..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Monday, May 21, 2012

Hormat-menghormati

Rentetan dari peristiwa yang amat menyakitkan hati dan menguji kesabaran,. Moga Allah beri petunjuk dan kesedaran,.

*copy n paste dr update terkini di FB sy*

-Awak,.. Lupa ye suruhan Allah? Kan Allah suruh kita berbuat baik sesama manusia,. Tapi awak tak buat pun macam tu,. Awak sakitkan hati orang yang da banyak membantu awak,. Awak, pindah lah tinggal dalam hutan ye,. Mungkin awak boleh dapat pahala dengan cara yang lain,. Berbuat baik kepada haiwan dan tumbuhan mungkin? Awak, jangan lupa suruhan Allah dalam kitab-Nya : Dan hendaklah kamu berkata kepada manusia itu dengan kata-kata yang baik (dengan kata-kata yang lembut dan tidak menyakitkan hati.',. Allah kurniakan kita akal fikiran, jom kita renungi sama2 ye awak.. Moga Allah bagi petunjuk :)



* Orang kata  Allah makbulkan doa-doa mereka yang teraniaya,. Tapi, alhamdulillah,. Allah masih kurniakan akal dan kesabaran agar tidak mendoakan yg buruk2 untuk si penganiaya,. Walaupun sakit hati diperlakukan sebegitu, tapi, sy yakin dengan janji Allah, yang Dia akan tetap berada bersama mereka yang bersabar,. :)


* ingat la ye,. kita duduk di dunia ini bukan seorang diri,. Ramai lagi manusia lain di sekeliling kita,. Ada yang tua, muda, kaya, miskin, pegawai atasan, pekerja bawahan, pelajar, ramai lagi la,. So, belajarlah menghormati manusia lain,.  Setinggi mana pun pangkat kita, sebanyak mana pun harta kekayaan kita, kita tetap sama pada pandangan Allah,. Apa yang membezakan kita adalah tahap ketakwaannya,.

* Cemburu pula bila tengok ahli keluarga yg lain da lena dibuai mimpi,. Rasanya da tak larat da nk menaip lagi,. Pesanan ikhlas dari penulis blog : 'Awak nak orang hormat awak? Sila lah ye hormat orang lain dulu,. Till then, TQ :):)




Saturday, May 19, 2012

Saat Diri Diuji

Bila sihat, bukan main suka,.
Bila kaya, lupa mereka yg berduka,.
Bila muda, tolak tepi yg tua,.
Bila senang, lupa segala derita,.
Bila mati sat gi, mengadaplah sorg2 yg Maha Esa..



Peringatan kt atas tu untuk diri sendiri juga sebenarnya,. n untuk kamu, kamu, kamu, ya Kamu yg membacanya,. Ianya untuk peringatan kita bersama,.

* 4 MEI 2012*

- Kereta kena pecah,. Antara barang yang hilang :- laptop, psp, hard disk, doogle 4G yes, kunci2 n dll,. Sedih?? Hanya Tuhan yg tahu,. Tapi, alhamdulillah, Dia pinjamkan kekuatan diri untuk bersabar atas musibah yg berlaku,. Kerugian yg dicatatkan hampir 9k.. Astaghfirullah..

*17 MEI 2012*

- Masa kuliah Fisiologi Tingkahlaku, seorang sahabat bertanya : ' Fini, tahu kes kat kolej ***,. Tujuh laptop lesap dalam tempoh 12 jam,. Allah,. Mahirnya 'orang' tu buat kerja tak senonoh tu,.

Malam tu, terus tinggalkan pesanan kat group2 fb yg saya sertai,.

*Kecurian motorsikal dan laptop semakin menjadi-jadi sekarang,. Peringatan sudah digantung di sana sini,. Sekiranya rasa pintu bilik anda senang untuk dibuka dengan cara yang tidak sepatutnya, rajin2 kan lah diri anda untuk membawa laptop ke mana sahaja,. Jangan tunggu terhantuk baru nak tergadah,. Nak gi toilet kejap je pun kena tutup kunci pintu?? YA,. MMG PERLU,. Pencuri itu terpelajar, boleh buat kerja sepantas kilat,. Sedangkan penghuni yg ada di dalam bilik pun tak sedar kehadirannya,. Kunci motor anda baik2,. HENTIKAN BUDAYA "TAKPA, SEKEJAP JE",. Pesanan ikhlas dari Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) Kolej Keris Mas,.

*masa kejadian yg tak disangka tu (hari kereta kena pecah), saya masih mengamalkan budaya 'TAKPE, SEKEJAP JE',. Bila da terkena, baru tersedar langit ni tinggi rupanya,. Allah,. Kecuaian yg tidak saya ingin ulangi kembali,.

Nota pujuk hati sendiri  : Ingatlah, Allah tidak menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu untuk kita menghadapinya,. Allah uji kita, kita mampu sebenarnya nk berdepan dengan dugaan ini,. Allah bersama2 mereka yang sabar,. Mungkin kita terlalu leka dengan nikmat gadjet2 yang ada, Allah tarik nikmat itu untuk kita lebih dekat dengan-Nya,. Aku harus kuat,. SESUNGGUHNYA, ALLAH BERSAMA2 MEREKA YG BERSABAR,.



Friday, May 11, 2012

Ada Senang Selepas Susah :)



Thursday, May 3, 2012

Memori Si Kertas Mahjung

LATAR:


4.15 P.M
3A-507, FSSK, UKM BANGI..


SITUASI : 

PEMBENTENGAN KUMPULAN : SISTEM PENDENGARAN..

* part Cochlea :  Sue Han present part cochlea lepas Nabilah bentangkan teori pendengaran guna power point.. Yang buat terujanya, Sue Han present guna power mahjung (kertas mahjung),. Comel sangat..

Tiba-tiba, teringat kenangan masa sekolah menengah dulu,. 


*Even LCD, Projektor n sume benda alah yang berkaitannya ada, tapi kebanyakkan student lagi prefer pakai kertas mahjung,. Dalam banyak2 kenangan presentation, yang paling diingati apabila nak kena present subjek Bahasa Arab..

*Kertas mahjung dari jauh nampah cantik je dihiasi coretan marker pen,. Tapi sebenarnya, jika kita zoom in dekat2, penuh tulisan pensil kat kertas mahjung tu, (nota tambahan, cara nk pronouns word tu, dll).. Siap ada yang letak baris lagi kt word arab tu, takut salah sebut,. Kadang2 tu, siap ada i'rab (penerangan tatabahasa arab) lagi sebab takut ditanya ustaz,. Haha, kelakarnya la masa dulu-dulu,.

* Dulu rasanya kalau ustaz ada meeting ke, batalkan kelas ke, bukan main suka ye semua,. Tapi sekarang,..... Hmm, betapa ku rindu untuk mendekati Bahasa Indah, Bahasa Syurga itu... 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com