..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Sunday, June 17, 2012

Dia Masih Ada

Setiap yang hidup pasti mendekati kematian,. Itulah janji Allah yang tidak pernah Dia mungkiri,. Akan sampai jua masa kita untuk meninggalkan semua nikmat di dunia,. Entah esok atau lusa, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.. Bila sampai waktunya, ia akan berlaku,. Tidak akan lewat sesaat, tidak akan cepat sesaat,. Begitu hebat percaturan Allah,.

Minggu lalu dikejutkan dengan berita sedih pemergian ayahanda seorang sahabat,. Allah, begitu hebat dugaan yang perlu dia hadapi,. Pemergiaan ayah sewaktu demam peperiksaan bermula,. Terasa tidak mampu diri ini jika diuji sebegitu,. Tak tahu bagaimana nak hubungi sahabat tersebut,. Hendak menelefon, serba salah,. Nak hantar pesanan ringkas, tapi tak tahu bagaimana nak mulakan.. Hanya doa yang mampu dikirimkan agar terus Shuhada terus kuat menempuh dugaan besar ini..

Baru sebentar tadi terlihat post yang dibuat oleh sahabat tersebut di ruangan Muka Buku,. Dia mengucapkan terima kasih atas sokongan dan ucapan takziah yang telah diberikan oleh rakan-rakan,. Barulah timbul kekuatan untuk menghantar pesanan ringkas,.
" salam Ada, maaf b4 ni akak xkasi msg,. akak xbrani nk msg Ada, xtau nk ckp cmane,.akak rasa, y tbaik bia Ada ad mse sndiri,. slm takziah ye, be strong,. akak tau, Ada yg akak kenal ni org yg kuat :) "


Ya, memang saya kagumi semangat yg ada pada sahabat ini,. Dari perkenalan ketika tahun pertama di bumi UKM ini, dia memang seorang sahabat yg kuat semangat,. Walau badannya kecil molek, tapi semangatnya sentiasa membara,. Tidak pernah terdengar rungutan yang keluar dari bibirnya,. Senyuman sentiasa menghiasi wajahnya,. Kerana apa, 'Cukuplah Allah bagiku',. Itu adalah pegangannya,.

She's replied:
" waalaikumussalam. xpe kak, Ada faham. toce bnyk3 ye. InsyaALLAH.moga kekuatan yg diberikan Allah ini berkekalan. Gudluck esok kak'
Ya Allah, langsung tiada pengaduan yang dibuat,. Langsung tiada perkongsiaan rasa sedihnya,. Kuatnya semangat sahabat ini,. Benar, pegangannya 'Cukuplah Allah bagi diriku'.. Mungkin segala pengaduan dan rasa sedih diadukan kepada Penciptanya sahaja,.

Teringat satu ilmu yang diperoleh daripada majlis ilmu di Fakulti Ekonomi baru2 ini,. Kuliah yang bertajuk 'Kunci Syurga: Berbuat Baik Kepada IbuBapa'. Penceramah jemputan ada mengatakan : 'apa yang perlu disedihkan tentang kematian?. Yang pergi itu masih ada, cuma ditempat yang lain dari kita'.. Ya sahabat, jangan terus bersedih, ayahmu masih ada, cuma di tempat yg lain,. moga tempat yg baru itu lebih tenang buatnya,. Sama-sama lah kita berdoa yang terbaik untuknya,. Moga hatimu sentiasa tenang bertemankan cinta agung dari Illahi,.

AL FATIHAH DAN DOA BUAT AYAHANDA SAHABAT KITA, NURSHUHADA MOHD SABRI


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com