..My LiFe Is MINE..

~~~~~~~~~~~



Tuesday, September 4, 2012

Royal Diaries : Penyatuan Dua Insan

Basmallah,. Memulakan penulisan entri kali ini dengan kalimah Allah,. Dengan harapan dikurniakan kelancaran idea untuk melengkapkan post kali ini..

31/8/2012 - Kota Puteri, Selangor..

- Ketika ini, rata-rata rakyat Malaysia sedang menghabiskan cuti umum mereka sempena Hari Kemerdekaan Malaysia. Ada yang menyambutnya di ibu kota, ada yang meluangkan masa bersama rakan-rakan, dan ada juga yang memanfaatkan waktu menziarah ke rumah saudara. Saya juga masih bercuti ketika ini. Sedang menyaksikan penyatuan dua insan,majlis pemetri janji,tambatan kasih, ikatan suci antara dua hati, -Majlis Akad Nikah kakak saudara saya, Kaklong Hidayah.

- Usai bersalaman dengan nenda, pakcik2,makcik2, dan saudara yang lain, saya terus menapak ke tingkat atas untuk berjumpa dengan 'Bakal Isteri Orang'.. Cantik sangat wajahnya,. Seri pengantin la katakan (tp kaklong dayah mmg cantik).. Tangannya asik bermain dengan jambangan bunga,. haha, berdebar2 lah tu kan,. 

- Bila rombongan pengantin lelaki sampai, majlis akad pun semakin hampir untuk dilaksanakan,. Saya pula yg rasa berdebar,haha,. Ntah pape kn,. Excited mungkin,. Yela, kak Dayah ni bukan jenis yg selalu keluar dengan tunang dia,. Jenis yg menjaga pergaulan,. Seronok kot 'korek' rahsia percintaan dorg,haha,. Asal 'online' je, terus cari update crita kt blog, stalker gitu,. P/s : jgn marah ye, wink2 ;)

- Sekali akad je, status kak Dayah sudah bertukar,. Kini sudah menjadi isteri orang,. Suasana sebak menyelubungi,. Antara gembira, sedih, terharu, syukur, semuanya da bercampur baur,. Alhamdulillah, satu lagi 'masjid' da terbina di atas landasan-Nya,. Paling sedih bila mak mertua kak Dayah bagi amanah kpd anaknya: ' Izham tengok da mcmane ayah(paklang sy a.k.a kak Dayah's dad) dan ibu (maklang sy a.k.a kak Dayah's mum) jaga Along( kak Dayah sy), mama nak Izham (kakDayah's hubby) jaga dan sayang Along lebih daripada tu.. Okay fine, terus terfikir, ada ke lelaki yg boleh jaga sy lebih drpd apa yg abah sy buat,. Kasih abah tu tak tertanding rasanya :'( .

- Tak kesah lah ye pape pun, yg penting Kak Dayah dan suaminya (act, i don't know how to call him,. Hmm, abg long Izham,mybe) da selamat diijabkabulkan.. Alhamdulillah,. Btw, kelmarin tak sempat nk tggalkan ucapan untuk pengantin,. Kat sini pun jadi la ye :)

Ucapan buat kedua mempelai: 

Semoga Allah memberkati kalian dan melimpahkan berkat kepada kalian dan menghimpunkan kalian dalam kebaikan. Barakallah. Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah mereka berdua dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki" Amin Ya Rabbal 'Alamin. Moga terus berbahagia, Takmo gaduh2, takmo masam2 muka tau :) - Dr. Hati (insyaAllah :))


Tahniah :)
SELAMAT PENGANTIN BARU!



2 comments:

BuDaKaLpHa said...

ok...kak long bila plak nk panyatuan2 ni..?

FiNi Pelangi said...

amboi, soalan,haha,. study pun tak abeh lg kot,. tggu la, ada jodoh, smpi lah seru tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com