..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Saturday, January 28, 2012

Ladybird



'Adik... Adik... Meh sni tengok,.. Ada ladybird atas plastik ni'

Si adik pn berlari mendapatkan kakaknya,.

'Mana?'

'Ni, tengok la, comel kan,. Adik kn tak pernah tengok ladybird'

'Pernah lah'

Jawab si adik dengan penuh keyakinan..

'Kat mana'

Tanya si kakak kehairanan

'Kat game, Tumblebugs'

Err,.. tu ladybird ke?? rasa cm kumbang,.

Ladybird,.. membawaku ke alam kanak2,.
MAGICAL CHILDHOOD

Daku begitu teruja mengejar ladybird yang asyik berterbangan di pohon2 bendi yang ditanam bonda di halaman belakang rumah,.
Leka bermain di halaman rumah, di pohon2 yang menjadi pondok kecil kami, main masak2 di bawah pohon mangga, bermandi manda di 'lagoon' sehingga di kejar mama memaksa kami pulang ke rumah,.
Berebut2 menjadi Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris,.
Terpegun di depan tv, berebut2 dengan adik untuk menjadi Power Rangers Pink mahupun kuning,.
Mandi air pancut di halaman depan rumah, sehinggalah anak jiran sebelah pn join sama,.
Bergaduh untuk menentukan rancangan karton, Dragon Ball vs Sailormoon,.
Berkelahi sampai tak nak kawan anak orang sebelah,.
Main kawin2 kt belakang rumah jiran, siap dengan persandingan dan orang bersilat,.
Sibuk memanjat tembok penghadang rumah orang sebelah,.
Ralit menyepahkan lego2 dalam usaha membina binaan yang tak stabil,.
Waktu makan da tak kira da nk makan kat mana,.
Mummy dari tingkap dapur memanggil untuk makan bersama,.
Disuapnya kami dengan penuh kelembutan,.
Mama memasak pelbagai jenis masakan,.
Kami mkn penuh selera bersama rakan,.
Main projector abh, nk tengok dinasour, nk tengok gajah,.
Telinga merah dipulas mama,
Itu bukan mainan katanya,.
Ahh, terlalu banyak memori untuk dicoretkan,.

Ternyata, 1001 memori sentiasa terpahat di hati,.
Alangkah baiknya andai ia dapat kembali,.
Akan ku mohon pada Illahi,.
Kekalkanlah zaman ceriaku ini Ya Rabbi,..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com