..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Thursday, April 28, 2011

Nilai Sebuah Persahabatan.

Entry ditaip dimulai dengan bacaan basmallah,. Mohon kelancaran idea daripada Yang Maha Esa,. Entry ini ditujukan buat sahabat2 yg sentiasa setia dengan sahabatnya, sentiasa menghulurkan bantuan buat sahabatnya,.

Sahabat itu adalah pendamping hidup kita,. Sahabat itu penghibur di kala duka,. Sahabat itu penawar ketika duka,. Sahabat itu juga penolong di kala hampa,.

Antara kekasih dan sahabat, manakah yg perlu didahulukan?? Persoalan yg acapkali bermain di benak seorang insan,.

Sahabat, kita berkawan atas nama keikhlasan,. Atas landasan kejujuran,. Atas kasih dan kesetiaan,. Dan, kepercayaan sepenuhnya diberikan kepada seorang sahabat,.

Kekasih, tersemai kerana satu janji setia,. Berlandaskan kesatuan hati,. Bercinta kerana lahirnya sayang yang tidak bertepi,. Dan ingin bersama sehidup semati,.

Sahabat, tawanya itu bukan kepuraan,. Sedihnya bukan menunjuk-nunjuk,. Bimbangnya kerana hati terasa bersama,. Risaunya kerana kasihnya nan abadi,.

Kekasih, adakalanya hatinya menjauh,. Ada ketikanya penuh prasangka,. Adakalanya ingin dibelai dan bermanja, Dan sememangnya perlu dijaga,.

Sahabat, selagi namanya sahabat, silapmu akan dimaafkan,. Rajukmu dihiburkan, sakitmu dirawatkan,.

Antara kekasih dan sahabat, terdapat begitu banyak perbezaannya,. Hidup tanpa sahabat, umpama kiamat sudah dunia,. Tetapi, hidup tanpa kekasih, masih lg boleh ceria dipenuhi warna,. Sahabat itu sudi bersama hingga ke akhir hayat,.

Pesanan buat yg telah ku pilih untuk menjadi kekasih yg halal kelak:



  • Dahulukan sahabatmu kerana daku belum mampu berikan kasih yg sedalam mereka,.




  • Jangan puji daku lebih dari sahabatmu kerana daku belum mampu menghulurkan pertolongan sehebat mereka,.




  • Kasihi sahabatmu lebih dariku kerana daku belum mampu menjagamu ketika sakit, kerana daku belum halal menyentuhmu,.




  • Jangan sia2kan sahabatmu, kerana mereka ada waktu yg lebih untukmu berbanding daku,.




  • Jangan berhenti mengasihi sahabatmu, kerana ketika ini, mereka lebih berharga untuk dirimu,.




  • Jangan melupakan mereka, kerana terlalu banyak kenangan dirimu bersama mereka berbanding denganku,.




  • Hargailah sahabatmu, kerana daku tak mampu menolongmu ketika dirimu dalam kesusahan,. Ketika motormu kehabisan minyak,. Ketika keretamu rosak ditengah jalan,.




  • Sayangilah sahabatmu lebih daripadaku, kerana kasih yg terjalin antara kalian lebih diredhai oleh Yang Esa berbanding cinta kita yg masih belum halal di mata dunia juga akhirat,.




  • Sekiranya dirimu tersepit di antara daku dan mereka, dahulukan mereka, kerana daku belum sehebat kasih sahabat2mu,.




  • Ingatlah pesanan Saidina Ali r.a, 'Selemah2 manusia ialah yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia2kan sahabat yang telah dicari',.




  • Usah memujukku sekiranya daku cemburu dengan mereka,. Biarkan daku terus begitu, sehingga daku menjadi yg halal untuk dirimu,.










    1. Jutaan terima kasih diucapkan pada sahabat2 yang setia di seluruh dunia,. Moga kasih Illahi sentiasa menaungi hidup kalian,.

      0 comments:

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
       

      Blog Template by YummyLolly.com