandangannya, dan jangan sampai ia mencium bau yang tidak sedap dari badanmu. Bercelaklah kerana celak merupakan hiasan terbaik. Ketahuilah bahawa air adalah pengganti terbaik minyak yang tidak engkau punyai.


3) Perhatikanlah dengan baik waktu makan suamimu dan jagalah ketenangan di waktu ia sedang tidur, kerana rasa lapar akan menimbulkan kemarahan dan tidur yang terganggu biasanya juga membangkitkan kemarahan.


4) Jagalah keamanan rumahnya dan keselamatan hartanya serta peliharalah kehormatan suamimu dan hormatilah angota-anggota keluarganya. Sebab dengan menjaga keselamatan harta bendanya engkau akan mendapat penghargaan, dan dengan menghormati anggota-anggota keluarganya engkau akan mendapat perhatian yang baik.


5) Jangan sekali-kali engkau membicarakan rahsia suamimu dengan orang lain dan jangan pula engkau menentang perintahnya; kerana jika engkau menyebarkan rahsianya engkau tidak akan jujur terhadap dirimu, dan jika engkau menentang perintahnya ia akan marah kepadamu.


6) Janganlah engkau gembira di saat ia sedang merasa sedih, janganlah pula engkau kelihatan sedih bila ia sedang bergembira. Sebab yang pertama itu menunjukkan kependekan fikiranmu sedang yang kedua dapat mengeruhkan fikirannya.


7) Jadilah engkau orang yang paling menghormati suamimu, ia pasti akan menjadi orang yang paling besar memberikan penghargaan kepada dirimu. Jadilah engkau orang yang paling mudah menyetujui pendapatnya, ia tentu akan menjadi orang yang paling lama menemani hidupmu.




" Ketahuilah engkau tidak akan dapat memperolehi keinginanmu sebelum engkau mengutamakan kesukaannya daripada kesukaanmu sendiri dan lebih mengutamakan kesenangannya daripada kesenanganmu sendiri, baik dalam hal-hal yang engkau sukai mahupun yang engkau tidak sukai. Semoga Allah menunjukkan pilihan yang baik bagimu."

Saya Hanya Insan Biasa

Salam pembuka bicara buat semua pembaca,. Moga sentiasa di bawah naungan kasih Illahi,. Pelbagai perasaan bercampur baur di dalam hati,. Hendak diluahkan, tiada lg yg sudi mdengar semua celoteh diri ini,. Hanya sebuah blog bisu menjadi peneman hati,.

Ketika entry ini ditulis, entah berapa banyak air mata mengalir,. Laju, tanpa henti,. Bukan ingin meraih simpati, sekadar meluahkan isi hati,.

Benar, sy hanyalah insan biasa,. Sy bukanlah puteri pak kiai, sy bukanlah anak menteri,. Bukan juga bketurunan di raja,. Ya, sy hanya insan biasa,. Seorg insan yg digelar FiNi Pelangi,.

Saya ingin berbaik dengan semua org,. Saya ingin memuaskan hati semua pihak,. Saya ingin menggembirakan kehidupan seseorang,. Tp, sungguh, saya tak mampu,. Saya hanya insan biasa,.

Biarpun sedang menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswi, tapi saya belum mampu bertindak matang,. Saya masih kebudak2kan,. Ya, saya akui,. Saya belum mampu menjadi seorang remaja berintelektual yg kreatif pemikirannya, serta tajam dan bernas buah fikirannya,.

Apatah lg untuk menjadi isteri orang,. Saya belum bersedia,.Saya belum mahir memasak,. Belum mahir menguruskan hal rumah tangga,. Dan sy jg belum mampu menjadi seorang isteri yg sentiasa menggembirakan hati suaminya,.

Saya hanya insan biasa,. Yg sering tersepit antara dua pilihan,. Antara pengorbanan dan tanggungjawab,. Saya mmg belum matang untuk menilai pro dan kontra sesuatu perkara,. Saya jg belum mampu membuat keputusan yg paling relevan,.

Saya memang insan biasa,. Ingin hidup gembira sentiasa,. Tp, andai saya jatuh cinta, itu mmg benar,. Andai saya menangis, air mata itu juga adalah benar,. Kasih sayang serta air mata saya bukanlah lakonan semata-mata,. Itu benar, saya maksudkannya,.

Maafkan saya andai ada pihak yg terasa,. Saya hanya insan biasa yg tak mampu puaskan hati semua pihak,. Tapi, bukannya saya tak cuba untuk lakukan yg terbaik,. Saya telah mencuba sedaya yg mungkin,. Saya mohon berjuta kemaafan,. Saya memang manusia biasa,.

Thursday, April 28, 2011

Nilai Sebuah Persahabatan.

Entry ditaip dimulai dengan bacaan basmallah,. Mohon kelancaran idea daripada Yang Maha Esa,. Entry ini ditujukan buat sahabat2 yg sentiasa setia dengan sahabatnya, sentiasa menghulurkan bantuan buat sahabatnya,.

Sahabat itu adalah pendamping hidup kita,. Sahabat itu penghibur di kala duka,. Sahabat itu penawar ketika duka,. Sahabat itu juga penolong di kala hampa,.

Antara kekasih dan sahabat, manakah yg perlu didahulukan?? Persoalan yg acapkali bermain di benak seorang insan,.

Sahabat, kita berkawan atas nama keikhlasan,. Atas landasan kejujuran,. Atas kasih dan kesetiaan,. Dan, kepercayaan sepenuhnya diberikan kepada seorang sahabat,.

Kekasih, tersemai kerana satu janji setia,. Berlandaskan kesatuan hati,. Bercinta kerana lahirnya sayang yang tidak bertepi,. Dan ingin bersama sehidup semati,.

Sahabat, tawanya itu bukan kepuraan,. Sedihnya bukan menunjuk-nunjuk,. Bimbangnya kerana hati terasa bersama,. Risaunya kerana kasihnya nan abadi,.

Kekasih, adakalanya hatinya menjauh,. Ada ketikanya penuh prasangka,. Adakalanya ingin dibelai dan bermanja, Dan sememangnya perlu dijaga,.

Sahabat, selagi namanya sahabat, silapmu akan dimaafkan,. Rajukmu dihiburkan, sakitmu dirawatkan,.

Antara kekasih dan sahabat, terdapat begitu banyak perbezaannya,. Hidup tanpa sahabat, umpama kiamat sudah dunia,. Tetapi, hidup tanpa kekasih, masih lg boleh ceria dipenuhi warna,. Sahabat itu sudi bersama hingga ke akhir hayat,.

Pesanan buat yg telah ku pilih untuk menjadi kekasih yg halal kelak:



  • Dahulukan sahabatmu kerana daku belum mampu berikan kasih yg sedalam mereka,.




  • Jangan puji daku lebih dari sahabatmu kerana daku belum mampu menghulurkan pertolongan sehebat mereka,.




  • Kasihi sahabatmu lebih dariku kerana daku belum mampu menjagamu ketika sakit, kerana daku belum halal menyentuhmu,.




  • Jangan sia2kan sahabatmu, kerana mereka ada waktu yg lebih untukmu berbanding daku,.




  • Jangan berhenti mengasihi sahabatmu, kerana ketika ini, mereka lebih berharga untuk dirimu,.




  • Jangan melupakan mereka, kerana terlalu banyak kenangan dirimu bersama mereka berbanding denganku,.




  • Hargailah sahabatmu, kerana daku tak mampu menolongmu ketika dirimu dalam kesusahan,. Ketika motormu kehabisan minyak,. Ketika keretamu rosak ditengah jalan,.




  • Sayangilah sahabatmu lebih daripadaku, kerana kasih yg terjalin antara kalian lebih diredhai oleh Yang Esa berbanding cinta kita yg masih belum halal di mata dunia juga akhirat,.




  • Sekiranya dirimu tersepit di antara daku dan mereka, dahulukan mereka, kerana daku belum sehebat kasih sahabat2mu,.




  • Ingatlah pesanan Saidina Ali r.a, 'Selemah2 manusia ialah yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia2kan sahabat yang telah dicari',.




  • Usah memujukku sekiranya daku cemburu dengan mereka,. Biarkan daku terus begitu, sehingga daku menjadi yg halal untuk dirimu,.










    1. Jutaan terima kasih diucapkan pada sahabat2 yang setia di seluruh dunia,. Moga kasih Illahi sentiasa menaungi hidup kalian,.

      Sunday, April 24, 2011

      Anak Kecil Itu Hartamu


      Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani daku mulakan penulisan kali ni,. Salam buat semoga pembaca,. Sekalung penghargaan buat yg sudi membaca setiap entri blog ini,.

      Anak Kecil Itu Hartamu,. Ya, anak itu adalah harta yg paling bernilai,. Tercipta atas dasar kasih dan cinta yg begitu mendalam,. Tapi, mgapa masih dipersiakan??

      Sayang anak di tangan2kan?? Tp, nk memukul anak pun ada caranya,. Bukannya main lanyak cam kain buruk,. Anak kecil itu ada deria rasa yang sempurna,. Pastinya dia merasakan kesakitan yg amat sangat,. Tambahan pula, yg memukulnya itu adalah ibunya sendiri,. Wanita yg mengandung dan melahirkannya,. Tergamaknya seorang ibu memukul anaknya tanpa belas kasihan,. Da tu, hanya kerana sekeping not merah bernilai RM10,. Tidak berbaloi langsung,.

      Ini kisah benar,. Tiada tokok tambah atau tambahan penambah perasa penyedap halwa telinga,. Semalam, saya melihat seorang anak kecil berbasikal biru,. Dia ulang-alik, berpusing-pusing sambil matanya meliar ke tanah,. Dalam hati tertanya2, apakah yg dicari anak kecil itu,. Mukanya kelihatan gusar dan gelisah,. Mengapakah??

      Akhirnya, mengambil keputusan untuk bertanya dengannya,. 'Cari apa, dik??', Pertanyaan diajukan,. 'Duit, sepuluh ringgit', ringkas saja jawapannya,. 'Hilang kt mana?',. 'tak tau,. Mak suruh cari smpi jumpa',. Dalam hati bermonolog,. Hanya kerana sepuluh ringgit, anak itu mencari seluruh taman perumahan,. Sampai merah2 muka dan badannya memusing untuk mencari not rm10 itu,. Cuaca memang panas semalam,. Dalam jam 2 ptg camtu,. Paling menyedihkan, pipi si anak kecil itu jelas berbekas kesan 'tamparan' dari ibunya,. Belakang badannya pula bergaris2 seperti kesan rotan,. Berbaloikah ibunya melakukan seperti itu?? Hanya kerana sekeping kertas bernilai rm10 yg hilang itu,. Tidakkah si ibu kasihan pada anaknya itu?? Terseksa jiwa anak kecil itu mungkin,. Apalah yg dia tahu,. Hanya mampu menerima makian, tamparan serta rotan dr ibunya sendiri,.

      Bagaimanakah kehidupan anak kecil itu seterusnya?? Bagaimanakah pula kendirinya di masa hadapan?? Adakah dia pula akan berkelakuan seperti itu dengan anaknya?? Mungkin terjadi, kerana, tindakan bermula berdasarkan pengalaman lalu,.

      Anak itu adalah harta,. Anugerah yg paling berharga,. Sayangilah dia seadanya,. Ajarilah dia dengan didikan agama serta pendidikan yang sempurna,. Jgn jadikan rumah seperti neraka baginya,. Ingatlah, 'anak kecil itu adalah hartamu',. IT SHOULDN'T HURT TO BE A CHILD,.

      Friday, April 22, 2011

      Ketika Isterimu Menangis


      Salam buat pembaca sekelian,. Sedikit coretan buat suami2 di luar sana,.

      SUAMI: KETIKA ISTERIMU MENANGIS, GENGGAMLAH ERAT TANGANNYA,.



      Jika isteri menangis di hadapanmu,
      hargailah ia sebelum terlewat,.

      Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
      Itu bereti dia tidak dapat menahannya lg,.
      Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu,.
      Jika kau biarkan dia pergi, dia tidak akan kembali mjadi dirinya yg dulu, selamanya,.

      Seorang isteri tidak akan menangis dgn mudah, kecuali di depan insan yg dia sangat sayangi, dia akn mjdi lemah..

      Seorang isteri tidak akan menangis dgn mudah, hanya jika dia sgt menyayangimu,. Dia akan menurunkan rasa egonya,.

      Wahai suami2,
      Jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian,.
      Kerana dia adalah org yg akn tetap bersamamu spanjang hidupmu, disaat kau terpuruk terlalu dalam,. Disaat kau tewas dalam kehidupan,.
      Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jgn menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau akan merosakkan kehidupannya,.

      Saat dia menangis di hadapanmu, saat dia menangis keranamu, lihatlah jauh ke dalam matanya,. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan sakit yang dirasakannya keranamu??

      Istimewanya seorang isteri kerana:

      Disebalik KELEMBUTANNYA, dia memiliki KEKUATAN yg bgitu dasyat,.

      TUTUR katanya adalah KEBENARAN,.

      SENYUMANnya adalah SEMANGAT bg org yg dicintainya,.

      PELUKAN DAN CIUMANnya bisa mberi KEHANGATAN buat ank2nya,.

      Dia TERSENYUM melihat temannya tertawa,.

      Dia MENANGIS melihat kesengsaraan org2 yg dikasihinya,.

      Dia mampu tersenyum ketika bersedih,.

      Dia sgt GEMBIRA melihat KELAHIRAN,.

      Dia begitu sedih melihat kematian,.

      Titisan air matanya membawa PERDAMAIAN,.

      Tp, dia sering dilupakan oleh suaminya tntang 1 hal,.

      Bahawa 'betapa berHARGAnya dia'

      Begitu berHARGA,. Dan sangat berHARGA,.


      Sekali isterimu jatuh cinta, dia akan terus mencintaimu, kerana kamu, adalah suami yg dia telah pilih untuk mendampingi serta membimbing hidupnya,.

      Thursday, April 21, 2011

      IQRA' = BACALAH..


      Salam buat semua,. Sedikit perkongsian ilmu pada petang ini,. Tajuk yang mudah : Iqra'= bacalah..

      Kwn2, nk tahu tak reaksi syaitan bila kita membaca Al-quran??
      Da tau, kongsi2 dgn kwn2 lain ye, (share2 la ye),.

      Kongsi2.. jgn simpan sorang2 sbb kalau simpan, dgr ckp syaitan la tu,.



      1)Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..

      2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.

      3)Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.



      4)Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang

      5)Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke.

      Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke .

      Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !”

      SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan.



      Wallahualam..




      .

      Wednesday, April 20, 2011

      Jgn meniru lg,.

      Salam,. hye there,. Entry kali ini related wif da previous post (Dilarang Meniru!),. Jom baca lg sal isu tiru meniru ni,.

      Tiru meniru cm da jd satu trend kn tyme exam,. Apa yg dilarang, tu juga la yg kita nk buat,. Mmg la tension bila kita tak dapat jwab soalan peperiksaan dgn baik,. Tp, meniru bknlah jln pintas yg terbaik,. Repeat again: BKN JLN YG TERBAIK,.

      Fine, mmg la kadang2 yg meniru tu tak kantoi,. Licik dan pandai,. Tp, insan2 yg meniru tu, penah tak terfikir perasaan kwn2 sekelas, or sekuliah yg lain?? Mereka berhempas pulas menimba ilmu ntuk mendapatkan gred yg baik, tp kalian yg mdapat jwpn dr cara yg salah ni dpt mrkah lebih tggi drpd mereka,. So annoying kn?? So, lps ni, hindarkanlah diri kalian drpd meniru,.

      Okay, sy juga manusia biasa,. Pelajar biasa,. Penah juga punya keinginan ntuk meniru dlm peperiksaan bila tak dpt selesaikan soalan tertentu,. Syaitan tu jahat kn?? Suka2 dia je nk goda sy ntuk meniru,. Tp, sy punya prinsip: Biar tak dapat jwb, biar mrkh rendah, yg pnting, buat sndiri,. Kalau tak dapat jwb dgn baik, itu bmakna sy masih lemah dlm mmahami subjek tersebut,. Perlu tgkatkan usaha dgn lebih gigih,. Kalau tak dpt apa yg diimpikan, mmg la sedih,. tp, pdn la muka sy,. siapa suruh tak blaja btul2,. Mulut ada, tak reti nk btanya,. Kaki ada, tak reti nk mnapak k bilik guru/lcturer ntuk btanya,. So, kalau dpt mrkah ckit pn tak kesah, sbb, tu hasil usaha sy sndiri,.

      So, sy ingin mohon sejuta kemaafan pd yg menanyakan jwpn pd sy, kerana, sy tidak akan pernah mbantu kalian di dlm dewan peperiksaan,. Sy mmg kedekut dlm exam hall,.

      Pada yg pernah meniru, bertaubat lah ye,. Jgn meniru lg,. sebab, kita kn umat Islam, blaja untuk keredhaan Illahi,. Kalau masa periksa kita men tiru2, berkat ke ilmu tu?? Allah tu Maha Melihat ye kwn2,.



      Jgn berfikiran seperti ini ye:


      -tak semua girls pandai okay,. Kalau tak study, sama gak tak pandai,.


      -ilmu letak tak tapak kasut?? tak patut kn kwn2.. ish3,.


      -Ni lg la tak patut, duk meniru rmi2,.

      Jln terbaik nk elakkan diri dr bnafsu untuk meniru: Blaja rajin2,. Fahamkan apa yg tak faham, n Study la dr awal,. Jgn tggu hingga saat terakhir,. Wish u all da bez :):),. Maaf andai ada yg terasa ye,. Ini hanya pesanan semata2,.

      Dilarang Meniru!

      Salam untuk semua,.Sedikit pengisian sempena dengan musim peperiksaan yg sedang berlangsung ini..


      Mufti Diyar Misriyyah Syeikhuna 'Ali Goma'a Hafizahullah apabila ditanya oleh murid beliau.. maka jawabnya perbuatan meniru di dalam peperiksaan adalah haram berdalilkan hadis Rasulullah SAW :


      "Sesiapa yg menipu kami maka dia bukanlah drpd golongan kami"


      Peperiksaan merupakan amanah kepada kita..amanah kita dengan diri sendiri, amanah kita dgn ibubapa, amanah kita dgn guru, dan yg plg utama amanah kita dgn Allah.. Cuba bayangkan jika kita mendapat pekerjaan dari hasil kita meniru di dalam peperiksaan dahulu..kita bg anak isteri kita makan.kita bg mak ayah kita..sedangkan hasil yg kita dapat di atas jalan kezaliman kerana kita mengambil hak org lain yg sepatutnya mendapat pekerjaan tersebut berdasarkan penilaian akademik yg sbnr..adakah rezeki yg kita dapat adalah HALAL?? Ingatlah sabda Nabi SAW yang bermaksud :


      "Tidak ada iman bagi sesiapa yg tidak ada amanah pada dirinya"


      Dan tidak amanah atau khianat ini merupakan satu ciri dari 3 ciri org yg munafik yg diterangkan di dalam hadis yg diriwayat dr Abi Hurairah R.A ; "Ayatul munafiqi thlasah, iza haddasa kazaba waiza wa'ada akhlafa waiza'tumina khaana" "Tanda2 atau ciri2 org yg munafik ada tiga :
      1) bila bercakap dia berdusta
      2)bila berjanji dia mungkiri
      3)bila diberi amanah dia khianati
      Biarlah result kita rendah asalkan BERKAT.. brp ramai yg mndapat result cemerlang tetapi masih menganggur dan berapa ramai yg hanya berkelulusan SPM tetapi mendapat pekerjaan yg setimpal dgn kelulusannya??fikir2kan dan renung2kan.. Kata org tua2 "Kalau sedikit tetapi berkat ia akan mengcukupi tapi walaupun byk kalau tidak berkat tdk akan cukup selama2nya"..


      Sumber dr sni: (iluvislam)

      Monday, April 18, 2011

      Kisah yang semakin dilupakan

      Salam buat semua,. Post ini adalah hasil perkongsiaan karya Tasneem Hidayah,. Credit to her,. sy da minta izin okay,.

      Kisah seperti ini semakin dilupakan,. Jom citakan balik pada adik2 kita,. Mgkin pada ank2 n generasi seterusnya pd masa akn dtg,. InsyaAllah,. :):)

      Kisahnya begini:

      Abu melihat di cermin.. lalu menitiskan air matanya mengenang ejekan - ejakan kawan - kawan di sekolah.. "Abu..kau ni dah lah hitam..rongak..tak ada gigi.. macamana kau nak makan? pakai gusi ke? hahahaha" kali ini Abu tidak mampu lagi menahan rasa marahnya.. melihat ke sudut tangga, dicapainya kayu..dengan penuh dendam ingin dipukul sahaja kawan - kawannya..tetapi loceng sudah berbunyi.. perhimpunan akan bermula sebentar lagi.. guru disiplin sudah berdiri memerhatikan setiap seorang murid..lantas kayu itu dicampaknya..berbisik sendirian " ahh.. sudah lah.. terimalah hakikat..kau memang hitam..kau memang rongak..tiada guna terus - terusan menyimpan dendam" Abu sugul sepanjang hari..setiap kali cikgu bertanya soalan kepadanya..hanya senyuman tawar yang dibalasnya..memastikan senyuman itu tidak menampakkan giginya yang ompong..kerana tidak sanggup mendengar bisikan - bisikan " eh.. dia tak ada gigi lah..kekekekeke", " kasihannya.. kulit gelap, gigi rongak mcm ugly duckling".. .................................................................................................................................................... Abu menghempas begnya di atas sofa rumah.. lalu dilihatnya gambar kedua arwah ibu dan bapanya.."bagaimana wajah ummi dan abi yang sungguh cantik..bisa melahirkan aku yang sungguh gelap" ..nenek Abu menyapa lamunannya itu.."cucu nenek mesti lapar, nenek dah masak daging goreng USA hari ini" Abu merenung tajam pada neneknya, dari rambut turun ke kening..turun ke hidung.. akhir sekali ke barisan gigi nenek.. lantas dengan spontan dia bertanya " nenek!! nenek lagi teruk dari Abu.. gigi langsung tak ada..nenek kunyah pakai gusi ke daging itu?" nenek ketawa dan menjawab " Abu sedih kerana gigi Abu patah akibat kemalangan tempoh hari?" Abu mengangguk lemah.. " kawan - kawan Abu semua gelakkan Abu.. sekarang Abu dah tak boleh bercakap dengan siapa- siapa..kalau Abu ni 10 tahun ada harapan la nenek nak tumbuh lagi..ni dah 17 tahun..mana boleh nenek,harapkan duit simpanan nak pakai gigi palsu nanti" nenek senyum dan menyambung bicaranya " Abu.. Abu lupa ya kisah Abu Ubaidah Ibnul Jarrah, kisah Bilal bin Rabah yang ummi dan abi selalu ceritakan waktu Abu kecil dahulu?" .................................................................................................................................................. Abu sedih kerana kehitaman wajahnya..sedang sebenarnya belum ada perempuan yang layak untuk mendapat ciintanya.. hanya perempuan yang berilmu dan beriman akan menghargai cerita Bilal Bin Rabah..walaupun hanya sebagai budak belian yang berkulit hitam tapi kedudukannya di sisi Allah lebih tinggi..kisah dan peribadi Bilal bin Rabah sangat hebat,malah jauh lebih hebat dari artis- artis pojaan..senyuman terukir di bibir Abu..Allhamdulillah, wajahku yang hitam akan selalu mengingatkan aku agar aku mencontohi Bilal Bin Rabah.. ................................................................................................................................................. Dahulu Abu malu menjadi "si ompong".. ketika bersiar- siar di taman.. dia melihat seorang kanak - kanak sedang menangis..dia menghampirinya lalu bertanya " wahai adik ku yang manis, kenapa menangis?" kanak - kanak itu lantas terus tertawa melihat gigi Abu yang rongak.."gigi abang pun rongak macam saya,hahaha" Abu turut sama tersenyum dan tertawa, tangannya diletak di bahu kanak - kanak itu.." abang ada cerita best tentang gigi rongak ini, lepas dengar ni adik jangan sedih sebab gigi adik rongak lagi ok?" kanak - kanak itu menumpukan perhatian kepada cerita Abu.. Abu bakar As-shiddiq menceritakan ... "di waktu perang Uhud,RasulAllah S.A.W ditimpa anak panah hinga dua buah rantai masuk ke kedua belah pipinya bahagian atas, saya segera berlari mendapatkan RasulAllah S.A.W...kemudian ada seorang yang datang bagaikan terbang dari arah timur..maka kataku " Ya Allah moga - moga itu merupakan pertolongan " tatkala kami sampai kepada rasulAllah S.A.W, orang itu merupakan Abu Ubaidah yang telah mendahuluiku ke sana serta katanya " Atas nama Allah, saya minta kepada anda wahai Abu Bakar agar saya dizinkan untuk mencabutnya dari pipi RasulAllah S.A.W....!" Saya pun membiarkannya, maka dengan gigi mukanya Abu Ubaidah mencabut salah satu rantai baju besi penutup kepala RasulAllah sehingga ia terjatuh ke tanah dan bersamaan dengan itu jatuhlah pula sebatang gigi manis Abu Ubaidah..kemudian ditariknya pula mata rantai yang kedua dengan giginya yang lain hingga sama tercabut" Abu melanjutkan ceritanya... Abu Bakar As-Shiddiq dan RasulAllah SAW amat terharu melihat kesetiaan dan pengorbanan Abu Ubaidah. Betapa sayang dan cintanya pada RasulAllah sehingga rela giginya hilang.. sejak itu dikalangan kaum muslimin, Abu Ubaidah dikenali sebagai si ompong kerana kedua gigi atas dan gigi bawahnya telah hilang.. Kanak - kanak itu terus melompat dan gembira " abang, kalau macam tu..tak apa lah.. saya tak kisah gigi saya rongak.. sebab Abu Ubaidah yang dijamin masuk syurga pun rongak!!" ..Abu senyum.." Gigi tu pun nikmat dari Allah.jangan sedih kalau gigi adik tak ada sekarang, nanti inshaAllah boleh tumbuh lagi" kanak - kanak itu terus berlalu dengan riang.. ............................................................................................................................................... Pakar kecantikan boleh bercerita tentang Bilal Bin Rabah bila orang asyik nak wat bleaching kulit.. Pakar gigi boleh cerita tentang Abu Ubaidah bila budak2 takut nak cabut gigi...ibu bapa boleh pujuk anak- anak dengan kisah-kisah sahabat.. ini semua hidden story yang dah dilupakan.. .


      Tinta empunya blog: Kita dilahirkan untuk menjadi Khalifah di muka bumi Tuhan,. Itu amanah yg kita telah cipta di awal penciptaan kita,. Mungkin dengan cara menceritakan kisah2 sahabat boleh menjadi tauladan pada generasi muda dalam mengharap redha Illahi,. Moga diri kita sama2 dikurniakan kecekalan hati dan keteguhan iman dalam usaha melaksanakan amanah Tuhan,. InsyaAllah,. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta kaum kerabat baginda,. Tidak dilupakan, para sahabat yg senantiasa di bawah naungan kasih Illahi,. Moga kita juga begitu,. InsyaAllah,.

      Wednesday, April 13, 2011

      One Litre of Tears

      Bismillahirrahmanirrahim.. Salam ntuk semua pembaca,.

      Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.


      Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"

      Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

      "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

      Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.

      "Nak, kau memang tak akan mengerti"

      Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"

      "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.

      "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

      Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

      "Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
      Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

      "Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

      "Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

      "Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

      "Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

      "Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

      "Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

      "Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

      P/S: So, biarkan daku menangis,.

      Sunday, April 10, 2011

      Exam is juz aroud the corner,.


      Salam Imtihan buat semua..


      Juz a short entry 4 diz tyme..


      Rite now in 1st year final exam season. Pray for me~ [uhuk2] Everything will starting from tomorrow,. Oh, no!.. Mr. Exam: Kamu sudah hadir.. Mnambahkan sgala elergi yg ada,. Studying non stop 24/7 (iye la sgt tu, haha, ini harapan yg tak mgkin jd kyataan okay,) until smoke comes out from my ear. ehehe. It's exhausting. ya Rabb, Ur help are indeed needed! Mumtaz!! insyaAllah.. Wishing ALL THE BEZ, BITTAUFIQ WANAJJAH to all of you,.


      Ikutlah doa Nabi Musa A.s:


      ' Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan permudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham dengan perkataanku,'


      Moga semuanya diberkati Allah, diberi kesihatan yang baik, keadaan emosi yang stabil, dipermudahkan pemahaman yg sukar, dikuatkan ingatan yg lemah, Amin ya Rabb,.


      Saturday, April 9, 2011

      DAY TO REMEMBER!


      Salam buat semua,. Assalamualaikum..


      -365 hari setahun,. Setiap hari kita lalui pelbagai pengalaman.. Orang kata, semalam itu kenangan, Hari ini pula adalah kenyataan, Manakala esok adalah harapan,. Tapi, hari2 yg ku lalui penuh dgn peristiwa,. Ada yg berwarna seindah pelangi, ada juga yg suram seperti hari khilangan sinaran mentari,. Suka, duka, riang, tawa, semuanya erat dipatri dan kemas rapi di dalam memori,.

      -Haha, intro nk bunga2 je kn,. Saja je,. Entri hari ni juz nk mnyatakan bbrapa tarikh penting spnjang bulan April 2011 ni,.


      5 April - Saya ada layang2,. haha, nk blagak ni,. U all ada tak?? wink2* :):)


      11 April - Final exam start,. hoho,. exam2,. Statistik plak tu,. yes, bdk2 school of psychology n human development akan bperang dgn calculator kt Dectar tyme ni,. Goodluck semua,. :)


      12 April -Paper English 4 social scinces plak,. Jd omputeh sat eh tyme ni,.


      13 April - Freedom, haha,. Okay, gap 1 hari je,. jgn nk gmbira sgt,. BTW, ni bezday adikku syg, Ayin, Happy Birthday,. Haha, suda besau pnjg da bdk ni,. tggi mggalah,.


      14 April - Exam balik,. paper Dr.Ruzainee, Perception n Cognition,. Okay, lecturer yg dsayangi rmi, tlong bmurah hati ye tyme mark paper kami nnt,. :):)


      15 April - Pengantar Sains Sosial,. Oh, no,. ni la paper yg ak tak phm apa dr awl smpi akhir, haha,. Tp ni la kelas yg full ak dtg spnjg sem ni,. Takpa, harus berani! insyaAllah, bley, huhu,. Dr. Jun,. Sayang Dr lebih,. Dr. Jun mmg superb! :) :),. arini, hari pengishtiharan Melaka sbgi Bandaraya Bersejarah,. Melaka terus maju, hehe,.


      20 April - favourite paper,. huhu,. Motivation Emotion,. Buku Reeve yg kulit dye tebal kemain tu jd kwn baik skrg, huhu,. kulu kelor ( ke hulu, ke hilir) bwk buku tu,. hihi,. tp result tak tau lg la cmane, haha,.


      25 April -Yes, phabisan exam,. Phabisan pderitaan, n Phabisan sesi akademik 2010/2011,. Hubungan Etnik,. Kelas mlm yg selalu sy ponteng, ish2 tak patut, tak patut,. Kne study kuat lg ni,.


      26 April- Fully free, haha,. yes2 merdeka,. n tak lupa juga bonda tcinta: Mama, selamat hari lahir,. :) :),. Moga pnjg umur n murah rezki,. Bisnes lebih maju hendaknya, :):),. Love u so much la,. :) :)


      Abih bulan April, kne la angkut barang balik uma sbb cuti 4 bulan,. Repeat again, cuti 4 bulan,. huhu,. Bez, tp tak bez gak,. Bpisah lama2 :( :(,. Tu y tak bez tu,. Tp takpe, harus jd kuat,. :):) Ya, Harus lebih kuat,.

      Friday, April 8, 2011

      ::SCAM::

      -Hye there..


      -Going to tell U a story..

      -SCAM.. Juz a simple word, made up by 4 simple letters,. Even it's juz a simple word, but I never thought of what it means, until sumone asking me like this: 'What the meaning of SCAM?'.. I asked, 'apa?',. Oppss, sorry, got a hearing problem wif a word dat was rarely heard,. haha, my bad..

      -Then, he spelled the word,. (S.C.A.M),. He used this way,. S(saya), C(cayang), A(awak), M(manis),. Hahaha, how sweet,. I asked him to repeat again, coz I need to adjust some word,. oppss, demand plak kn?? :):).. He spelled again,. S(saya), C(cayang),but i changed it to 'cinta', A(Awak), M(manis), i converted it to 'manja', sje nk mngada lebih.. wink2*,. So, SCAM was stand 4- saya cinta awak manja,. hahaha,.

      -To be clear, scam is a clever and dishonest plan 4 money making,. ish2,. bru skrg sy tau,. kalau yg tu tak mnanya td, mmg sy tk cri apa mknanya, hahaha,.
      -Motif nk cite sume ni?? hahaha, ni kn blog sy, sy ada hak nk tntukan post apa yg sy nk tulis, huhu,. n yg lbih pnting, nk ckp yg ni: was taken by him, haha,. so, yg lain, tk payah la nk mcuba lg ye, n stop stalking me.. rimas,. Sekian, terima kasih,. :):)


      PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT:


      Thursday, April 7, 2011

      Aku, Dia dan layang-layang

      Hye semua,.

      Juz a short post that i'm going to share wif u..

      That entitled: Aku, Dia dan layang-layang..


      -Start to fall in love wif 'layang-layang' when I saw it in my friend's room,. Oh, awesome,. I must get it one,. It's too colourful rite,. sgt cantik! :):)


      -Yesterday, juz planned to play wif my lovely layang-layang.. Sy ada layang-layang cntik,. Credit to HH,. Thanks a lot my dear,. :):)..But, unfortunately, hujan baru sahaja selesai menunaikan tanggungjawabnya untuk membasahi bumi Tuhan,. Since that, angin begitu segan untuk menyapa,. Plan btukar dgn hanya bjln2 sekeliling tasik,.


      -But it's okay,. There's a lot of fun today,. Layang-layang baru+intai ikan yang berusaha melawan arus air+tasik yg hijau+men pondok-pondok+nengok bulan yang tak nmpk pn= sgt menyeronokkan,. THANKS :) :)

      (layang2 sy lebih kurang cmni, tp lg besau okay, huhu)


      Like it soooo much la,.


      :) :)

      Wednesday, April 6, 2011

      Belajar Memasak

      Hye there..

      Got sumthing nk share ngn u all..

      Taraaaa..


      Latar masa : Dlm tempoh cuti study week,.

      Latar tmpt : Tmn Desa Mewah, Semenyih, Selangor D.E

      Aktiviti : BELAJAR MEMASAK,.. :) :)

      Alasan : Boleh kawin cpt, hahaha( juz a joke okay :P)

      Ceritanya begini:


      - Study week ni tekad tak mahu pulang ke rumah sg. besar,. Nnt susah nk ada keinginan nk balik Ukm balik, hahaha, naya wei, exam start senin ni,.


      -Then, decided la nk balik uma pakcu,. Antara kelebihannya, hari2 bkerja, semua takda kt uma, dr 6.30 a.m till 7.30 p.m,. Yeay~, aktiviti yg boleh dibuat, blaja mmasak :):).. nnt auntie balik, tak pyh la msk mlm lg..


      -Da tua baru sibuk nk blaja msk kn?? haha,. tp, takpa,. bley ltkkn syarat ntuk future husband cmni: Calon suami sy haruslah seorg yg pndai mguruskan hal-hal rumahtgga, tmasuklah- MEMASAK.. hoho, demand kn,. But, why?? Sbb sng,. nnt kalau tak sihat ke, dlm tempoh pantang ke, n whatsoever lah, rumah kami tak berterabur n berselerak cm kapal karam or tongkang pecah,. :) :).. N lg satu, bila Hubby Habibi pndai msk,n sy ni bru la tkedek2 nk blaja msk, bley la mnja2 suh Mr.Hubby ajarkan msk,. Lebih kurang cm gmbr di bwh:


      (sekadar gmbr hiasan, wink2*)


      -Okay, ketepikan hal itu,. :) :),. Nk cite ni,. Bez rupanya bila apa yg kita msk tu abeh n tak tbuang,. Hati wanitaku mjerit bgga, haha,. Hari Isnin, menunya asam pedas ikan kembung+ bendi n telur dadar,. Sy tak penah tau pn tatacara nk wt asam pedas,. haha,. agak2 kalau tak jd, dlm hati mmg tekad nk buang la,. Lg2 ada sorg tu, majuk n marah kt sy,. tak jd nk ajar sy,. Bila dye ckp nk ajarkan, sy ckp tak payah,. sy plak yg merajuk, haha,. mngada :) :) (p/s: insan yg bkenaan, nnt la,. satu hari nnt, awk kne ajar sy lebih byk resepi, pdn muka awk :P)


      -Dlm2 nk wt sdri, last2 tkandas jua,. sumpah tak tahu nk wt cmna,. nk tak nk, call la jgk mama,. nseb mama tak gelakkan, tak pun, mgkin dlm hati, 'buang tebiat ke ank ak ni', haha, tu la padahnya bila hanya mmsak ketika mama n abh takde kt uma,. Stelah mdapat bantuan drpd bonda tcinta, mula la mcri bhn2 ntuk mbuat asam pedas,. Mmasak smbil mnangis, haha, ciwek btul,. tak tau pn nk nangis2,. Tp,last2, siap juga asam pedas tu,. hoho, pakcu puji : 'Wah, kalah org Melaka', hahaha, ni nk jd org Melaka laju2 ni, hoho.. Dlm hati, lega, at least 1st tyme msk menu tu, tp dpt pujian, alhamdulillah, :) :)


      (hasil kerja, huhu)


      -Haha, seronok blaja msk,. Sy suka, suka, suka,. :) :).. Keesokan harinya pula, sy plan nk msk lg,. dlm peti ais ada ikan, ayam n udang,. syur pula ada bendi, kentang n petola,. hm, pening2 nk reka menu,. ingatkan nk msk kari ayam, (cewah, padahal, diri sndiri yg tk mkn kari, haha), tp bila mmikirkan mls nk kua bli sntan, akhirnya nk msk yg simple2 je,. sng, huhu.. Sardin+ sup petola cmpur kentang+ udang msk ngn sos tiram,. :) :), yg ni pn juga dpt pujian,. haha,. tak sbr nk balik uma sndiri,. Mama, ankmu kini mahu blaja lebih, :) :)

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
       

      Blog Template by YummyLolly.com