..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Thursday, September 20, 2012

Saya Bukan Budak Tadika :)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Ketika yang lain bergelak ketawa, mereka lupa ada yang sedang berduka,. Ketika yang lain bergurau senda, mereka lupa ada yang membawa hati yang lara,. Dan ketika yang lain riang gembira, mereka lupa ada yang sedang gundah gulana,. Berperang dengan perasaan sendiri bukanlah mudah seperti yang dijangkakan,. Ia memerlukan seribu kekuatan yang ada dalam diri,.

Ketika ini, aku lah insan yang sedang berduka dikala yang lain bergelak ketawa,. Ketika ini, aku lah insan yang membawa hati yang lara sedangkan yang lain asyik bergurau senda,. Ketika ini, aku lah yang sedang gundah gulana melawan dengan perasaan sendiri, sedangkan teman yang lain riang gembira.. Aku tak kuat untuk menanggungnya sendiri,. Seorang senior menjadi saksi betapa sakitnya aku menghadapi situasi yang sukar ini,. Seorang teman menjadi peminjam telinga yang setia mendengar setiap esak tangisku,. Seorang teman masih lagi sudi menjadi tempat bergantung ketika yang lain sudah tidak peduli,. Allah, kadang-kadang tak terdaya rasanya untuk ku tanggung semua ini,.

Namun, dalam kegelisahan yang melanda, aku lupa satu perkara,. Dalam kegusaran ini, aku juga lupa yang aku masih lagi ada-Nya,. Dalam derita yang aku rasa, aku lupa untuk mensyukuri nikmat-nikmat yang lain,. Allah masih sayangkan aku,. Sebelum aku terus hanyut dalam kegelisahan yang ada, Dia hantarkan 'idea' kepada insan lain, seterusnya sampai kepadaku,. credit to nukilan cik sepupu,. Pembukaan entrinya cukup membuatkan ku tersentak,.

"Rasa down?

Rasa sedih?


Rasa tiada siapa menemani?

Think again!


Lupakah pada yang mendengar setiap masa.

Lupakah pada yang memandang dengan penuh kasih sayang.


Lupakah pada yang dekat di sisi kita.

Allahu rabbi.


Ampunilah hambamu."

 Aku terlupa, aku rasa keseorangan, padahal Dia sentiasa bersamaku,. Tika aku berduka, aku lupa Dia masih kurniakan nikmat yang lain,. Allah, berdosanya aku,.

Aku patut sedar yang Dia tidak akan biarkan aku keseorangan selagi mana aku bersama Dia,. Aku patut tahu aku masih punya Dia, sedang yang lain semakin jauh,. Aku patut bersyukur atas nikmat2 yang Dia kurniakan ke atas diriku,. Astaghfirullah :(

Terkadang aku menyanyi kecil di dalam bilik,. Lagu yang sering meniti di bibirku - AdaMu (Najwa Latif),.

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu


Ya Allah, kuatkan lah hatiku, cekalkan lah aku untuk dugaan yang ku tak tahu apa maksudnya ini,. Ya, saya harus kuat, sebab kak dayah kata saya bukan budak tadika lagi, so, tak boleh banyak menangis :)


Tuesday, September 4, 2012

Royal Diaries : Penyatuan Dua Insan

Basmallah,. Memulakan penulisan entri kali ini dengan kalimah Allah,. Dengan harapan dikurniakan kelancaran idea untuk melengkapkan post kali ini..

31/8/2012 - Kota Puteri, Selangor..

- Ketika ini, rata-rata rakyat Malaysia sedang menghabiskan cuti umum mereka sempena Hari Kemerdekaan Malaysia. Ada yang menyambutnya di ibu kota, ada yang meluangkan masa bersama rakan-rakan, dan ada juga yang memanfaatkan waktu menziarah ke rumah saudara. Saya juga masih bercuti ketika ini. Sedang menyaksikan penyatuan dua insan,majlis pemetri janji,tambatan kasih, ikatan suci antara dua hati, -Majlis Akad Nikah kakak saudara saya, Kaklong Hidayah.

- Usai bersalaman dengan nenda, pakcik2,makcik2, dan saudara yang lain, saya terus menapak ke tingkat atas untuk berjumpa dengan 'Bakal Isteri Orang'.. Cantik sangat wajahnya,. Seri pengantin la katakan (tp kaklong dayah mmg cantik).. Tangannya asik bermain dengan jambangan bunga,. haha, berdebar2 lah tu kan,. 

- Bila rombongan pengantin lelaki sampai, majlis akad pun semakin hampir untuk dilaksanakan,. Saya pula yg rasa berdebar,haha,. Ntah pape kn,. Excited mungkin,. Yela, kak Dayah ni bukan jenis yg selalu keluar dengan tunang dia,. Jenis yg menjaga pergaulan,. Seronok kot 'korek' rahsia percintaan dorg,haha,. Asal 'online' je, terus cari update crita kt blog, stalker gitu,. P/s : jgn marah ye, wink2 ;)

- Sekali akad je, status kak Dayah sudah bertukar,. Kini sudah menjadi isteri orang,. Suasana sebak menyelubungi,. Antara gembira, sedih, terharu, syukur, semuanya da bercampur baur,. Alhamdulillah, satu lagi 'masjid' da terbina di atas landasan-Nya,. Paling sedih bila mak mertua kak Dayah bagi amanah kpd anaknya: ' Izham tengok da mcmane ayah(paklang sy a.k.a kak Dayah's dad) dan ibu (maklang sy a.k.a kak Dayah's mum) jaga Along( kak Dayah sy), mama nak Izham (kakDayah's hubby) jaga dan sayang Along lebih daripada tu.. Okay fine, terus terfikir, ada ke lelaki yg boleh jaga sy lebih drpd apa yg abah sy buat,. Kasih abah tu tak tertanding rasanya :'( .

- Tak kesah lah ye pape pun, yg penting Kak Dayah dan suaminya (act, i don't know how to call him,. Hmm, abg long Izham,mybe) da selamat diijabkabulkan.. Alhamdulillah,. Btw, kelmarin tak sempat nk tggalkan ucapan untuk pengantin,. Kat sini pun jadi la ye :)

Ucapan buat kedua mempelai: 

Semoga Allah memberkati kalian dan melimpahkan berkat kepada kalian dan menghimpunkan kalian dalam kebaikan. Barakallah. Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah mereka berdua dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki" Amin Ya Rabbal 'Alamin. Moga terus berbahagia, Takmo gaduh2, takmo masam2 muka tau :) - Dr. Hati (insyaAllah :))


Tahniah :)
SELAMAT PENGANTIN BARU!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com